PiLiHaN BaHaSa
Follower
Monday, February 14, 2011
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?
isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found...
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied...
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters...
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It's by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use ... Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. "
...tamat.!
:: ini adalah lawak semata-mata tiada kaitan antara yg hidup atau dah dah meninggal dunia ::
Hari ni fiza rase rajin lak nak tulis entry baru...tak tahu la kenapa... mungkin sbb minggu lepas fiza cuti lama kot tu pasal rindu sangat kat blog ni... rindu sangat kat kawan2 blogger yg lain.. almaklum la rumah fiza tak der internet... malas nak masuk internet sbb fiza dah byk habiskan mase kat ofis... balik rumah dah penat...
ok.. berbalik pada tajuk Valentine Day pulak er.. memandangkan hari ni Valentine's day 14 February 2011 fiza nak share satu pengalaman dimana fiza dapat hadiah sempena Valentine's day.. fiza tak celebrate hari tu tp fiza just dapat hadiah jer (org bg fiza amik ar hikhikhik).. lagipun fiza tahu kite sebagai orang islam tak baik meraikannyer ..btl tak.. story ni dah lame.. mase fiza kerja Johor dulu mybe dalam 5 tahun yg lepas la tp kenangan tu fiza ingat sampai sekarang.. terharu sangat sbb itu la kali pertama fiza dapat sekuntum ros merah dan sekeping kad.. walaupun ros merah tu bunga plastik tp fiza hargai sangat.. sampai sekarang fiza masih lagi simpan hadiah tu..sbb itu adalah pemberian seorang yg sukakan fiza... hehehe...
Mesti kawan2 nak tahukan siapakan jejaka yg sudi bg hadiah tu pada fiza kan... dia adalah seorang lelaki (mmg la lelaki) bermana Heropen yg berasal dari sarawak, beragama kristian dan berkerja di Johor bersama dengan fiza... fiza panggil dia shiro (cam name anjing sinchan kan) dia baik sangat.. tp dia ni boleh dikatakan lelaki lembut sikit..tak la cam pempuan terus.. fiza just kawan jer dengan dia... sbb jenis fiza ni semua fiza kawan..orang kater berkawan biar seribu bercinta biar satu...btl tak...tapi sekarang semua dah tinggal kenangan...fiza rindu sangat kawan2 kat Johor.. andai kata fiza boleh putarkan mase dah lamer fiza putar.. pengalaman kerja di Johor membuatkan fiza lebih matang dan lebih berdikari untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja sbb itulah kerja pertama fiza selepas tamat study.. walaupun kadang2 situasi kerja amat membosankan tp oleh kerana kawan2 yg satu kepala dengan fiza membuatkan fiza gembira sgt2..... sbb kawan2 la kadang2 fiza gembira dan kadang2 kita merana...(dalam persahabatan)... aper pun
I MISS U ALL....
Sunday, February 13, 2011
10 Tempat Terlarang Meletakkan Handfon
0 Berbicara Luahan Hati Norhafiza at Sunday, February 13, 2011
Telefon Bimbit atau handphone sudah merupakan satu keperluan. Hampir setiap orang di dalam negara ini memilikinya. Dari seorang kanak-kanak tadika di kota kepada seorang warga tua di desa.
Untuk menjaga handfon sentiasa di dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudharat kepada diri sendiri dan orang lain, harap diperhatikan 10 tempat terlarang untuk meletakkan telefon bimbit :
1. JANGAN TARUH DALAM KOCEK SELUAR
- Bagi lelaki yang senang meletakkan telefon bimbit di kocek seluar sebaiknya berfikir semula. HP menghasilkan paparan medan elektrostatik dan elektromagnetik yg mengakibatkan infertility (kemandulan).
- Jangan gunakan HP ketika signal lemah dekat dengan barang elektronik berprestasi tinggi (seperti TV, OVEN, HEATER ,dll), kerana dapat merosak sirkuit HP.
- Dalam keadaan tertentu HP yg digunakan dlm kendaraan akan memberikan kesan merosak terhadap peralatan elektronik kendaraan. HP yg diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci tersebut.
- Komputer dan HP sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yg dekat, maka keduanya akan saling merosak.
- Tempat bersuhu tinggi,kelembapan tinggi, dan berdebu merupakan kumpulan musuh HP. Jika tertinggal di dalam kereta di cuaca yang panas terik, hp memang rosak, setidak-tidaknya baterinya.
- Kerana radiasi yg ditimbulkan HP dapat merosak floppy disk, kad memori dan kad kredit seseorang.
- Jauhkan HP dari benda logam kecil kerana magnet dalam speaker HP akan menarik benda-benda tersebut dan HP mengalami kerosakan.
- Peralatan perubatan seperti alat pacu jantung dapat terganggu dikeranakan gelombang elektromagnetik.
- Gas berbahaya kerana memiliki tekanan tinggi dan mudah terbakar. Oleh karena itu HP tidak akan berfungsi dengan baik.
- Rasanya kita semua sadar betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kamera digital .. Apalagi saat musim hujan, boleh mengundang banyak risiko. Bagi penunggang motorsikal, segera selamatkan hp anda dengan menyimpan di tempat yang kedap air saat hujan tiba.




