PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, March 10, 2013



kahwin isteri tua

bagaimana kita ingin mengendalikan sebuah perkahwinan jika ditakdirkan isteri kita lebih tua atau berusia dari kita.


Berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua dari kita memang boleh mengundang pelbagai dugaan dan cabaran. Tapi usah risau, dalam menempuh pelbagai cabaran tersebut, ada kebaikkannya juga jika kita berkahwin dengan isteri lebih tua.
Salah-satu cabaran yang biasa akan anda sebagai suami muda akan tempuh ialah isteri yang lebih berusia dari anda sifat cemburunya yang agak kuat. Ye lah kan, suami lebih muda, kalau suami jeling sikit pada wanita yang lebih muda atau seusia dengan anda, pastinya isteri anda itu akan cepat terasa. Cemburu la katakan. Tapi takpe, itu tandanya dia memang sayangkan anda.
Bagaimana pula jika anda berada dalam situasi seperti ini?
Berikut saya kongsikan satu tips yang boleh anda cuba amalkan jika isteri anda naik jealous dengan anda:
Cepat-cepat pujuk isteri anda sambil berkata, “Abang tengok perempuan tu sebab dia cantik hanya di mata Abang. Tapi hanya Ayang sorang yang tetap teguh bertakhta di hati Abang selamanya. Kecantikan perempuan tu nanti akan pudar juga ditelah usia. Tapi cinta dan sayang Abang kepada Ayang, takkan sesekali pudar di telan usia.”
Ok, sekarang kita bincangkan pula soal dari segi persediaan yang perlu anda lakukan dalam menempuh alam perkahwinan bersama wanita yang lebih berusia dari anda.
Persediaan yang paling penting dan utama perlu anda beri sepenuh fokus ialah dari segi mental dan rohani.
Caranya ialah dengan melengkapkan diri anda dengan seberapa banyak ilmu yang boleh tentang mengendalikan hubungan rumahtangga. Tak lupa juga hal-hal berkaitan agama dan fiqh munakahat (perundangan rumahtangga Islam). Baca buku atau nak mudah cari sahaja info di Internet, boleh juga cari di bahagian keluargadalam Harian Islam.
Dengan adanya ilmu, lebih mudah anda kelak sebagai suami untuk melayari dan menjadi nakhoda bahtera perkahwinan anda. Segala konflik rumahtangga mampu anda selesaikan dengan tenang.
Antara kelebihan-kelebihan kita berkahwin dengan wanita yang lebih berusia adalah:
  • 1
    Mengikut kajian, wanita yang lebih berusia ini lebih penyayang, mengambil berat pasangan, pandai mengambil hati suami serta daya pemikirannya lebih matang.
  • 2
    Mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi dan akan lebih tenang jika berhadapan dengan sebarang konflik. Ini kerana dia mampunyai pengalaman hidup yang lebih banyak berbanding suami.
  • 3
    Sunnah Nabi SAW. Rasullullah kan berkahwin dengan Siti Khadijah RA yang jauh lebih tua. Betul tak?
Jika kita memang telah dijodohkan dengan wanita yang lebih tua, terimalah dan panjatkanlah rasa syukur kepada Allah SWT. Laluilah perkahwinan tersebut berpaksikan iman dan taqwa. InsyaAllah, perkahwinan anda mampu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Cuma satu nasihat yang perlu dipegang oleh si isteri terutamanya sekali. Walaupun isteri berumur lebih tua dan memilikki pengalaman hidup yang lebih banyak, martabat suami sebagai ketua, pemimpin dan nakhoda anda tidak boleh sesekali dilupakan.
Suami masih tetap wajib anda patuhi dan hormati segala keputusannya. Anda sebagai isteri boleh memberi pandangan dan pendapat. Hormatilah suami anda seperti mana anda menghormati orang yang lebih tua dari anda. InsyaAllah diri anda dan rumahtangga anda akan mendapat barakah dari Allah SWT.
Fiza sangat hargai jika ada pembaca yang sudi berkongsi pengalaman Isteri Lebih Tua Dari Suami di sini.

Tuesday, March 5, 2013


Petua Cari Calon Suami Yang Baik

Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.
Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Seperti mana Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Petua Mencari Calon Suami Yang Baik

  • Pilih yang baik dan beragama
    Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?
    Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.
  • Cari yang sabar dan penyayang
    Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?
    Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.
  • Jangan nilai pada rupa
    ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.
    Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
  • Hormat orang tua
    Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?
    Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.
  • Cari yang boleh mendengar dan mendidik
    Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.
    Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.
  • Lihat pada keluarga dia
    Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodohuntuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.
    Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.
  • Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
    Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.
    Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.


    fiza Say : jodoh adalah rahsia Allah so kiter sebagai hambaNya teruskan brusaha untuk memdapatkan jodoh yang terbaik..


;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes