PiLiHaN BaHaSa

Follower

Monday, October 31, 2011



Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
fiza say :: Renung-renungkan, Selamat Beramal..hehehe 

salam semua kawan2 fiza...

fiza rase dah lamer fiza x update blog... bukan tak ada mase tapi tak der mood nak update tu jer.... so kali ni fiza amik kan skit mase untuk update blog kesayangan fiza ni...

Ramai kawan2 fiza tanye pasal kete fiza...fiza tak pernah public maner2 pun sama ada kat facebook ke... atau blog kesayangan fiza ni.. so kali ni fiza nak tunaikan hajat kawan2 fiza untuk publickan kete baru fiza (baru ker) hehehe...

 ni la kete fiza...sory plate pahang.. bukan tak nak plate trg tp plate motorfiza dah plate trg.. so fiza nak kelainan skit...kan...


ni la harta fiza yg terkumpul setakat ni selama fiza kerja kat UCSI University.. tak sampai 2 tahun  fiza dah dapat kumpul 2 harta ni...syukur sangat2 dengan rezki Allah berikan pd fiza.. alhamdullillah ansuran motor pun dah habis so yang tinggal ansuran kereta jer la... rezki Allah kiter tak tahu kan... dulu mmg fiza x yakin sangat yg fiza boleh beli kete sbb fiza rase x mampu nak ada kereta.. kalu kutkan x mampu sampai bilekan.... sekarang syukur Alhamdullilah fiza dah ada ape yg fiza inginkan selama ni dan Allah makbulkan doa fiza selama ni... Terima Kasih Ya Allah....

 posing2 dlm kete bru...hehehe.

 tuan kete pun dah makin tembam kan...

Fiza Say : Terima Kasih Ya Allah.......




Monday, October 24, 2011


salam semua kawan2 fiza...
lagu ni fiza tujukan khas untuk sahabat fiza... Tengku Norazuwin a.k.a Awien...
seorang sahabat sanggup lakukan aper saja untuk sahabatnya (fiza)...
susah senang kami sentiase tempuh bersama...pahit manis suka duka kami sentiase bersama hinggalah ke saat ini... kasih sayang seorang sahabat tidak boleh diganti harga...
fiza doakan semoga persahabatan kami kekal bt selamanya hingga ke hujung nyawa..
dan fiza tak lupe ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR UNTUK NYA...
semoga panjang umur dan sentiase berada didalam rahmat Allah S.W.T..
AMIN.....


 
 CORY WIN...CURI GMBO MU DLM FB...HEHEHE



Fiza Say :: lagu ni aku tuju khas untuk mu sahabatku....
i LoVe U....






      DOA SUPAYA JADI RAJIN DAN TENANG DARIPADA KESEDIHAN

                  


SETIAP DARIPADA KITA MAHU MENGELAK DARIPADA TERUS BERSEDIH, MENJADI SEORANG YANG RAJIN DAN MENNGELAKKAN DIRI DARIPADA BERHUTANG..AMALKAN DOA INI SETIAP HARI SELEPAS SOLAT LIMA WAKTU..INSYALLAH .


Allahumma, aku berlindung daripadaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung daripadaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung daripadamua daripadamu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung daripadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (3x)..aminnn




Sunday, October 23, 2011

Alhamdulillah...terengganu layak ke final setelah menafikan hajat dan misi 33 selang0r di ssins semalam dgn kemenangan 2-1....g0l dijaringkan 0leh manaf mamat dan saha( ashaari shamsuddin )...permainan semakin baik...tpi sikap atau mentaliti peny0k0ng2 ganu yg melempar mercun dan b0t0l air dianggap x berm0ral....s0k0nglah dgn m0lek...gane2p0wn ganu akn menentang n9 kt shah alam....PETEH GANU PETEH!!! S0K0NGAN SEPANJANG ZAMAN !!!

PEMAIN Terengganu meraikan jaringan gol kedua pasukan menentang Selangor malam tadi yang disumbat Mohd Ashaari Samsudin (kiri). - Foto Makhzan
PEMAIN Terengganu meraikan jaringan gol kedua pasukan menentang Selangor malam tadi yang disumbat Mohd Ashaari Samsudin (kiri). - Foto Makhzan



SEPERTI dijangka, Negeri Sembilan dan Terengganu bakal bertemu di pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali, selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pertembungan mencemaskan separuh akhir kedua, semalam.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, harapan Selangor menghidupkan kembali ‘Misi 33’ lebur, meskipun berjaya mencuri satu gol pada minit-minit terakhir untuk mengiringi Sang Penyu ke pentas akhir dengan kemenngan agregat 4-1 selepas menumpaskan Selangor 2-1.

Sementara, T-Team gagal mengikut jejak abangnya, terpaksa berputih mata menyaksikan Negeri Sembilan sekali lagi melangkah ke pentas akhir dengan agregat 6-3.

Bekas juara Piala Malaysia 2001, bakal bertemu naib juara tahun lalu pada hari penentuan 29 Oktober depan di Stadium Shah Alam.



fiza say => TAHnIAh kpd smua pasukan krn bermain dgn semangat KesUkanan yg tinggi..Tahniah Team pantai timur Abg & Adik,,mmg TerBaeK!!! PeteH JulAng Piala Malysia Yup!!!..:-)




Thursday, October 20, 2011




Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?


Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !

JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.

credit by: Facebook




hari ini aku bertatih seorang diri…tanpa sesiapa!!
kita sama sahaja…apa yang membezakan adalah iman & taqwa…
cukup lah sakitkan hati ini… aku juga punyai hati yang berhak untuk dijaga dari terus digores oleh kata-katamu… kenapa perlu menggunakannya andai ianya langsung tidak memberi manfaat buat kamu?kenapa?
cukup lah aku pedamkan nya sekian lama…tolong mengerti pendirian aku andai aku tidak biasa lagi untuk bersama-sama kalian semua…
aku yakin kita semua boleh bersatu..namun ianya perlukan masa.. aku tak pasti berapa lama..give me chance & time…bukan salah di pihak aku sahaja barangkali…masing2 ada kesalahan…cuma mahu mengaku atau tidak…
jelas bukan…kita sama..tiada yang membezakan…kenapa perlu rahsiakan beberapa keadaan? kenapa perlu membuat keputusan tanpa dirunding terlebih dahulu? kata mahu bersatu.. namun jika ini tindakannya, capaian kata sepakat mungkin susah dicapai antara aku dan kamu…
aku hanya inginkan kedamaian… tanpa sebarang kata2 yg menggoreskan lagi hati ini… kedamaian yg sebenar2nya…
benar.. aku maksudkannya… aku hanya perlukan kedamaian itu antara aku dan kamu!
fiza say =>  jangan pernah membezakan antara aku dan kamu jika kamu tidak pernah mengenali aku dengan lebih dalam~


Wednesday, October 19, 2011


salam semua….hari nie nak share lagi ilmu yg dapat tengah hari tadi…
ok2…baiklah..tajuk hari ini ialah…jeng2…. Hidayah itu milik siapa??
persoalan utama, apa itu HIDAYAH? bukan nama orang yee…
okla..HIDAYAH itu merupakan satu petunjuk
saya mahu datangkan contoh iaitu dengan melihat ‘Traffic Light’
kita lihat ianya hanya sebuah lampu isyarat…yang hanya berfungsi di jalan raya sahaja…namun kita tidak menyelami fungsi sebenar lampu isyarat tersebut…
lampu isyarat sangat2 berguna di jalan2 raya sebagai PETUNJUK…cuba anda bayangkan jika tiada lampu isyarat ini? akan berlaku kemalangan bukan?
ya..itulah dia HIDAYAH…hidayah itu satu PETUNJUK dari Allah buat hamba-Nya…di dalam kehidupan kita sarat dengan ujian, dugaan, segala pancaroba yang perlu ditempuhi sebelum menempah tiket menuju ke alam akhirat kelak…
sering kali kita mendengar, apabila diungkap perkataanHIDAYAH...akan hadir perkataan TAUFIQ...adakah kita memahami kedua2 perkataan ini dengan jelas??

Hidayah- sebagai pembimbing / guide untuk menjadikan diri ke arah kebaikan
Taufiq- satu kudrat & kekuatan yang diberi oleh Allah
jika salah satu di antaranya tiada, apakah yg akan berlaku?sebagai contoh, seseorang itu mendapat hidayah namun tidak memiliki taufiq…
hidayah dalam dirinya adalah untuk membuat kebaikan seperti ingin solat jemaah di masjid, namun memandangkan tiada taufiq di dalam dirinya iaitu kekuatan & kudrat kerana sakit, kebaikan yang diimpikan tidak dapat dilaksanakan…
berlainan pula bagi mereka yang tiada hidayah namun memiliki taufiq…sebagai contoh seseorang itu mempunyai badan yang sihat & kuat namun terasa amat sukar untuk membuat kebajikan…
ini di antara PETANDA orang itu mendapat hidayah daripada Allah:
  • dari dia tidak tahu kepada tahu (contohnya: mendengar tentang sesuatu kebaikan daripada mereka yang memiliki ilmu)
  • dari dia tidak faham kepada faham (contohnya: pada awalnya tidak memahami ayat al-quran namun setelah mendengar penerangan dari ustaz, dia dapat memahaminya
  • dari sifat yang suka bergaduh & berkelahi kepada sifat penyayang & bersilaturrahim(contohnya: pada awalnya, satu kampung mengenalinya dengan sifat yang suka mencari gaduh namun akhirnya berubah kepada insan yang sangat penyayang & suka menyambing silaturrahim)

~oleh itu, jelas sekali HIDAYAH itu milik Allah..sama2 lah kita bermujahadah untuk mendapatkan petunjuk dari Allah ini…doa 

Tuesday, October 18, 2011


Belum kahwin lagi...
Sudah selalu...
 pegang-pegang tangan..
Sudah selalu usap-usap tangan..
Tayang pada orang ramai..
Apa hukumnya jika korang Islam ?
DOSA tahu tak !

Ditambah lagi..
Bila korang pegang-pegang tangan depan orang ramai..
Maka. ramailah orang yang melihat korang akan merasa..
Sakit hati..
Menyampah..
Meluat..
Tapi, korang buat tak peduli je..

Entah jadi kahwin ke tidak agaknya..?
Pegang-pegang tangan bukan main lagi..
Sedangkan baru setakat pakwe makwe..Belum nikah lagi pun.

Sumber : facebook




* Fenomena ni dianggap biasa oleh budak-budak remaja .. zaman dulu ke sekarang ke sama jek .. bila orang dewasa tegur, budak remaja ni kata dulu you all buat jugak cam ni .. hmm ... esok-esok bila budak remaja ni dah jadi dewasa baru lah diaorang nampak benda cam ni tak elok ... tepuk dada tanya iman ...tak nak kata apa .. hanya like aje


Sunday, October 16, 2011

walaupun event ni dah lamer tp fiza tetap nak postkan jgak entry ni...

Kepada semua rakan2 yang ingin mendapatkan RAWATAN KESIHATAN PERCUMA bolehlah hadir di perkarangan Mydin Mall pada 08 October 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang, anjuran UCSI UNIVERSITY...Kedatangan rakan2 semua adalah dialu-alukan...kite jumpa disana....




MC (Kalai & Shaima)


fiza say => time kasih kepada kawan2 fiza yg menjayakan kempen kesihatan ni..




Wednesday, October 12, 2011

Fiza ni dah 3-4 kali jugak lah guna hot tiket ni .. dan fiza sangat suka sbb dia sangat jimat .. pastu kalau beli yg rm10 kad tu korang simpan lah .. nanti beli lagi satu dapat lah korang 2 ketul ayam secara foc dari KFC .. tp kalau korang beli yg rm15, pun akan dapat 2 ketul ayam .. jadinya tentulah rm15 lagi untung kan .. hehehe .. yg ni fiza tak pegi lagi tukarkan ayam tu .. kejap lagi kot masa on the way balik ke rumah ke .. hehehe .. alahai .. lg pun dapat 2 ketul jerrr .. takde coleslaw dan wipped potato pun .. tp ok lah kan .. hehehe .. ni lah rupanya kad tu ..


bila korang guna kad ni, korang sms lah ke no apa pun, dia akan tolak dari 300 yg free tu .. dia tak terhad ke no maxis saja .. no celcom boleh dan no digi pun boleh .. tp korang kena gunakan hingga ke panggilan yg terakhir .. mcm fiza ari tu selalu ada baki .. tp tak rugi sbb 10 hari .. confirm bley habis lah .. hehehe .. kad ni promosi sampai 31 dec 2011 tp utk dapat ayam free hingga 15 okt je .. ok lah .. tu saja laporan nya ..

Thursday, October 6, 2011


barang siapa yang mengerat kukunya pada:


Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit


Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan


Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat


Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit


Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan


Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit


Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.





Jika benar kau kasih cintakan wanita itu :
•.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,

•.♥• Nasihatilah dia,

•.♥• Perbetulkan kesilapannya,

•.♥• Jagalah dia dgn baik,

•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amiin..✿


;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes