PiLiHaN BaHaSa
Follower
Thursday, July 7, 2011
mase tu pukul 2.30 pg... fiza ingatkan nak tahan sampai pg tp rupakan mmg dah tahan dah..kene g jugak toilet...fiza pun bgn la...toilet umah fiza kat dapur...fiza bangun la dengan malasnya ke toilet...lepas bukak lampu dapur fiza berdiri kat tangga, dengan tibe2 fiza dengar pintu toilet berbunyi, fiza tgk lampu dalam toilet gelap..dalam hati saper lak ada kat toilet tu dengan lampu gelap cam tu... fiza tercegak kat tangga dengan harapan ada saper2 kua dari toilet..fiza ni x la brani sangat tp tak la penakut sangat..sedang2 jer penakutnya... fiza rase dalam 3 minit jugak la fiza tunggu tp still diam jer...x der org kua gak....
fiza rase bulu rome fiza dah naik mereman dah tak boleh tahan lagi...terus fiza berlari masuk balik smula...dah terlupe semua hajat nak ke toilet...sabo jer la...masuk balik terus duk dlm selimut....nak tido tp mate still x nak lelap jugak... pejam celik pejam celik fiza sorang2.....huhuhu...tp still tak leh lelap jgak... akhirnya pukul 4 pg bru la fiza g toilet... dan lepas tu bru la mate nak lelap...
kejut2 pulak subuh...bangun solat subuh sambung tido balik..kul 8 pg bru bangun untuk g kerja....hehehe... itu la al-kisah ceritanya...
fiza say ::: seram tak...boleh la ek...hehehe...
SEBAGAI insan kita pasti ada melakukan dosa. Tidak kira sama ada dosa kecil atau besar, seseorang hamba Allah wajib segera bertaubat. Jangan ditangguhkan dengan harapan bahawa apabila sudah tua baru bertaubat dan insaf atas segala kesalahan yang kita lakukan. Kita sebagai hamba Allah tidak tahu bila kita akan mati.
Jadi, dalam soal membudayakan amalan beristighfar kepada Allah, mesti berputik daripada hati. Kita seharusnya menjernihkan karat-karat hati agar hati kita kembali putih bersih. Jangan biarkan hati kita terus berkarat akibat dosa yang dilakukan. Kata Abdullah Ibnu Mubarak; "Aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati dan rindu pada berbuat dosa, ia akan mewariskan kehinaan. Meninggalkan dosa bererti menghidupkan hati, kerana itulah yang terbaik untuk dirimu." Ingat, orang yang bertakwa sentiasa beranggapan dia banyak dosa.
Lantas setiap masa dan hari lidah dan hati dijuruskan kepada Allah memohon keampunan. Jalan terbaik menyedarkan diri ialah dengan sentiasa bermuhasabah. Amalkan sebelum tidur berfikir dan merenung diri apa yang telah kita lakukan pada hari itu. Apa dosa zahir dan batin yang telah kita lakukan.
Jangan biarkan hati kita berkarat, beristighfarlah selalu.
...Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Muzzammil 73 : Ayat 20)
Wednesday, July 6, 2011
1. Cuba tengok jari anda.Genggam kuat2 & angkat keatas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.
3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.
4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja.. semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.
5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.
6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dgn idea bernas & a great mind.
7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.





