PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, February 29, 2012


p/s : Harap doaku Dimakbulkan oleh Allah S.W.T....

Monday, February 27, 2012


10 sebab perempuan tak hormat lelaki
1. Dah ada awek kau nak pegang2...elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. Bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. Kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. Time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

p/s: tak semua lelaki macam nih dan bukan semua lelaki ada semua ciri2 nih.. 


Sunday, February 26, 2012



fiza say : doakan sentiase bersamamu....

Thursday, February 23, 2012


Setelah semuanya aku tolak ke tepi..

Membiarkan diri tanpa mencintai mahupun dicintai..

Aku masih mencarimu bukan kerna menagih kembali cinta yg ku buang di dasar lautan..

tapi hanya sekadar ingin bersahabat..

Mungkin kerna sudah terbiasa dgn dirimu..

membuatkan diriku selesa..

biarpun tanpa cinta dihatiku.. barangkali cintaku jua tiada dihatimu lagi..

Aku berharap...agar..

Persahabatan itu masih milik kita bersama :)

Terima kasih kerana masih sudi menghulurkan tali persahabatan

yang pernah dibina seperti sebelum lima tahun dahulu..

Semoga kita kekal bersahabat sehingga ke akhir hayat..

andai benar ditakdirkan kita tiada jodoh untuk bersama :)

Semoga kita berjaya mencipta kebahagiaan sendiri


@kata hatiku berbicara@

maaf buat rakan blogger.. entry kali ni.. meluahkan perasaan sekali lagi~ hehe

Perasaan yg dipendam dalam hati :)






Sumber : mukabuku

Monday, February 20, 2012


Sumber:: www.Rindok.com

Fiza Say >>> Betul ke cam ni...Ada Sesiapa Setuju....


Isshhh pesal yerr dok mengantuk?? eh tanya pulak?? semalam yang tido lambat tu pesaiiii??? hahaha....  uools buat apa tue??? sibuk ker?? deqlis sedang pekena kopi panas satu...woo hilang sikit ngantuk nie... 

cakap pasal mengantuk nie, nak cakap pasal tidur duduk...... fiza mmg tak reti laa nak tidur klu duduk...tp nie my grandfather..biase la kan org tua.... mmg boleh terlena baikkkkkk punyerr walaupun sedang duduk.. .ZZZzzzzzzZzzzzzz macam mimpi p London jerkkk..hehe..

teringat fiza dok tengah sembang-sembang ngan cousin.... alih2x senyap jer takde balasan...adehhh rupernyer dia leh tido atas sofa ada kusyen 2 tu eh eh eh..... tu masa kami kecik2x laa.... fiza yang nakal nie pi kacau letak garam kat mulut dia ngehhh ngehhh ngehhh... issh nakai fiza masa kecik2x dulu.... kekadang baik hati letak gula...hehe.. ok what??? pernah kena?? hehe

klu teringat2x... mmg senyum kambing laa fiza... sekarang??? ishhh dah besau panjanggggg dah cousin ituw..dah kahwin pun...ntah2x bini dia laa yg buh garam pulakkkk hehehe...

oklaa...mengantuk hilang sikit nie... nak sambung kerja..!

                                   haaa.... gambo sumber google..TIDO LAGU NIEE DAKKK??? heheh


Thursday, February 16, 2012


‎... Sekuat Mana Kita Setia..


... Sehebat Mana Kita Merancang...


... Sejauh Mana Kita Menunggu...

... Sekeras Mana Kita Bersabar..

... Sejujur Mana Kita Menerima...

... Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..

... Kita Tetap TIDAK Akan Bersama...



Tuesday, February 14, 2012



Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya. Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.
Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri. Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.

# Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.

# Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.

# Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.

# Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.

# Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.

# Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.

Sumber: http://www.iluvislam.com/


fiza say :: kalu cam ni nak kawen cepat2 la....sape nak ke fiza cepat masuk minang...hehehe...





Sunday, February 12, 2012

Salam semua kawan2 blogger...


10 February 2012 (Jumaat) bru ni sorang lagi kawan fiza telah tinggalkan zaman bujang iaitu telah berkahwin.. ni kawan mase fiza study dulu. umo kiteorg sebaya... fiza kenal dia zaman fiza study dulu tahun 2001. persahabatan kiteorang terjalin sampai la sekarang.. nama kawan fiza tu Wan Zuraida Binti Wan Daud... kawan2 fiza semua panggail dia Chewan tp kadang2 panggil Zura.. kiranya dia slaah seorang kawan yg rapat sangat dengan dia...

dia x suke makeup, tp bile dah make cntik kan..

ok fiza nak cite skit kisah kiteorg mase study dulu... dulu chewan ni slalu tido ngan fiza, tahu2 jer la kan katil camner... katil bujang tido 2 org...dari mula tito smpai pagi camtu jer badan fiza... x leh gerak kiri kanan..almaklum la badan sihat2 semua.. walaupun umo kiter sebaya dia lebih matang dari fiza (Dulu la) dia byk bantu fiza dalam semua perkara..

same tembam jer kan..

ok...kalu nak tgk gmbar lagi blh la klik kat facebook fiza.. kepada Cwan sahabatku, fiza doakan semoga Cwan dan suami bahagia hingga ke hujung nyawa....cepat2 dapat baby er....

Wednesday, February 8, 2012


Layan game lama-lama boleh kan? layan facebook berjam-jam boleh kan..meh baca ni kejap, muhasabah diri bersama :)


Apasal la aku malas sembahyang?
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang – bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh siang & malam…

Apasal la aku malas sembahyang?

Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang….

Apasal la aku malas sembahyang?
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang?
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang?
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang – sorang….

Apasal la aku malas sembahyang?
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!


Sumber : MukaBuku






Monday, February 6, 2012




Jika kita kata dia cantik, dikatakan cuba menggoda,
Jika kita kata dia tak berapa nak cantik, di sangka menghina
Bila kita kata dia lemah dia protes,
Bila kita kata dia perkasa dia menangis

Mahu hak sama rata, tapi apabila disuruh berdiri dalam komuter dia masam
(Sambil membebel dalam hati, apa la mamat ni tak gentleman langsung,takde perasaan)

Mahu hak sama rata , disuruh angkat beras, macam nak nangis
(Sambil membebel dalam hati,apa punya laki…kita yang kena angkat beras)

Mahu hak sama rata , tapi bila suruh kerja berat, macam nak pengsan
(Sambil membebel dalam hati,ada ker dia suruh potong rumput , habis la tangan I.)

Bila kesalahannya diingatkankan, mukanya merah …
Bila di marah mukanya merah,
Bila di sanjung mukanya merah,
Jika marah mukanya merah,
Jika ketawa suka mukanya merah
Ek eleh semua sama ? Pening!!

Di tanya ya atau tidak, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau ya, jawabnya: diam
Ditanya ya atau ya, jawabnya: diam
Ditanya tidak atau tidak, jawabnya: diam
Bila kita diam dia pula marah ! Pening!!

Apa bila kita kata banyak mulut tersinggung,
Tapi kalau kita kata peramah suka pula … padahal sama saja maksudnya
Apa bila kita kata gemuk tak suka padahal maksud kita baguslah sihat..
Apa bila kita kata kurus suka padahal maksud kita “kenapa you menderita begini !!!!”
Itulah WANITA, makin kita pening makin dia suka …


p/s: kepada pihak wanita, jangan marah ye, saje nak seloroh2.....

Thursday, February 2, 2012

Tengku Norazuwin = Bila sy g pasar mlm n beli ayam goreng, sy tringt time kite dulu, awk selalu ckp "Kita beli ikut KUANTITI bkn KUALITI'' mungkin masa tu kita di perantauan...(mesti awk ketawa skrg nie kn???)

Bunga Lalang = Bila sy jalan kaki, sy tringat masa kita nk g keje dulu, tiap2 hari kita jln kaki dan kadang-kadang awak berkata smbil mengeluh "hhheeeemmm....letihnya"..(mesti smpai skrg awk selalu letih kn??)

Myra Edora = Bila sy terdengar org yg lidah pendek bercakap, sy tringt kt awak, tiap kali awk kene usik, suruh sebut huruf R, awk mesti xboleh sebut...(mesti awk tgh sebut skrg kn???)

Fazilah Jamiah Wahab = Bila sy dengar lagu jiwang-jiwang, sy selalu ingt kt awk, sbb awk selalu dengar lagu jiwang-jiwang smpai skrg sy pn suka lagu cm tu..(mesti skrg koleksi lagu2 awk mkin byk kn???)


SAYA RINDU KAT KAWAN SAYA SEMUA...:(

I MISS U ALL

Wednesday, February 1, 2012



Rasulullah saw. bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi. (Shahih Muslim No.4803)

Ya Allah... Moga-moga kami lah anak-anak yang akan menjadi imam di kala mereka dijemput oleh Mu, kami  lah yang akan memandikan mereka di kala mereka tidak bernyawa, kami lah yang akan menurunkan mereka ke liang lahad di kala masa mereka telah tiba dan kami lah yg akan membacakan talkin untuk mereka. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan dosa-dosa kedua ibu bapa kami dan rahmatilah serta kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani kami ketika kami kecil..


p/s: Jika kita nak anak kita ada Islam dalam jiwanya, maka dalam jika kita juga haruskan dipenuhkan dengan Islam.

Salam semua kawan2 blogger...


pejam celik pejam celik hari dah masuk bulan kedua dah kan untuk tahun 2012... kejap je rase.. tak sempat menikmati bulan 1 dah masuk bulan 2... bln ni lak 29 hari jer bermakna tahun ni adalah tahun lompat...perasan tak, biase setiap tahun pada bln 2 ada 28 hari jer kan so bln ni 29 hari... 4 tahun skali... mesti yg sambut berday pada 29 ni celebrate meriah kan.. almaklum la 4 tahun sekali blh jumpa tarikh 29...kan... dan kepada yang sambut besday bulan ni, fiza ucapkan Selamat Hari Lahir semoga panjang umo dan di murahkan rezki... Amin..


bln 2 ni fiza mungkin penat skit sbb byk perkara yg perlu fiza lakukan... tp insyaallah berjalan seperti biasa dengan izin Allah... kalu Allah tak izinkan semuanya tak kan menjadi..

bulan ni jugak kite semua akan sambut MAULIDUR RASUL iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 5hb ni...semua rakyat Malaysia cuti...bestkan dapat cuti lg...hehehe....

kepada kawan2 fiza yg bertunang, berkahwin, yang nak dapat bby or dah dah dapat bby bru tu jgn lupe bgth or jemput fiza er (kalu rase nak jemput la) insyaallah kalu xder aral melintang fiza akan pergi untuk memeriahkan lg majlis anda...hehehe....

ok la..tu aja celoteh dari fiza ..sbb biase fiza ni copy and paste jer artical yang berguna untuk renungan kawan2 semua dan untuk fiza jgak.... L LOVE U ALL.... :):):):)

;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes