PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, May 9, 2012





DRAMA bersiri 24 episod yang diadaptasikan daripada novel hasil tulisan Wan Mahani iaitu Seindah Sakura ternyata berjaya mencabar kredibiliti pengarah muda yang kreatif, Zul Huzaimy Marzuki, 33.

Bagi aktor hebat yang juga anak didik Datin Marlia Musa ini, dia terus tertarik dan memberanikan diri untuk mengarahkan drama bersiri itu buat julung kalinya selepas membaca novel terbabit. 
Lebih menarik, drama terbitan Temenggong Pictures ini menggandingkan aktres popular Fasha Sandha dan aktor kacak Fahrin Ahmad, selaku teraju utama. 

“Walaupun sudah mengarah banyak projek telefilem, ia kali pertama saya diberi kepercayaan mengarah projek drama bersiri pula. Pada mulanya, saya berasa khuatir untuk arah drama bersiri kerana ia berbeza daripada telefilem yang pernah saya arahkan sebelum ini.

“Tekanan lebih dirasai untuk menyiapkan drama bersiri ini dalam tempoh 65 hari seperti direncanakan. Justeru, sebelum mengarah, saya juga bertanya pandangan pengarah berpengalaman seperti Bade Hj Azmi dan Erma Fatima bagaimana untuk mengarahkan drama bersiri ini.


“Maklumlah, memang sudah menjadi cara saya bekerja dengan suasana yang santai 
di lokasi. Selepas penggambaran pada hari ketujuh, saya akan beri pelakon dan kru untuk ‘break’ sekejap dan peng�gambaran selalunya dari pagi dan berakhir pada jam 4 petang saja,” katanya. 

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia menerusi filem Wayang, berkata, cerita Seindah Sakura ada kelainan yang mampu menarik penonton setia slot Akasia di TV3. 



“Selalunya, pengarah lain paparkan kampung setinggan di kawasan landasan kereta api seperti digambarkan dalam novel ini, tapi kami ubah drama ini dengan memaparkan kehidupan setinggan di kawasan Beserah, Kuantan kerana susah nak buat proses ‘dubbing’ di kawasan landasan kereta api. 

“Selain itu, jika orang fikir, bunga sakura hanya ada di Jepun, hakikatnya, ia boleh didapati di Kota Paris seperti dipaparkan dalam drama ini. Sebenarnya, kekuatan drama ini terletak kepada jalan ceritanya sendiri dan tidak susah untuk saya membentuk karakternya. Sebab itu penonton akan nampak syot dalam drama ini juga ringkas,” katanya. 

Zul ditemui di sesi ramah mesra drama bersiri itu di Theaterette, Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini. Hadir sama, Pengurus Wanita Inspirasiku, Hadzelynda Khairuddin. Drama ini dimantapkan lagi dengan barisan pelakon seperti Datuk Eizlan Yusof, Sherie Merlis, Eryna, Wan Sharmila, Fimie Don dan artis veteran Mak Mah. 

Ditanya kerjasamanya dengan Fahrin dan Fasha, beliau berkata, mereka tidak pernah bersikap ‘diva’ walaupun cukup besar namanya dalam bidang seni. 

“Apabila produser dan pihak TV3 beritahu watak utama cerita ini akan dilakonkan Fasha (Shakira) dan Fahrin (Cikgu Airil), saya terus setuju kerana mereka memang serasi. 

“Sebagai pengarah, apabila masuk saja ke lokasi penggambaran, saya tidak pandang artis itu sebagai Fasha atau Fahrin, cuma kalau pelakon itu tidak ‘beri’ apa yang saya nak dalam menjiwai karakter diserahkan, saya tetap tegur dan bimbing mereka,” katanya. 

Malah Zul akui memang banyak ‘bertekak’ dengan Fahrin ketika di lokasi penggambaran drama ini demi kebaikan tetapi masing-masing tidak pernah ambil hati. 

“Satu perkara kalau orang tanya, kenapa saya sendiri tak berlakon dalam cerita ini, jawapan saya adalah saya tak boleh buat dua kerja sekali gus. Saya lihat watak Cikgu Airil kacak dan garang ini lebih sesuai dilakonkan oleh Fahrin. 

“Fasha pula jenis pelakon yang suka beri sedikit demi sedikit lakonannya mengikut episod supaya pelakon tertunggu-tunggu kemunculannya dan kemudian ‘beri habis’ apabila espisod kemuncak. Fahrin dan Fasha dah masak dengan kerja mereka. 

“Sebagai pengarah yang juga pernah pelakon, saya lebih suka beri ruang dan kebebasan kepada pelakon saya termasuk dari segi dialog,” katanya. 

Tambah Zul lagi, dia puas hati dengan lakonan Mak Mah yang turut beri impak yang besar sebagai nenek Shakira dalam drama itu. 

“Mak Mah tidak dapat skrip penuh tapi lakonannya tetap hebat hingga ke penghujung cerita. Selain itu, saya turut gementar bekerja dengan Eizlan yang pernah mengarah dan menulis sendiri skrip drama yang bagus sebelum ini. 

“Cuma watak antagonis lakonan Wan Sharmila saya lebihkan sedikit mungkin kerana peranan antagonis sudah menjadi jiwa saya, sejak dulu,” ujarnya. 

Antara telefilem arahan Zul yang lain adalah Rambong, Kenapa Aku Mencuri, Unjul Nak Jadi Orang, Inang Di Bumi Kerbau, Nyanyikan Aku Air Mata Itu dan Aku Belum Mati.


sumber :  http://www.gempak.org/

fiza say ::: caya la...semua pelakon dalam slot akasia ni fiza minat terutamanya penyarah citer ni...Zul Huzaimy...minat sgt...




Wednesday, May 2, 2012

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

kali ni fiza nak share lagi 1 video yang fiza suka.. comel sangat...kanak2 kalu buat apa saje mesti comelkan... mungkin korang dah penah tengok video ni tapi tak pe fiza kisah, fiza nak jugak post kat blog kesayangan fiza ni.... jom kite sama-sama layan....



Fiza Say : macamana...comel kan....????



;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes