PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, April 10, 2011

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."-al-Qalb-

Subhanallah..betapa pentingnya peranan hati dalam diri manusia tu. Entah kenapa tiba-tiba fiza rasa terpanggil untuk berbicara soal hati ni..Dulu semasa masih muda remaja bila sebut hati mesti kaitkan dengan soal cinta dan perasaan. Rupanya persoalan hati ini cukup meluas kerana di situlah terhimpun sejuta rasa yang tak terkawal oleh kita hamba yang lemah. Fitrah kita manusia.. rasa senang bila dipuji, rasa menderita bila dikeji, rasa bahagia bila disayangi, rasa rindu bila mencintai, rasa sakit bila dikhianati, rasa benci bila didustai... Tetapi janganlah rasa angkuh bila berkuasa dan berkeluh kesah bila ditimpa musibah..

Sama-samalah kita panjatkan doa memohon agar ditetapkan hati kita untuk sentiasa taat kepadaNYA; semoga kita mempunyai hati yang ikhlas dan sentiasa didekatkan hati kita kepada Yang Maha Pencipta.. Hindarkan diri kita dari amalan yang boleh merosakkan dan menggelapkan hati kita.. Jangan sampai kita menjadi buta hati dan keras hati..

Sekadar ingin berkongsi untuk renungan bersama..Tanda-tanda hati yang keras:

Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

Malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan.Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, kadang-kadang selalu melewat-lewatkan solat. Berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat..Harus berubah dengan segera!

Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Sering lalai daripada membaca al-Quran..Kalau tak dapat membaca dengan lidah biarlah kita mendengar dengan telinga.


::..jom sama-sama kita pelihara hati kita..::
::..Banyakkan baca al-Quran dan berzikir..::

Thursday, April 7, 2011

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan.
Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu. Jangan melihat kekayaan, itu bisa menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Ada saat di dalam kehidupanmu dimana kamu sangat merindukan seseorang, kamu ingin mengambil mereka dari mimpimu dan benar-benar memeluk dia. Berharaplah bahwa kamu dapat bermimpi tentang dia, yang bererti mimpilah apa yang
ingin kamu mimpikan, pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah sesuai dengan keinginan kamu, kerana kamu hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang kamu inginkan.

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat
kamu bahagia.

Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kamu merasa bahwa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga. Kata-kata yang ceroboh dapat mengakibatkan perselisihan, kata-kata yang kasar bisa membuat
celaka, kata-kata yang tepat waktu dapat mengurangi ketegangan, kata-kata cinta dapat menyembuhkan dan menyenangkan.

Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak membentuk mereka menjadi sesuai keinginan kita. Dengan kata lain kita mencintai bayangan kita yang ada pada diri mereka. Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dari segala hal. Mereka hanya membuat segala hal yang datang dalam hidup mereka.

Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis,mereka yangterluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba. Mereka hanya bisa menghargai orang-orang yang penting
yang telah menyentuh hidup mereka Cinta mulai dengan senyuman, tumbuh dengan ciuman dan berakhir dengan air mata.


Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan semua orang di sekeliling kamu tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kamu menangis..."


Wednesday, April 6, 2011


Sebagai manusia, kita memang tak lepas dari diduga. Dugaan ni datang dari macam-macam jenis. Ada yang diduga dari segi kesihatan, kewangan, kerjaya, perhubungan dan.................dan perhubungan. Ada yang sampai tak tahan dengan dugaan, ada yang bunuh diri bagai. Tapi fiza nasihatkan la, kalau nak bunuh diri tu cara terbaik adalah terjun dari bangunan tinggi. Terus mati. Sebab mak fiza pernah cakap,"Ramai juga yang cuba bunuh diri terjun jambatan, masalahnya bila dah kat dalam air, menjerit minta tolong, dah tak pasal-pasal nelayan mahupun polis marin berkejar dapatkan dia".

Masa zaman mengaji Quran dulu, selipar fiza selalu kena rembat. Asal pergi mengaji je kena rembat. Kadang2 rase geram jugak tp fiza selalu fikir positif, mesti dorang ni tersilap pakai. Maklum la jenama selipar jepun semuanya sama bentuk kecuali wanra yg membezakan. fiza pun beli selipar jepun, lepas tu tanda bahagian belakangnya bagi pendek, dengan harapan dorang perasan la yang tu bukan selipar dorang. zaman kanak2 dulu bt aper pun dah tak malu janji selipar tu dah tak hlang lagi.. Negatif. Kena rembat juga. Betul-betul dugaan!

Jom tengok dugaan apa yang sering kita alami, Masa fiza study dulu, banyak juga la dugaan. Assignment sana-sini. Test beratur-atur nak kena hadap. Assignment tu tak berapa dugaan sangat. Sebab fiza meniru je keje. Chop! Bukan malas! Cuma kurang masa terluang. Teeheee. Bila masuk dewan periksa, yang ni paling menduga. Bila dah tak tahu nak jawab soalan, tengok kawan sebelah. Ok. Subjek fiza banyak programme. Untuk pengetahuan, fiza ni agak rabun. Kawan fiza dah letak kertas jawapan kat tepi meja dia untuk senang fiza meniru..nak bawak toyol (kertas kecik jawapan) takut.. almaklum la baik skit..tak banyak tp skit jer...hehehe.... fiza buat thumbs up dan isyarat 'kejap'. fiza seluk dalam beg cari cermin mata. Ok. Seminit dah berlalu. fiza buat thumbs down kat dia. Cermin mata fiza tertinggal dalam bilik rupanya. Dugaan!



"
Kenapa kau ketemukan aku dengan dia jika untuk dipisahkan!". Haaa..ni ayat drama bila putus cinta. Biasa la bila dah bercinta lama-lama mesti frust menonggeng bila putus. "Mengapa kau curang, ada orang ketiga sedangkan aku setia mencintaimu!". Eceh! Kekadang serius juga benda ni sampai ada yang nak bunuh diri macam yang fiza cerita tadi. Tapi, bunuh diri tak apa. Masalahnya, dia pergi bunuh bekas kekasih dia terus. Aduiilaaaa...Dugaan. Tapi fiza tak, rilek je~~~~ tp kadang2 tak tertanggung jugak... sbb fiza manusia biase...banyak kelemahan.. tp semua tu fiza redha dan fiza serahkan kepada Allah, biar la dia yg tentukan semuanya...fiza tahu kita hanya merancang tp Allah yg tentukan semuanya...btl tak...so untuk mengatasi dugaan ni fiza kene kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan fiza yg akan datang...Insyaallah........


Korang pun mesti ada dugaan yang telah atau sedang dilalui. Mungkin lagi berat dari fiza, mahupun orang lain. Tapi.........



Hairuman Miskon, mangsa renjatan elektrik

Hairuman Miskon, 22 tahun. Anak yatim piatu. Sempurna tubuh badan sejak lahir. Mula bekerja dengan mengait kelapa sawit. Dugaan datang tiba-tiba. Terkena renjatan elektrik. 50% badan terbakar. Tangan kanan dan kiri terpaksa dipotong. Kini doktor telah putuskan kakinya pula terpaksa dipotong.

Korang tak tahan dengan dugaan korang?
Ada yang lagi teruk la kawan...


Fiza Say :: sebagai hamba Allah siapalah kiter untuk mencorakkan kehidupan kiter..semuanya Allah yg tentukan, hidup mati, jodoh pertemuan semua ditangan Allah...

;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes