PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, August 5, 2012

Assalamualaikum...

cam hangat jer tajuk tu kan...seringkali ramai org bertanya-tanye bila kamu nak kahwin atau ayat yang biase kita dengar "bile nak makan nasi minyak..???". kadang-kadang fiza dah tak tahu nak jawab macamana, ramai yang cakap yang fiza ni memilih sangat, tapi pada pendapat fiza tak salah untuk memilih sebab tu hak masing-masing dan juga untuk masa depan fiza. betul tak.semua orang nak kawan kan, nak ada pasangan dan ada family yang bahagia. betul tak..??? So sekarang fiza dah jumpa dan tahu jawapan apa nak jawab bila ada orang tanya kenapa belum kawen lagi atau bila nak tamatkan zaman bujang, so kalu nak tahu inilah jawapanya. jom kita sama baca dan fahami setiap baris patah perkataan dengan jiwa yang terbuka.



Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam

fiza say :: lepas ni tak perlu tanya lagi er...sebab anda semua dah tahukan jawapannya kenapa....????



Sunday, July 8, 2012



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masa-masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Hampir seminggu juga dia meninggalkan fiza dan rakan-rakan. 



Selamat tinggal bos sporting, selamat tinggal bos details, selamat tinggal bos yang tidak terlalu bossy, selamat tinggal bos yang cantik, selamat tinggal bos suka berbahasa melayu, selamat tinggal bos suka ketawa, selamat tinggal bos yang kuat belanja, selamat tinggal bos gosip, selamat tinggal bos suka bercerita, selamat tinggal bos skema, selamat tinggal perasa makanan, selamat tinggal leader team tapao dan selamat tinggal kawan.

Minggu terakhir bersamanya, penuh dengan hilai tawa. Hari terakhir bersamanya, fiza bagaikan berat hati nak melepaskannya. Sedikit bergenang air mata fiza dibuatnya. Jasanya, walaupun tidak lama dia menjadi bos fiza, tapi ianya cukup memberikan impak dan pengajaran yang banyak.

Dalam pada sibuk bergurau, bergelak ketawa bercerita dia suka menyelitkan unsur nasihat, tips yang boleh diguna pakai. Dia seorang bos yang sangat tidak lokek dengan ilmu. Dia berkerja dengan stail dan gaya tersendiri. Setiap kerjanya walaupun nampak leceh, namum ia tetap memberikan faedah untuk masa akan datang.


Terima kasih Prof. Dr Win Kyi Walaupun, kita hanya berkenalan selama 2 tahun saja, tapi ia tetap memberi banyak pengajaran yang sangat berguna untuk fiza dengan rakan-rakan. Kami seronok mendapat bos seperti anda. 

Wishing you all the best bos.

Mujur tempatnya diganti dengan Prof.Dr.Mohd Kamil, walaupun memegang jawatan yang sama tapi hari-hari lebih terisi. Sekurang-kurangnya, Prof Kamil menambah lagi bilangan Melayu dalam department fiza.

Fiza Say : Yang patah akan tumbuh, yang hilang pasti berganti. Kerja harus diteruskan walau siapapun ketua kita untuk masa akan datang. Tak dapat buat qulling card untuk Prof.Win. Sob-sob-sob.


Wednesday, June 13, 2012

Assalamualaikum Semua...

malam ni fiza rase ada idea skit nak update blog kesayangan fiza ni...tak tahu la mood datang dari mana malam ni... tetiba je rase rajin.. hari ni fiza cuti la kerja sebab fiza teman mak fiza buat medical check up kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).. fiza bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi balik pukul 4.30 petang.. penat sangat, tapi oleh kerana mak tersayang fiza sanggup lakukan apa saja demi mak.. kalu korang pun sama jugak kan... nama lagi mak.. tiada galang ganti seorang mak.. betul x..

mesti korang nak tahu mak fiza sakit apa kan.. mak fiza ada ketumbuhan dalam hidung, tapi tak la serius sangat..biase la bile dah sebut ketumbuhan mesti takutkan, termasuk la fiza.. ramai orang cakap kebarangkalian berpunca dari resdung.. resdung dalam yang tak keluar..setahu fiza la resdung ni ada dua jenis iaitu ada jerawat banyak tumbuh keluar kat muka dan ada yang tak keluar, mybe mak fiza dikategori yang tak keluar kot sebab tu la jadi macam tu..

Ok, berbalik pada cerita fiza kat hospital tadi, banyak sangat tempat yang fiza kena pergi, dah la ramai orang, tp nasib la mase menunggu tak lama sebab doktor panggil cepat.. masa jumpa dengan doktor pakar bahagian telinga, hidung dan tekak (ENT) ,doktor ada bagitahu fiza yang mak kena masuk wad hari sabtu ni untuk melakukan pembedahan..dan pembedahan doktor akan buat pada hari isnin.. doktor juga ada bagitahu cara pembedahan yang akan dibuat melalui lubang hidung, dan kalau kemungkinan darah banyak keluar doktor akan operate kat luar hidung.. masa doktor terangkan fiza rasa ketar lutut, dan mula berfikir "tak kan mak aku sakit cam tu pun nak bt mcmtu" fiza rase tak sanggup..banyak kemungkinan akan berlaku..

lepas jumpa pakar mak fiza kena pergi bahagian jantung untuk memestikan semua ok, dan alhamdulillah semuanya ok..lepas check jantung ok kena pergi bahagian X-ray pulak..kat situ pun guna angka giliran tapi nasib la sekejap je, lepas siap X-ray kena pergi bahagian bius (anaesthesialogy), masa tu dah pukul 2.00 petang, kat bahagian bius tu la lama..dekat dua jam mak kat dalam, fiza tak dibenarkan masuk hanya pesekit sahaja yang boleh masuk so fiza tak tahu la apa doktor cakap pada mak fiza..bila dah siap semua mak fiza bagitahu yang darah tinggi naik sikit..fiza dah lupe brapa...hehehe...(boleh harap punya anak).. esok mak fiza kena pergi lagi klinik untuk buat medical check up darah tinggi ...harap-harap ok la...

kalau boleh fiza tak nak mak fiza menjalani pembedahan tu...kalu boleh fiza nak mak ikhtiar cara lain.. cara kampung ke.. tak sanggup fiza..tadi fiza pergi farmasi untuk beli ubat resdung yang biase fiza makan sebab fiza pun ada jugak resdung. tapi resdung fiza ni alahan pada seafood je... fiza harap sangat lepas mak makan ubat tu penyakit mak kan berkurangan dan tak perlu jalani pembedahan tu... fiza tahu pembedahan tu pembedahan yang kecik je tapi banyak kemungkinan yang boleh berlaku semasa pembedahan tu..kan....

fiza harap korang doakan kesihatan mak fiza supaya cepat sembuh dari penyakit tu.. fiza hargai sangat doa-doa korang untuk mak fiza.. ok la..fiza rase cukup la sampai kat sini dulu, nanti insyaallah kalu Allah izinkan fiza akan update lagi perkembangan mak fiza...insyaallah...





;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes