PiLiHaN BaHaSa

Follower

Thursday, March 3, 2011

Berdasarkan Kitab Taalim al Mutaalim Fi Tariq al Taalum

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Tiada menolak akan kadar itu melainkan doa dan tiada menambah pada umur melainkan kebajikan, kerana bahawasanya lelaki diharamkan dia daripda rezeki dengan sebab dosa yang mengenai akan dia."

Melakukan dosa akan menyebabkan terhalang daripada rezeki dan tidur pada waktu subuh juga akan menghalang rezeki kerana banyak tidur akan membawa kepada kepapaan, papa pada sudut harta dan papa pada sudut ilmu.

Antara perkara yang membawa kepada kepaaan adalah :

1. Tidur sambil telanjang
2. Kencing telanjang
3. Makan dalam keadaan berjunub
4. Makan sambil menyingking atas lambungnya
5. Bermudah-mudah dan membiarkan dengan tumpahan daripada hidangan nasi, roti dan umpamanya.
6. Bakar kulit bawang putih dan bawang merah
7. Menyapu rumah dengan kain
8. Menyapu rumah pada waktu malam
9. Membiarkan sampah pada rumah
10. Berjalan-jalan di hadapan orang-orang tua
11. Memanggil kedua ibubapa dengan nama keduanya
12. Mencungkil gigi dengan tiap-tiap kayu
13. Membasuh tangan dengan selut dan tanah
14. Duduk atas direning pintu
15. Bergantung-gantung atas salah satu daripada dua keping papan pintu
16. Berwudu' di tempat qada hajat
17. Menjahit kain yang di atas tubuhnya
18. Mengeringkan basah-basah muka dengan kain yang dipakainya
19. Membiarkan sarang labah-labah pada rumahnya
20. Bermudah-mudah dengan solat
21. Segera keluar daripada masjid setelah solat subuh
22. Berpagi-pagi ke kedai dan lewat pulang dari kedai
23. Berdoa dengan kejahatan ke atas anaknya
24. Tidak menutup bekas makanan
25. Menghembus pelita dengan mulut
26. Menyurat dengan pen yang diberkas
27. Menyikat dengan sikat yang patah
28. Tidak mendoakan kebaikan kepada kedua ibubapa
29. Membelit serban sambil duduk
30. Memakai seluar sambil berdiri
31. Terlalu jimat
32. Boros
33. Pemalas
34. Bermudah-mudah dalam setiap perkerjaan

-petikan daripada Kitab Taalim al Mutaalim Fi Tariq al Taalum, oleh al Allamah Syeikh Burhanuddin al Zarnuji
-wallahu'alam.


Wednesday, March 2, 2011


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Alhamdullillah, fiza bersyukur sangat yg follower fiza semakin lamer semakin bertambah dari hari ke hari walaupun tak ramai cam kawan2 yg lain... Hari ni 03032011 follower fiza dah seramai 200 org.. Terima kasih kerana sudi menjadi follower fiza.. Fiza hargai sangat2..



ok, fiza dah blogwalking ke blog follower ni... Nama dia Rofi yg berasal dari indonesia.. mybe dah kawen.. untuk mengetahui lebih lanjut lagi kawan2 semua leh la bw sendiri ke blog Ropy

Fiza Say : Terima kasih kawan2 kerana bg support untuk blog fiza yg comey ni.. :) :)


Monday, February 28, 2011



Kehidupan manusia dan alam ini cukup misteri. Sungguh banyak benda yang tidak kita ketahui. Cuma hairan juga bila melihat ramai manusia yang menyombongkan diri.

Teringat akan kupasan menarik dari buku Mukmin Profesional. Al-Quran itu kitab suci, tapi mengapa ada cerita manusia yang paling keji?


Dalamnya ada kisah Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Dalamnya ada kisah kaum Nabi Lut yang mengamalkan homoseksual. Dalamnya ada kisah kaum Nabi Nuh yang menyembah berhala.



Jawapannya? Cari sendiri =)

Kali ini aku ingin berkongsi akan satu rahsia yang baru kufahami seketika tadi. Sudah lama kita tuturkan perkataannya namun baru sekarang aku mengerti maksudnya.

"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"
"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"
"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"

Tiga kali diulang. Perkataan MENGAWAL ditekankan.

"Ingat KAWAL, bukannya menukar atau mengubah diri...tapi MENGAWAL diri"


Keupayaan seseorang untuk mengawal diri merupakan satu kunci yang cukup penting untuk menguasai diri. Orang yang tidak mampu mengawal diri akan jatuh ke dua hujung yang melampau.


"Self-control is the key to self-mastery."

Dua komponen perlu diaktifkan untuk mengawal diri:

1. Pemikiran
2. Perbuatan

Pemikiran di sini merujuk kepada suara dari dalam diri kita. Suara hati dengan kata lain. Suara hati yang TEKAD ingin belajar bersungguh-sungguh perlu digabungkan dengan USAHA yakni perbuatan belajar bersungguh.


Sekiranya kita dapat mendisiplinkan diri untuk konsisten mengawal pemikiran dan perbuatan kita, maka kita akan dapat mengawal diri kita.
Bila kita dapat mengawal diri kita, maka kita sudah mula membuka kunci yang pertama!..

;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes