PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, November 30, 2011

sama macam lagu sebelum ni.. 
 lagu yg sangat best dan sedap didengar... 
 penuh pengertian....
yg perlu dihayati dan difahami sedalamnya....



Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku

Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

fiza Say :: kite hanya merancang tp Tuhan yg tentukan..... so trima la seadanya..mungkin ada hikmah disebalik ujianNya





Salam bahagia dan ceria,

Hari ini kiranya mahu berkongsi dengan teman sekalian tentang mimpi Kita sering bermimpi. Ada yang elok dan ada juga yang buruk dan menakutkan. Mari kita sama-sama menghayati artikel yang saya bawakan khas dari indonesia.
Petunjuk Islami Dalam Menyikapi Mimpi Baik dan Buruk

Sebelum membahas bagaimana cara islami dalam menyikapi sebuah mimpi, alangkah lebih bagusnya kita membahas pengertian mimpi, pembagian dan hakikatnya terlebih dahulu. Mimpi dalam bahasa Arab mempunyai tiga istilah. Antara satu sama lainnya mempunyai makna dan pemakaian tersendiri. Kerana itu ketiga istilah ini sekaligus menunjukkan jenis-jenis pembagian mimpi. Masing-masing istilah tersebut adalah: 

1. Ru’ya; mempunyai makna yang umum untuk semua mimpi, namun biasanya kata ru’ya ini dipakai untuk mimpi-mimpi baik atau mimpi simbolik yang mengandung makna.

2. Hulum atau ahlam, biasanya dipakai untuk mimpi-mimpi buruk yang bersumber dari syetan.

3. Hadits an-nafsi, yaitu mimpi yang disebabkan oleh kondisi psikologis seseorang atau akibat kesan-kesan yang ditimbulkan oleh kejadian sehari-hari. 

Pembahagian mimpi tersebut sesuai dengan pembagian jenis-jenis mimpi dalam hadits-hadits Rasulullah Saw.
Menurut para ahli psikologi, terjadinya mimpi adalah akibat kesan-kesan yang muncul karena peristiwa-peristiwa yang disaksikan dalam kehidupan sehari-sehari. Pendapat ini didukung juga oleh Psikologist Sigmond Freud. Dan ini kelihatannya lebih cocok dengan jenis mimpi yang ketiga di atas (hadits an-nafs).

Baca lagi>>>>>

Menyingkapi Mimpi
Di atas sudah diuraikan bahwa mimpi ada tiga jenis. Maka cara menyikapinya juga harus disesuaikan dengan jenis mimpinya. 
A. Mimpi Baik (Ru’ya)
1. Memuji Allah SWT
Diriwayatkan, Rasulullah Saw bersabda: “Apabila seseorang di antara kalian bermimpi yang disenangi maka itu adalah dari Allah. Karena itu hendaklah dia memuji Allah, dan memberitahukannya. Dan kalau dia bermimpi buruk, maka itu adalah dari syetan” (HR. Bukhari).

2. Menafsirkannya
Sabda Rasulullah Saw: “”Apabila seseorang di antara kalian bermimpi baik hendaklah dia menafsirkannya dan mengabarkannya” (HR. Ibnu Abdul Bar)

3. Memberitahukannya kepada orang yang dicintai
Dalam hadits riwayat Muslim disebutkan: “…dan jangan memberitahunya (mimpi baik tersebut) kecuali kepada orang yang dia cintai.”
Di antara hikmah dalam memberitahukan mimpi baik ini hanya kepada orang yang dicintai adalah:
1. Berbagi kesenangan dengan orang yang dicintai
2.Tidak semua orang senang dengan kebaikan dan keberuntungan kita.
B. Mimpi Buruk (Ahlam)
1. Meniup ke arah kiri sebanyak tiga kali.
2. Memohon perlindungan kepada Allah SWT
3. Merubah posisi tidur ke arah kanan
4. Lakukan shalat sunnat kalau bisa
5. Jangan menceritakannya kepada orang lain.

Berikut beberapa riwayat untuk petunjuk di atas:
“Mimpi baik itu dari Allah, sedangkan mimpi buruk itu dari syetan. Maka siapa yng bermimpi dan tidak menyukainya hendaklah dia meniup ke arah kiri sebanyak tiga kali, berlindung kepada Allah dari (gangguan syetan) niscaya itu tidak membahayakannya, dan jangan memberitahukannya kepada siapa pun” (HR. Bukhari dan Muslim).
Ibnu Sirin, seorang ulama pakar tafsir mimpi di masa tabi’in berkata: “Siapa yang bermimpi buruk maka janganlah dia menceritakannya kepada orang lain dan hendaklah dia bangkit untuk shalat.”
Dan disebutkan dalam riwayat Muslim agar orang yang bermimpi buruk mengubah posisi tidurnya.

Wallahu a’lam.

Fiza Say :: so lepas ni kalu bermimpi jgn bgth org sama ada baik mahupun buruk.. biar la diri kiter saje yg thu.... 



Monday, November 28, 2011


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang mempunyai vokal mantap iaitu Adibah Noor. Selain penyanyi beliau juga dikenali sebagai pelakon yang berbakat. Baru-baru ini Adibah membuat pengakuan bahawa beliau mengambil keputusan nekad untuk tidak berkahwin setelah percintaannya putus hampir 5 kali. Adibah mengambil keputusan begitu kerana sudah serik untuk bercinta dan berumahtangga dan beliau lebih senang untuk hidup bersendirian ditemani keluarga dan juga haiwan peliharaannya. Tambahnya lagi, Adibah turut mempunyai 20 ekor kucing dirumahnya dan ianya menceriakan lagi kehidupannya.


Selain itu, Adibah turut mempunyai rakan-rakan rapat yang kesemuanya masih bujang dan mereka sudah berjanji untuk menjaga diantara satu sama lain. Walaubagaimanapun, sekiranya jodoh beliau sudah sampai, beliau tidak akan menolak takdir yang telah ditentukan oleh-Nya. Semoga Adibah bertemu kebahagiaan yang dicarinya selama ini satu hari nanti.



Sumber =Thr.fm


fiza Say :: setiap makhluk Allah dijadikan berpasangan.






Tuesday, November 22, 2011




JAKARTA – Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. “Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia,” kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com.


 Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus. “Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri,” kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu. dik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati.


Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal,” katanya. Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui. < Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. –

 fiza say :: knp la sampai blh jadi cam ni...




Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pasukan Bola Sepak Negara Bawah 23 Tahun yang telah dinobatkan sebagai Juara Bola Sepak Sukan Sea 2011 yang menumpaskan pasukan Garuda Indonesia dengan kemenangan (jaringan 1-1) penalti 4 berbalas 3.

Permainan separuh masa pertama memang jelas pemain Harimau Muda dalam kerunsingan apabila jeritan dan pekikan penonton-penonton majoriti penyokong pasukan tuan rumah, Indonesia. Pujian kepada penjaga ‘rumah’ Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya mematahkan serangan dan cubaan dari pasukan pihak lawan sungguh amat membanggakan.

Begitu juga dengan pemain-pemain yang tidak pernah kenal penat untuk mencuba jaringan kemenangan selepas seri 1 sama apabila pasukan Indonesia pada awal minit ke-4 telah membolosi gawang Harimau Muda. Selepas tamat permainan 90 minit dengan jaringan seri 1 sama, akhirnya masa tambahan juga gagal menjaringkan sebarang gol apabila masing-masing kedua pasukan didapati offside dalam percubaan gol yang kedua.

Penentuan penalti yang diakhiri dengan Kapten Harimau Muda, Badrol yang sekaligus membawa kejayaan yang amat bermakna kepada pasukan Harimau Muda. Tahniah kepada Pasukan Harimau Muda yang diasuh oleh Ong Kim Swee… Semangat Ong Kim Swee patut dipuji walaupun banyak menerima kritikan daripada semua pihak.

 Tahniah sekali lagi!!!




Thursday, November 10, 2011






Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. 

Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. 

...Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya. 

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. 

Saya sebenarnya gembira dengan tugas saya. Saya tidak suka melihat awak sedih, dan saya berharap awak dapat teruskan perjuangan hingga ke titisan korban terakhir.




Wednesday, November 9, 2011


Salam semua...Selamat kembali dari bercuti...Alamak..dah lama cuti dari berblog nmpaknya mood nak mengadap dah nak hampir2 ke laut...Moga2 tidak la terus sampai ke tengah laut...Bila dah start cuti mcm ni la jadinya..Tapi kalau tak bercuti mengadap hari2 sampai nk termuntah pun tak kisah...Tapi sekurang kurangnya dapatlah jugak fiza buat keje rumah dan tido dgn tenang..Kalau tak hati ni asyik ingat kat sini jer..Rindunya kt kwn2 jgn cakap la...ok meh kite tgk aper citer fiza kali ni...

kali ni fiza nak cite xtiviti fiza mase cuti Hari raya Aidiladha 2 3 hari yg lepas...bru lg... Org lain pergi bereya tp fiza 1 family g picnic kat SEKAYU... g mandi manda sane tp sblm tu kiteorg g Batu Bersurat (kuala berang).. ni semua gara2 pakcik fiza yg terlajak jalan.. alang2 dah sampai sana kan... lgpun ni adalah kali pertama fiza tgk Batu Bersurat ni.. anak jati Trg sendiri bru tgk...hehehe...aper la fiza ni kan...sblm ni tgk kat bulatan ladang jer (replica)



lepas boring posing2 kat sini kiteorg g kat Makam Tok Gajah... fiza x thu la saper tu tp mak fiza ckp Tok Gajah tu bapa kepada Mat Kilau... btl ke x Allahualam... kat makam tu kiteorg just lalu jer...tak singgah pun...sbb kene masuk dlm kawasan perkuburan... makam lama kan..meremang jugak la bulu roma fiza ni...

Selepas tu kiteorg bertolak la ke Destinasi yg dituju...g sekayu.. sampai kat sana aper lagi...tukar pakaian la fiza..hehehe.... fiza ni pantang kalu jumpa air cam tu mesti nak mandi jer..rugi kalu g tempat cam tu x mandi...ok la...jom kiter tgk gmbo fiza makcik fiza snap...





fiza say :: sekian dari fiza....hehehehe...


Thursday, November 3, 2011


air mata . . .
apa itu air mata . . .
ramai kata air mata ibarat mutiara yang lahir dari hati yang suci . . .
ada juga kata air mata tu, air murahan sebab ramai yang keluar kan
air mata hanya untuk mengambil kesempatan di atas kelemahan seseorang . . .
api bagi aku air mata adalah anugerah yang paling berharga . . .
kenapa aku cakap macam tu, 
kerana air mata tidak semua orang dapat mengerti . . .

kenapa air mata boleh keluar ?
kenapa ia mengalir dengan penuh irama ?
kenapa bila ia mengalir susah untuk ia berhenti ?
kenapa bila ia keluar mengalir hati kita tidak berhenti - henti merasa kesakitan ?
apa kaitan air mata dan hati ?
kenapa hati perlu merasa kesakitan bila air mata keluar ?
terlalu banyak persoalan kan ?
sebab itu air mata adalah anugerah yang paling berharga . . .
kerana keluar nya ia dari mata seseorang , pasti hati nya merasa kesakitan . . .
jika air mata keluar mengalir biarkan lah ia mengeluar mengalir , 
biar ia kan ia pergi . . .

jangan sesekali pendam , atau simpan air mata itu . . . jika nanti diri yang akan binasa dan diri juga yang akan menanggung segala kesengsaraan . . .
jika air mata ditahan . . .
air yang mengalir biarkan ia mengalir
jangan sesekali kita tahan
kerana ia nya diibaratkan air sungai yang mengalir
untuk membantu kita untuk terus hidu

jika ditahan maka sengsara lah hidup kita






Kamu tahu tentang sesuatu? Fiza mudah untuk menerima jika limau yang ingin fiza beli itu sudah fiza agak tidak elok rasanya jika dibaca dari segi luarannya. Maksud fiza mungkin warna kulit, bentuk, dan keanjalannya sudah memberitahu fiza bahawa limau itu masam ataupun tawar. Ya, fiza mudah untuk terima jika setelah fiza membelinya, ternyata limau itu tidak manis. 


Tapi bila elok rupanya, baik keadaannya, dan fiza senang hati membeli dengan harapan rasanya seenak luarannya… fiza mulai sukar untuk menerima jika ia sebenarnya hanya elok daripada segi luaran. Penuh penipuan dan pembohongan. Dan mata-mata yang melihat hanya tertipu semata-mata kerana luaran yang indah. Tapi hakikatnya...? Masam! Tawar! Pahit!

fiza say:: Kau punya mata hati, lihatlah dari hati!



Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi

2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu

3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat

4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...

5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....



Wednesday, November 2, 2011




‎**DOA PENDEKAT JODOH**


Ya Allah, jadikan dirinya "nama orang' kekasihku didalam hati yang tenang dan berikan kabar gembira kepadanya dan sampaikan 110 kebaikan kepadanya..Sesungguhnya Allah adalah sebaik2 penjagaan.dan Dia juga Maha Pengasih dan Penyayang..



fiza say :: kepada sesiapa yg blm ketemui jodoh lagi boleh la amal kan doa ni...moga2 Allah permudahkan jodoh kite...amin.......



;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes