PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, January 8, 2012

Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,
Memberi serela jiwa.
Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tiada bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.
Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya.
'Ikhlas ke aku?'
'Ikhlas ke dia?'

Tapi mereka selalu kata,
'Saya ikhlas'
Mereka selalu persoalkan,
'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di tengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang di hati.

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,
'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
 (Hadis Qudsi).
Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA
“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga dituntun hati kita dengan CintaNya,
Terarah langkah kita selari dengan redhaNya

Hati-hati menjaga hati:)

Thursday, January 5, 2012




fiza say :: pertama kali dengar lagu ni hatiku jatuh cinta pada lagu ni...
mmg best...
Usah diungkit...Sejarah dulu...Luka yang pahit..Biarkan berlalu...!!!!


Assalamualaikim...

hari ni fiza bersyukur sangat yg blog fiza ni dah bolrh view.. kalu tak salah dekat sebulan jugak blog fiza ni tak boleh view,,bukan fiza jer yg tak boleh view tp semua kawan2 blogger fiza.. sedaih kan.. tp nak bt camner.. ni semua adalah kerja manusia yg tak bertanggungjawab.. fiza tak thu la aper salah fiza pada dia sampai blog fiza ni terpilih untuk dia heck... tak per... fiza x mampu nak bt per cuma fiza serahkan pada allah biar lah Allah yg membalas jasa baik dia...

blog fiza ni ok sbb fiza minta pertolongan kawan fiza.... ramai kawan fiza yg membantu tp x dapat selesaikan.. tp tak bloeh jugak, fiza dah jadi putus asa xnak berblog lg...ramai kawan2 yg cadangkan create blog baru tp fiza tak nak...fiza nak yg lamer jgak sbb blog fiza ni dah 3 thun lebih dah bersama fiza xkan fiza nak lupekan cam tu jer...btl x.. dalam mase yg sama fiza jgak ada tanyer kawan2 blogger yg lain, ramai yg membantu tp still tak ok jgak.. tp tak per fiza hargai sangat2 pertolongan kawan2 semua...

semalam fiza teringatkan kawan fiza... dia mmg terer dalam bab ni... so fiza dengan muke x malu ym dia melalui fb.. dan alhamdullillah dia sudi tolong fiza...time kasih sangat2.. dan akhirnya hari ni fiza dah dapat view semula..selama sebulan jugak la fiza x blh view... ari ni jgak fiza blh tersenyum manis bile ingatkan blog fiza biarpun blog fiza ni x segelemer cam blog kawan2 blogger yg lain...

fiza Say :: so mulai skrg fiza dah boleh berblog semula....



;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes