PiLiHaN BaHaSa

Follower

Thursday, April 12, 2012


Cinta Kau dan Aku
SITI ROSMIZAH
RM 19.90
ISBN: 978-967-5234-28-6
~684 hlm
Bahasa Melayu
Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.
Can a tomboy accept the love of a man who is also her boss?
Tarikh Terbit: 4 Mac 2009
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Walaupun novel ni dah lama tapi fiza tetap nak membacanya lagi, fiza tak sempat nak beli novel ni...ada siapa-siapa tak boleh tolong fiza dimana fiza boleh dapat novel ni..tak pun kalu ada yang nak jual pada fiza... Harap rakan-rakan blogger boleh membantu..


balik nanti nak pergi cari dan beli novel 7 hari memcintaiku... Harap-harap ada lagi la stok kat kedai buku tu....kalu tak tercari-cari la pulak cam novel diatas tu.... 




Tuesday, April 10, 2012

Salam kepada semua follower blog dan rakan-rakan blogger sekelian.... 



Pejam celik pejam celik follower blog fiza dah 300 follower. tp nak sampai 300 follwer tu fiza rase makan masa lama jugak la..tp tak per..fiza tak kisah pasal follower yang penting blog fiza ni sentiase diterima org rakan 2 blogger yang lain. Fiza hargai sangat2 kerana sudi menterjah blog fiza..


 Masa untuk review blog milik follower bertuah yang ke-300 ini.... ok fiza story skit pasal follower ni, kalu tak silap dia ni blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan blog. so fiza sebagai rakan blogger ingin membantu blogger ni untuk mempromote kepada rakan2 blogger yang lain.





Gambar di atas ini ialah header blog milik NICK NASHRAM Berwarna hijau dan putih, dengan rupa blog yang lebih kemas dan simple, itu saja la yang boleh fiza katakan tentang blog En. Nick Nashram ni.. Jadi, malas fiza nak bebel banyak-banyak, maka sudi-sudikan la korang follow blog rakan baru kita ni.. 


fiza say :: Terima kasih sebab sudi follow blog fiza...:)





Monday, April 9, 2012


Sanggup bersengkang mata malam tadi sbb nak layanABHBP 2011Seperti yang dijangkakan, Aaron Aziz mengungguli trofi Bintang Paling Popular 2011 dengan jumlah undian terkumpul : 87 899.

                                           Keputusan keseluruhan ABPBH ke - 25


                       

                                                PENYANYI LELAKI POPULAR ~ Hafiz

PENYANYI WANITA POPULAR ~ Yuna

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR ~ Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah

ARTIS BARU LELAKI POPULAR ~ Johan Ariff As’ari

ARTIS BARU WANITA POPULAR ~ Tasha Shila

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR ~ Aaron Aziz

                              PELAKON FILEM WANITA POPULAR ~ Maya Karin

PELAKON TV LELAKI POPULAR ~ Fizz Fairuz


PELAKON TV WANITA POPULAR ~ Fasha Sandha

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR ~ Johan

ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR ~ Didie Alias

 PENGACARA TV LELAKI POPULAR ~ Zizan Razak


PENGACARA TV WANITA POPULAR ~ Fara Fauzana

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR ~ Faizal Ismail 

Fakta ABPBH 2011 :

1.Faizal Ismail antara yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular selama 5 tahun berturut-turut.

 2.Didiey Alias pertama kali merangkul anugerah Artis Komedi Wanita Popular selepas 25 tahun ABPBH dipertandingkan.

3.Dato’ Sheila Majid dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

4.Anugerah Pengacara Lelaki Popular akhirnya jatuh kepada Zizan Raja Lawak setelah 8 tahun didominasi oleh Aznil Nawawi.

5.Dato’ Siti Nurhaliza mekap sendiri kerana jurumekap, Nurul Syukur sibuk.

6.Trofi Pelakon TV Lelaki Popular yang dijangka dimenangi oleh Aaron Aziz telah dirangkul oleh Fizz Fairuz. Satu kemenangan yang luar jangkaan!

7.Fara Fauzana mengekalkan kedudukannya buat 6 kali berturut-turut. Masih tiada pesaing?

8.Nama Sheila Majid, Aaron Aziz, Didie Alias, dan Fizz Fairuz menjadi trending top 10 di Twitter.


9.Persembahan paling mantap sudah semestinya Lan Typewriter Vs Ziana Zain.

 Psst:aper pun mmg best, mantap belaka...

;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes