PiLiHaN BaHaSa

Follower

Tuesday, May 31, 2011

Buat para/bakal suami dan isteri/bakal isteri, renung2kan lah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.



Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub

Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

fiza say :: untuk renungan bersama....




Monday, May 30, 2011


Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan TAHNIAH kepada Erra Fazira dan protegenya, Salma kerana berjaya menjadi juara bagi rancangan Mentor Musim ke-5.

Yang peliknya, hanya 16 sahaja markah yang diperoleh oleh Salma daripada juri awam bagi lagu ini walaupun telah berjaya mempersembahkan lagu ni dengan baik.
Apa-apapun , persaingan antara ketiga-tiga protege , iaitu Salma, Shiha dan juga Iqa amat sengit.
Dan rasanya, memang menarik rancangan Mentor 5 kali ini, kalau dibandingkan dengan rancangan Akademi Fantasia (AF) 9 kan? Betul tak?

kat sini juga fiza sertakan lirik lagu terbaru Salma AKU PERMATA. bestkan lagu ni...aper2 pun tahniah Salma...Jangkaan fiza mmg tepat sekali...hehehehe.....

Lirik Lagu Aku Permata - Salma Mentor

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu

Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya

Liku ranjau kutempoh dalam mencari jawapan


Di sudut kecil hatiku sering berkata

Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya

Kuberanikan diri menongkah arus yang deras

Demi hari esok ku relakan


Korus


Walau tiada tangan menghulur

Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan hanya engkau mengerti

Perjalanan hidup seorang insan


Kini ku jauh memetik bintang di langit

Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah

Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Ulang Korus

Aku hanya ingin merasa

Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan

Tuhan hanya engkau mengerti

Perjalanan hidup seorang insan


Walau tiada tangan menghulur
Kanku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula

Hanya titipkanla bersinar
fiza say :: Korang sokong siapa semalam? Salma? Shiha? Iqa? Ataupun tak tengok langsung pun?

;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes