PiLiHaN BaHaSa

Follower

Monday, October 31, 2011



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
fiza say :: Renung-renungkan, Selamat Beramal..hehehe 

salam semua kawan2 fiza...

fiza rase dah lamer fiza x update blog... bukan tak ada mase tapi tak der mood nak update tu jer.... so kali ni fiza amik kan skit mase untuk update blog kesayangan fiza ni...

Ramai kawan2 fiza tanye pasal kete fiza...fiza tak pernah public maner2 pun sama ada kat facebook ke... atau blog kesayangan fiza ni.. so kali ni fiza nak tunaikan hajat kawan2 fiza untuk publickan kete baru fiza (baru ker) hehehe...

 ni la kete fiza...sory plate pahang.. bukan tak nak plate trg tp plate motorfiza dah plate trg.. so fiza nak kelainan skit...kan...


ni la harta fiza yg terkumpul setakat ni selama fiza kerja kat UCSI University.. tak sampai 2 tahun  fiza dah dapat kumpul 2 harta ni...syukur sangat2 dengan rezki Allah berikan pd fiza.. alhamdullillah ansuran motor pun dah habis so yang tinggal ansuran kereta jer la... rezki Allah kiter tak tahu kan... dulu mmg fiza x yakin sangat yg fiza boleh beli kete sbb fiza rase x mampu nak ada kereta.. kalu kutkan x mampu sampai bilekan.... sekarang syukur Alhamdullilah fiza dah ada ape yg fiza inginkan selama ni dan Allah makbulkan doa fiza selama ni... Terima Kasih Ya Allah....

 posing2 dlm kete bru...hehehe.

 tuan kete pun dah makin tembam kan...

Fiza Say : Terima Kasih Ya Allah.......




Monday, October 24, 2011


salam semua kawan2 fiza...
lagu ni fiza tujukan khas untuk sahabat fiza... Tengku Norazuwin a.k.a Awien...
seorang sahabat sanggup lakukan aper saja untuk sahabatnya (fiza)...
susah senang kami sentiase tempuh bersama...pahit manis suka duka kami sentiase bersama hinggalah ke saat ini... kasih sayang seorang sahabat tidak boleh diganti harga...
fiza doakan semoga persahabatan kami kekal bt selamanya hingga ke hujung nyawa..
dan fiza tak lupe ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR UNTUK NYA...
semoga panjang umur dan sentiase berada didalam rahmat Allah S.W.T..
AMIN.....


 
 CORY WIN...CURI GMBO MU DLM FB...HEHEHE



Fiza Say :: lagu ni aku tuju khas untuk mu sahabatku....
i LoVe U....






;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes