PiLiHaN BaHaSa

Follower

Thursday, April 28, 2011

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”


Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.


Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya


Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.


Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”


Tuesday, April 26, 2011


A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
S : Solat jangan ditinggalkan
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

salam terbaik ummat utk semua

Wahai sahabat, fiza ingin berbicara kepada sesiapa yang sudi mendengar... Perasankah sahabat akan tapak kaki kita? Yang mana satukah tapak kaki kita - keras atau lembut?

Kalau tapak kaki keras , pijak paku dan duri pun tidak terasa apa, sebab tumitnya keras. Tetapi kalau tapak kaki yang lembut, terpijak duri sikit je terus sakit dan berdarah.

Demikian juga hati, kalau ia dah keras tak terasa lagi bersalah kalau sering melukakan hari kawan-kawan kita. Sebab itu jangan sampai hati kita keras sehingga tak terasa bersalah sedikit pun apabila telah melukakan hati kawan-kawan ataupun untuk berbuat dosa...

Jadi kita kenalah jaga hati kita dahulu supaya kita dapat menjaga hati kawan-kawan kita...Macam mana nak bagi hati kita lembut??

Banyakkan ibadah, berzikir, amalan-amalan sunat, baca alquran...mesra dan hormat dengan kawan-kawan dan banyak lagi...Yang penting kita check balik hati kita macam mana...paling utama buangkan rasa dendam kesumat di dalam hati kita...InsyaAllah... akan lembutlah hati kita, dan kita juga tidak akan sanggup untuk melukakan hati kawan-kawan di sekeliling kita...

Maka, periksa dulu hati, sebelum menyampaikan sesuatu, apakah ia dalam kondisi sihat? Agar signalnya boleh diterima oleh hati kawan-kawan bicara kita… Sampaikan dengan hati yang tulus, kerana bahasa hati itu begitu indah, tak pernah menyakiti… Sampaikan dengan hati, kerana ia jauh dari perbudakan nafsu… Sampaikan dengan hati, kerana hati bisa membedakan antara ISI dan KOSONG…

fiza say : jangan sakitkan hati orang lain kerana suatu hari nanti orang lain pulak akan sakitkan hati anda.. dan ingatlah sekarang ni ALLAH akan membayar tunai aper yg kita lakukan sama ada baik atau sebaliknya....
renung-renungkan......



Monday, April 25, 2011

Subuhnya
di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya

aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat

ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya

kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siapa aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya

sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang.


SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU . ...




"Wanginye..Pakai Sabun Popinjay ke"

Kata awie dalam cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH..

Mungkin ramai yang tak tau atau dah lupa..atau memang tak tau..

Inilah sabun yang top pada zaman mak bapak kite...

Entah ade lagi ke tak sabun nie...dulu2 pernah jugak pakai sabun nie..

Baunye ok la.... kawan2 pernah guna x... try la...

fiza say : cousin fiza guna sabun ni untuk basuh pakaian dia..dia cakap wangi... fiza guna jugak tp letak dalam toilet jer la...


Sunday, April 24, 2011

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti -
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Fiza Say :: pesanan untuk semua dan untuk diri fiza jugak....samer2 la kiter menjaganyer...


Thursday, April 21, 2011

(Artikel ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada, artikel ini telah diolah semula oleh BOM321.)

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Husin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya yang sedang sakit...

Nenek : Husin, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun-kebun nenek.

Husin : Jangan cakap macam tu, nek (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung, dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek.

Husin : Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu. Tapi di mana kebun nenek? Husin tidak pernah tahu yang nenek ada kebun?

Nenek : Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya.

Husin : ???

Jangan terlalu taksub dengan permainan di Facebook!




Bila Lelaki vs Wanita dalam situasi2 yang berikut:

1. Bilik air

- Lelaki:
Selalunya lelaki hanya ada 7 barang je dalam bilik air: berus gigi, ubat gigi, shampoo, pencuci muka, shaver, sabun dan tuala..mungkin dibeli dari Mydin atau Tesco..haha
- Perempuan:
erm....lebih dari 100 or 200 barang. Lelaki mungkin hanya kenal dalam 10 barang je..huhu

2. Tempat makan (tak kira kafe ke or mana2)

- Lelaki:
Bila bil sampai, RM100...masing2 keluarkan duit yang ada.kadang2 sampai lebih..bakinya pulak dalam RM1 atau RM2 tak kisah sape pon yang nak amik...
-Perempuan:
Bila bil sampai,RM100...masing2 keluarkan kalkulator bahagi sama rata nak bayar..hehe

3. Bila nak kuar sama2 pergi lepak or hang out.

- Perempuan:
Ain berkata kepada Suri.."ape kata kita ajak Umi, Siti dengan Ann"..nak tak?
-Lelaki:
Ali berkata kepada Abu.." wei Abu,apa kata kita ajak Beruk (merujuk kepada Rizal) dengan Mat Gian (merujuk kepada Zack)..nak tak?...(penggunaan bahasa pengganti diri yang tak betol sangat)..hahahaha

4. Bila jumpa kucing

-Perempuan:
suka dengan kucing lantas membelai2 kucing tersebut.
-Lelaki:
membelai2 kucing (sebab depan perempuan), bila perempuan tu dah pergi, terus sepak kucing tu...huhu

5. Masa Depan

- Perempuan:
bimbang masa depan sehingga la diorang kawin
-Lelaki:
bimbang masa depan lepas diorang dah kawin

6. Berjaya

- Lelaki
yang berjaya adalah lelaki yang bergaji lebih daripada yang digunakan oleh isterinya
- Perempuan
yang berjaya adalah perempuan yang berkahwin dengan lelaki seperti di atas..huhu

7. Kahwin

- Perempuan
berharap lelaki akan berubah bila lepas kawin...tapi lelaki tetap tidak berubah...
- Lelaki
berharap perempuan tidak akan berubah lepas kawin....tapi perempuan berubah jugak..berubah dari segi ape? jawapannya ada pada anda....



Wednesday, April 20, 2011

Assalamualaikum semua kawan2 fiza...

Dah setahun lebih fiza tak jejak kali ke kl...tahun last fiza kat kl tahun 2009, so minggu lepas fiza berpeluang lagi g kl. dan setahun lebih jugak la fiza tak naik bas.. fiza tak tahu knp takut sangat naik bas kali ni.. mybe sbb fiza terbaca dan tertgk gambar bas excident..yg paling paling teruk melibatkan bas Sani..ramai jugak yg meninggal dalam kejadian tu.. mase brada dlm bas hanya Tuhan jer yg thu tkt sgt.. kali ni fiza kena g kursus kat UCSI KL Campus (Cheras).. selama 3 hari.. fiza g saner 3 ari.. 11-13 April 2011 manakala ari Khamis tu fiza amik cuti... biase la kan penat naik bas..
fiza g saner ngan sepupu fiza (shima) *thanks sbb cuti krn aku*... fiza g saner sbb kursus pasal Internal Audit.. so skrg fiza dah boleh nak Audit org sbb fiza dah thu seba sedikit pasal Audit ni...hehehe..(berlagak lak fiza ni er...) fiza g saner semua org saner sediakan.. termasuklah driver, tempat tinggal dan makan.. fiza cuma g bawak diri jer.. best kan.. bkn fiza jer dapat makan free cousin fiza pun saner..semua org saner tanggung.... (lain kali nak g lagi la..hehehe...)

Slama ni fiza cuma bayangkan dan tgk dlm laman web jer UCSI Campus Cheras tu camner tp skrg fiza dah thu.. kat saner fiza boleh jumpa staf KL Campus.. slama ni fiza cuma berhubung melalui telifon jer tp kali ni fiza dah kenal tuan org bercakap dengan fiza.. kali ni kursus ni melibatkan 3 buah campus iaitu KL Campus, TRG Campus dan SARAWAK Campus.. semua berkumpul kat KL Campus.. sepatutnya fiza g ngan kawan fiza tp dia tak boleh g sbb dia ada family holiday so terpaksa la fiza g ngan cousin fiza.. SARAWAK Campus hantar wakir 2 org.. kiter org tukar crita pasal campus masing2... tp fiza rase TRG campus adalah kawasan yg paling stategik... sbb pedalaman bukit.. KL ngan Sarawak Campus semua dalam bandar tidak sesuai untuk sebuah institusi pendidikan...

ok la fiza dah story serba sedikit...skrg jom layazz beberapa keping pic yg sempat fiza snap..if u all nak tgk byk lagi gambar u all blh la tgk kat fb fiza

Monday, April 18, 2011


share ramai2...jgn dgr ckp setan...

1)Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..

2)Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.

3)Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.

4)Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.

5)Saat Anda men...gamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. ............

Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . Yang ini anda pikirilah sendiri > Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"

~~SEBAR2KAN LAH~~
Jangan dengar bisikan syaitan……


Sunday, April 10, 2011

Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah untuk mencintai dan tidak pernah menemukan keberanian untuk memberitahu mereka apa yang kamu rasakan

Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu dengan orang yang tidak tepat sebelum bertemu. Jadi ketika kita akhirnya bertemu dengan orang yang tepat, kita akan tahu betapa berharganya anugerah tersebut. Cinta adalah ketika kamu membawa perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan dan menemukan bahwa kamu peduli dengan dia.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka. Tetapi kadang-kadang kita menatap terlalu lama pada pintu yang telah tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka untuk kita.

Teman yang terbaik adalah teman dimana kamu dapat duduk bersamanya dan merasa terbuai, dan tidak pernah mengatakan apa-apa dan kemudian berjalan bersama.Perasaan seperti itu adalah percakapan termanis yang pernah kamu rasakan.

Benarlah bahwa kita tidak tahu apa yang kita dapatkan sampai kita kehilangan itu ?? Tetapi benar juga bahwa kita tidak tahu apa yang hilang sampai itu ada.

Memberikan seseorang semua cintamu tidak pernah menjamin bahwa mereka akan mencintai kamu juga!!! Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai itu tumbuh didalam hati mereka. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh didalam hatimu. Ada hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang dari mereka kamu ingin dengar. Tetapi jangan sampai kamu menjadi tuli walaupun kamu tidak mendengar itu dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya.

Jangan pernah berkata selamat tinggal jika kamu masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama kamu merasa masih dapat maju. Jangan pernah berkata kamu tidak mencintai orang itu lagi bila kamu tidak bisa membiarkannya pergi.





"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."-al-Qalb-

Subhanallah..betapa pentingnya peranan hati dalam diri manusia tu. Entah kenapa tiba-tiba fiza rasa terpanggil untuk berbicara soal hati ni..Dulu semasa masih muda remaja bila sebut hati mesti kaitkan dengan soal cinta dan perasaan. Rupanya persoalan hati ini cukup meluas kerana di situlah terhimpun sejuta rasa yang tak terkawal oleh kita hamba yang lemah. Fitrah kita manusia.. rasa senang bila dipuji, rasa menderita bila dikeji, rasa bahagia bila disayangi, rasa rindu bila mencintai, rasa sakit bila dikhianati, rasa benci bila didustai... Tetapi janganlah rasa angkuh bila berkuasa dan berkeluh kesah bila ditimpa musibah..

Sama-samalah kita panjatkan doa memohon agar ditetapkan hati kita untuk sentiasa taat kepadaNYA; semoga kita mempunyai hati yang ikhlas dan sentiasa didekatkan hati kita kepada Yang Maha Pencipta.. Hindarkan diri kita dari amalan yang boleh merosakkan dan menggelapkan hati kita.. Jangan sampai kita menjadi buta hati dan keras hati..

Sekadar ingin berkongsi untuk renungan bersama..Tanda-tanda hati yang keras:

Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

Malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan.Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, kadang-kadang selalu melewat-lewatkan solat. Berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat..Harus berubah dengan segera!

Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Sering lalai daripada membaca al-Quran..Kalau tak dapat membaca dengan lidah biarlah kita mendengar dengan telinga.


::..jom sama-sama kita pelihara hati kita..::
::..Banyakkan baca al-Quran dan berzikir..::

Thursday, April 7, 2011

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan.
Hanya perlu satu minit untuk menghancurkan seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mencintai seseorang tetapi memerlukan seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan melihat dari wajah, itu bisa menipu. Jangan melihat kekayaan, itu bisa menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah kamu dapat menemukan seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.

Ada saat di dalam kehidupanmu dimana kamu sangat merindukan seseorang, kamu ingin mengambil mereka dari mimpimu dan benar-benar memeluk dia. Berharaplah bahwa kamu dapat bermimpi tentang dia, yang bererti mimpilah apa yang
ingin kamu mimpikan, pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah sesuai dengan keinginan kamu, kerana kamu hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang kamu inginkan.

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat
kamu bahagia.

Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kamu merasa bahwa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga. Kata-kata yang ceroboh dapat mengakibatkan perselisihan, kata-kata yang kasar bisa membuat
celaka, kata-kata yang tepat waktu dapat mengurangi ketegangan, kata-kata cinta dapat menyembuhkan dan menyenangkan.

Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak membentuk mereka menjadi sesuai keinginan kita. Dengan kata lain kita mencintai bayangan kita yang ada pada diri mereka. Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dari segala hal. Mereka hanya membuat segala hal yang datang dalam hidup mereka.

Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis,mereka yangterluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba. Mereka hanya bisa menghargai orang-orang yang penting
yang telah menyentuh hidup mereka Cinta mulai dengan senyuman, tumbuh dengan ciuman dan berakhir dengan air mata.


Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan semua orang di sekeliling kamu tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kamu menangis..."


Wednesday, April 6, 2011


Sebagai manusia, kita memang tak lepas dari diduga. Dugaan ni datang dari macam-macam jenis. Ada yang diduga dari segi kesihatan, kewangan, kerjaya, perhubungan dan.................dan perhubungan. Ada yang sampai tak tahan dengan dugaan, ada yang bunuh diri bagai. Tapi fiza nasihatkan la, kalau nak bunuh diri tu cara terbaik adalah terjun dari bangunan tinggi. Terus mati. Sebab mak fiza pernah cakap,"Ramai juga yang cuba bunuh diri terjun jambatan, masalahnya bila dah kat dalam air, menjerit minta tolong, dah tak pasal-pasal nelayan mahupun polis marin berkejar dapatkan dia".

Masa zaman mengaji Quran dulu, selipar fiza selalu kena rembat. Asal pergi mengaji je kena rembat. Kadang2 rase geram jugak tp fiza selalu fikir positif, mesti dorang ni tersilap pakai. Maklum la jenama selipar jepun semuanya sama bentuk kecuali wanra yg membezakan. fiza pun beli selipar jepun, lepas tu tanda bahagian belakangnya bagi pendek, dengan harapan dorang perasan la yang tu bukan selipar dorang. zaman kanak2 dulu bt aper pun dah tak malu janji selipar tu dah tak hlang lagi.. Negatif. Kena rembat juga. Betul-betul dugaan!

Jom tengok dugaan apa yang sering kita alami, Masa fiza study dulu, banyak juga la dugaan. Assignment sana-sini. Test beratur-atur nak kena hadap. Assignment tu tak berapa dugaan sangat. Sebab fiza meniru je keje. Chop! Bukan malas! Cuma kurang masa terluang. Teeheee. Bila masuk dewan periksa, yang ni paling menduga. Bila dah tak tahu nak jawab soalan, tengok kawan sebelah. Ok. Subjek fiza banyak programme. Untuk pengetahuan, fiza ni agak rabun. Kawan fiza dah letak kertas jawapan kat tepi meja dia untuk senang fiza meniru..nak bawak toyol (kertas kecik jawapan) takut.. almaklum la baik skit..tak banyak tp skit jer...hehehe.... fiza buat thumbs up dan isyarat 'kejap'. fiza seluk dalam beg cari cermin mata. Ok. Seminit dah berlalu. fiza buat thumbs down kat dia. Cermin mata fiza tertinggal dalam bilik rupanya. Dugaan!



"
Kenapa kau ketemukan aku dengan dia jika untuk dipisahkan!". Haaa..ni ayat drama bila putus cinta. Biasa la bila dah bercinta lama-lama mesti frust menonggeng bila putus. "Mengapa kau curang, ada orang ketiga sedangkan aku setia mencintaimu!". Eceh! Kekadang serius juga benda ni sampai ada yang nak bunuh diri macam yang fiza cerita tadi. Tapi, bunuh diri tak apa. Masalahnya, dia pergi bunuh bekas kekasih dia terus. Aduiilaaaa...Dugaan. Tapi fiza tak, rilek je~~~~ tp kadang2 tak tertanggung jugak... sbb fiza manusia biase...banyak kelemahan.. tp semua tu fiza redha dan fiza serahkan kepada Allah, biar la dia yg tentukan semuanya...fiza tahu kita hanya merancang tp Allah yg tentukan semuanya...btl tak...so untuk mengatasi dugaan ni fiza kene kuatkan semangat untuk meneruskan kehidupan fiza yg akan datang...Insyaallah........


Korang pun mesti ada dugaan yang telah atau sedang dilalui. Mungkin lagi berat dari fiza, mahupun orang lain. Tapi.........



Hairuman Miskon, mangsa renjatan elektrik

Hairuman Miskon, 22 tahun. Anak yatim piatu. Sempurna tubuh badan sejak lahir. Mula bekerja dengan mengait kelapa sawit. Dugaan datang tiba-tiba. Terkena renjatan elektrik. 50% badan terbakar. Tangan kanan dan kiri terpaksa dipotong. Kini doktor telah putuskan kakinya pula terpaksa dipotong.

Korang tak tahan dengan dugaan korang?
Ada yang lagi teruk la kawan...


Fiza Say :: sebagai hamba Allah siapalah kiter untuk mencorakkan kehidupan kiter..semuanya Allah yg tentukan, hidup mati, jodoh pertemuan semua ditangan Allah...

Tuesday, April 5, 2011

I will always loving you, kekasihku..
Dalam hidupku hanya dirimu satu..
I will always need you, cintaku..
Selamanya takkan pernah terganti..

Chorus :Kumau menjadi yang terakhir untukmu.
Kumau menjadi mimpi indahmu..

Reff :
Cintai aku dengan hatimu.
Seperti aku mencintaimu..
Sayangi aku dengan kasihmu.

Seperti aku menyayangimu..

I will be the last for you..
And you will be the last for me..

[Intro]

I will always loving you, kekasihku..
Dalam hidupku hanya dirimu satu..

Chorus :
Kumau menjadi yang terakhir untukmu.
Kumau menjadi mimpi indahmu..

Reff :
Cintai aku dengan ha
timu.
Seperti aku mencintaimu..
Sayangi aku dengan kasihmu.
Seperti aku menyayangimu..

I will be the last for you..
And you will be the last for me..
I will be the last for you..
You will be the last for me..

Fiza Say :: Cintai la org yg menyintai diri kita...

Monday, April 4, 2011

Rindu



rindu itu sesuatu yang indah...

tak mampu di pegang ..
tak mampu di lihat ..
tapi bila rindu itu datang
bagaikan menikam2 di hati untuk di lepaskan..




;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes