PiLiHaN BaHaSa

Follower

Thursday, March 31, 2011



Bismillahirrahmaanirrahiim.

Walaupun sedih, mari belajar untuk redha. Belajar untuk menerima.

Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati, kan? Memang. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di Lauh Mahfuz sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan.

Dan sebab itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Dan perbuatan sedemikian tidak lain tidak bukan, hanya merugikan diri sendiri. Orang Islam, tidak akan selamanya tertunduk lemah dengan sebahagian permainan dunia yang mengusik kehidupan yang adakalanya usikan itu sangat radikal dan mampu membuat hati mati bagi empunya diri yang tidak dapat mengawal hati dan perasaan dan diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman.

Persoalannya, bagaimana untuk redha dengan percaturan Ilahi?
Saya hendak belajar mengenainya. Senyum.

Duduk Sebentar Berfikir

Satu hari, seorang kawan bertanya, bagaimana untuk pasrah atas dugaan yang menimpa?

Ada sesetengah orang sekejap aja dapat memujuk hati yang sedang berduka terhadap ujian ALLAh. Ada setengahnya pula, akal ingin meredhakan, namun hati membantah sekerasnya. Mereka ini sebenarnya keliru. Antara ego dan kasih-sayang ALLAh.

Sekali lagi saya suka petik kata-kata salah seorang guru saya,

“Orang yang beriman, tiada istilah masalah dalam hidupnya. Yang ada, hanya cubaan. Dan cubaan dari ALLAh itu bukanlah untuk dianggap masalah melainkan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Hidup ini, jangan mengusutkan otak kamu yang sudah memang ALLAh jadikan sedikit serabut tu. Usaha dan usaha lagi..”

Besar makna kata-kata beliau.

Sahabat, mari sini. *pimpintangandia*
Apabila ujian datang menyapa kehidupan, cuba duduk sebentar bertafakkur dan jangan cepat melatah. Mengucap banyak-banyak. Luahkan segalanya pada ALLAh SWT. Pohon keredhaan pada-Nya jika apa yang berlaku itu adalah yang terbaik buat diri sendiri dan keluarga.

Kadang-kadang, ALLAh menegur melalui ujian yang sedang dihadapi.

Jika terasa ingin menangis, maka biarkanlah airmata itu merembes membasahi pipi. Airmata itu ALLAh cipta bukan sia-sia, kadang kala melepaskan yang terkurung dijiwa melalui airmata boleh meredakan hati yang sedang berduka. MashaALLAh, ALLAh memang Maha Hebat! Tiada satu ciptaan-Nya pun yang sia-sia.

Dalam masa duduk itu, mari sama-sama koreksi diri. Bertanya apakah sebenarnya yang telah kita pernah lakukan sehingga ALLAh ingin menegur? Dalam keadaan begini, banyak-banyakkan untuk memujuk hati agar bersangka baik sangat-sangat pada ALLAh.

Jangan biar syaitan menguasai hati anda yang sedang suram.

Banyakkan Berdoa, Jangan Berdiam Diri

“Saya dah pasrah. Dah redha dan terima semuanya..”

Dialog di atas ini tiada maknanya terlafaz di bibir andainya anda tidak mengisi sesuatu dengan ilmu ALLAh. Tidak cukup dengan mengatakan anda pasrah tanpa mendekatkan diri kepada-Nya. Jika anda mengungkapkan seperti ini dan keadaan anda seperti ini, maka saya turut bersedih. Anda sebenarnya telah berputus asa dengan ALLAh.

Islam ini sangat cantik!

ALLAh menguji manusia, namun ALLAh siapkan segala-galanya. Ibarat, ALLAH melepaskan kita dengan bekalan, dan ALLAh akan menguji kita. Dan ALLAh hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang ALLAh telah beri itu atau tidak.

Apa bekalan tu? Nasikah? Bukan. Bekalan ilmu.

Lihat ya sahabat, jika kita sering membaca al-Quran dan sentiasa berdamping dengannya, inshaALLAh anda akan perasaan terlalu banyak doa-doa yang mahsyur didalamnya. Doa para Nabi dan Rasul serta orang-orang soleh terdahulu, dimana doa itu menjadi panduan untuk kita memohon kepada ALLAh.

Anda sedang bersedih? Nah, hayati ayat ini, dan boleh amalkannya, inshaALLAh.

“..Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang Muslim.” – al Ahqaf : 15

Dan, bukankah sepatutnya kita siap-siap untuk menerima ujian dengan hati yang terbuka? Kerana, ALLAh telah berjanji didalam al-Quran, bahawa setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

“Bukankah Kami telah melapangkan dadamu? Dan kami pun telah menurunkan beban darimu. Yang memberatkan punggungmu. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah Engkau berharap.” – al Insyirah : 1-5

Nah, mengapa patut rasa diri dianiaya? Bukankah dunia ini sementara dan ujian itu sementara? Perlukah untuk berputus asa? Tidak! Yang penting anda kekal berusaha, maka bantuan dari langit akan tiba.

Senyumlah. Percayalah. Tolong saya ukir senyuman dibibir sesama kita. Senyum.

Ujian ALLAh Datangkan Hendak Membersihkan Manusia

Sebenarnya, ALLAh bersama anda setiap masa dan ketika. Ketika anda lapang dan ketika ditimpa ujian yang ALLAh datangkan. Dan ujian itu tidak sepatutnya kita lihat sebagai hanya ‘seksaan’ semata-mata dari ALLAh. Hal ini kerana, ujian itu sebenarnya adalah kasih sayang dari-Nya.

Dalam pada masa diuji itu, ALLAh cuba memberi kebaikan atau pun point pahala kepada kita. Habis tu? Kenapa ALLAh uji kalau nak bagi pahala?

Jawapan saya, kerana ALLAh sayang pada anda! Senyum.

Saya beriman dengan hadis Rasulullah ini,

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Siapa yang ALLAh kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya ALLAh mengujinya.” – HR. Bukhari

Anda lihat? Subhanallah. Ujian yang disertai kasih-sayang dan kebaikan. Dan ALLAh bukan hanya ingin memberi kebaikan kepada manusia, malah ingin menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan selama ini. InshaALLAh, jika kita belajar untuk menerima seadanya ujian ALLAh itu. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. dan Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” – HR. Bukhari & Muslim

Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!

Hati anda tidak berbunga-bungakah jika ALLAh ingin menghapuskan dosa-dosa anda?

Mencari Hikmah Disebalik Ujian ALLAh

Hikmah disebalik ujian? InshaAllah, anda sendiri akan merasainya. Sama ada anda menyedari, insaf, makin dekat kepada ALLah, maka anda bersoal jawab dengan diri sendiri didalam pengawasan ALLAh.

Ada ujian yang menginsafkan kita dan menjadikan kita seorang hamba dan seorang manusia yang lebih baik jika kita berfikir. Dan ada ujian yang membuatkan manusia semakin jauh dan menjadi seorang manusia yang hilang arah tuju, jika manusia itu sendiri tidak mahu membuka minda dan hati.

Makanya, hati ini, dada ini, perlu dibuka seluas-luasnya apabila bersoal jawab dengan ALLAh.
Kerana, cahaya itu tidak akan masuk melalui tingkap yang tertutup rapat. *senyum*

Hei sahabat, boleh saya genggam tangan kamu? Saya hendak cakap sesuatu ni..

“Ujian yang hebat dan dahsyat hanya untuk orang-orang yang hebat dipandangan ALLAh!”

Anda mahu hebat pada pandangan ALLAh? Maka, jom menjadi seorang hamba ALLAh yang sentiasa kuat, kuat, kuat dalam keimanan. Orang Islam tidak pernah mengalah! Tidak pernah! Mari, mari menjadi kuat!

Semoga ALLAh merahmati.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar kita tidak tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang memberi seseorang. Seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! jangan harapkan cinta sebagai balasan.nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak ,pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ia palsu,Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut, carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.Carilah yang membuat hati anda tersenyum. akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindu seseorang sehingga anda ingin mengapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan , pergilah kemana - mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia . Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang,jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.Kabahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki semuanya yang terbaik. mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.


sumber: Renungan Memujuk Hati

Fiza say :: perkara yang paling sukar memujuk hati sendiri... Ya Allah kuatkanlah hati ku..tabah jiwaku untuk menempuh semua dugaan...ku cuba hadapi semua ni dengan tenang dengan izinMu Ya Allah..terlaku byk dugaan mu dan terlalu sukar untuk hadapainya...kepadamu aku memohon dan kepadamu jua aku berserah...amin ya rabbal alamin....


Wednesday, March 23, 2011

lagu ni dinyanyi kan oleh Datuk Shiela Majid dengan Dato' S.M Salim...

tidak mengira manusia,

sama saja.....
di dalam diam ada hati,
ingin bercinta....

org muda menanggung rindu,
org lama menanggung ragam,
carilah......pilihlah.......yg sepadan.....

jika bercinta jangan hanya ikut rasa,
guna akal guna fikiran,
berwaspadalah.........
sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna,
terlajak......tindakan.....merana......

mata bertentangan mata,
bak minyak dsambar api,
janganlah asyik bercinta,
semua kerja tak jadi.

seperkara usah lupa,
memohon izin doa restu,
saudara.....ayah.....ibu.....

berenang-renang di muara,
hati2 dilambung ombak,
dah berzaman asyik bercinta,
entahkan jadi entahkan tidak.......

disebut-sebut pribahasa,
habis madu sepah dibuang,
usahlah begitu hendaknya,
terlanjur....bercinta.......berkekalan.......

Fiza Say :: lagu yg mempunyai unsur nasihat...
I LIKE...



Adakah awak tahu hubungan 2 biji mata awak..??
Mereka berkedik bersama,
Bergerak bersama,
Menangis bersama,
Dan tidur bersama,
Mestipun mereka tak pernah melihat antara 1 sama lain,
Perhubungan seharusnya seperti itu,
kehidupan bagai neraka tanpa teman,

***PERSAHABATAN FRIEND FOREVER***


Tuesday, March 22, 2011

Menangis kerana kecewa di dalam cinta, mengapa ia berlaku? Apakah kita rasakan tidak sanggup kehilangan orang yang kita cinta? tetapi alangkah ruginya jika kita meratapi dan menangis hanya kerana kecewa cinta. Bukan kah lebih baik kita menangis kepada sesuatu yang lebih baik. Menangis kerana mengharapkan cinta.

Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.

Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.

Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan. Iaitu;

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
icon cool Bila kecewa cinta, Apa erti tangisan ini?? .. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik – pura-pura menangis.

..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.

(An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis yang tercela dan terpuji

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Air mata yang tidak di tuntut

  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
  • Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Tangisan yang memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Nabi Adam menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,Manis sungguh air ini. Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.

Fiza Say :: Kesimpulannya, simpanlah air matamu. Kerana ia amat berharga. Menangis lah kepada cinta yang haq. Bukan menagis kerana cinta dunia. Cinta dunia hanya sementara. Sama ada kau rela atau tidak. Sampai saatnya. Ia tetap pergi meninggalkan kita..



minggu ni bz yg teramat sangat..!~ fiza tekejut smlm, kwn fiza ckp dy da break da ngn bf dy..cz boy tue ade perempuan laen. ohh, mmg sedey gle! elo, kene tgl sbb perempuan laen, crius amt2 skt. fiza xdpt jmp ag kwn fiza tue, nk dgr cte full dy. cz fiza bz gle skun.. hope dy stay strong.. even ati dy sakit sgt...


kawan..

even org kate ati perempuan nie lemah,. tapi awak x bole tunjuk awak lemah. sakit mane pn "raksase MCD" tue buat awak, awak jgn tnjuk awak lemah.. mmg pedih, awak je yg faham. even beribu ckp sabar kt awak, fiza taw, dowg stil xkn faham pedih yg awak rase. nages la byk mane pon, xpe. as long dpn dia, awak x tnjk awak kecewe. pretend awak x kesah pn kt ape yg jadi,. fiza taw, mustahel nk lupe owg yg kite betol2 suke, maybe amek mase yg lame.. tapi, lame mane pn, dye x penah kesah pn kn? dy x peduli pn perasaan awak kn? kalo dy peduli, dy x buat mcm tue.. nape awak kene rase sakit ati and nages igtkn dy? tp dy happy dgn org laen. dy x rse sakit mcm mane awak rse. dy x pedih mcm mane awak rase pedih. dy x rase ape2. dy x layak buat awak mcm skrg nie,. sape dy nk buat awak mcm nie skali. dy bkn sape2.

mcm mane syg pn awak kat dye,. kite perempuan. maruah perempuan bknye murah. maruah perempuan bkn tok dipijak2 senang lenang. pandang depan n jgn toleh belakang dah.. byk mane pn kenangan kowg, teroskan bejalan ke depan.. keja, parent awak agi penting..., jgn sbb nie dy awak pn tak terurus.

cinta manusia x kekal kwn,. cinta Allah yg abadi. cinta mak..cinta ayah.. kalau awak da x tahan sgt, n rase pedih gle,. luahkn pade Allah.. DIA maha mengetahui.. doa ati awak kuat n tabah.. sume yg jadi ade hikmah.. x semestinye kite suke org tue kite dpt dy kn. jodoh kte xtw, mane tw awak dpt laki baek ke nnti, xpon superrrrrrrrrrrrrr NSEM! nek mini cooper :DD BKN WIRA!

Fiza Say ::: So sebagai kwn fiza sentiase brsama awak tak kire ape jua keadaan awk skrg...

Tuesday, March 15, 2011

UNTUK PANDUAN KITA SAHAJA.....

TANDA SIHIR

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

4. Mimpi yang sangat menyeramkan.

5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.


6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

8. Berperasaan sedih pada saat tidur.

9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.

12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat

pendek atau sangat hitam.

13. Bermimpi melihat hantu.

***********************************************


TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.


2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
tidak sanggup mengubatinya.

*******************************************


MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.

3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.


4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

**************************************************


DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan
kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.

2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.

3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa
sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang tinggi.

****************************************************


SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang
dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi dan banyak pula ulama' yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan
oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh, ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah
merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan.Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk
dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan menjadi tempat tinggal manusia.

*********************************************


CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki
lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari
api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya. Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.


******************************************

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.


2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :-
o Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
kosong.

3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu pagi, petang ataupun pada waktu makan.

4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon kepada Allah agar ia keluar dari rumah.


5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat merangsang nafsu seseorang.

6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
dangan wanita yang bukan muhrimnya.

7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, dikawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.


8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.

9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.

10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Monday, March 14, 2011

Assalammu'alaikum..dan ...Bismilahirohmanirohim....Sediakan waktu untuk melakukan apapun dengan awalan bismillah,

itulah sumber kebahagiaan dan keberkatan.

Dan sediakan waktumu pula untuk tersenyum dan tertawa, itulah muzik jiwa.....


♥àźœ♥(¯`•.¸áƒŠ Tasbih Hati ჊¸.•´¯)♥àźœ♥

Ucapkan SELAMAT TINGGAL kpd kesedihan, tinggalkan kegelisahan dan hindarilah liku2 kesengsaraan serta menjauhkan diri kita dari sikap putus asa dan kegagalan.

Kemudian dekatkan diri kita ke mihrab keimanan, kaabah taqarrub dan keceriaan bersama Allah swt serta dudklah di maqam redha atas segala qada' dan qadarNya untuk memulai langkah baru dlm kehidupan baru.

Mulai setiap hari baru hidup kita kan penuh dengan keindahan, keyakinan dan penuh harapan. Jalanilah kehidupan kita tanpa diganggu perasaan ragu, gelisah dan kegoncangan.

Segala puji bagi Allah yang telah meluputkan kesedihan dari kita.

"Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawaqal, jika kamu benar2 orang yg beriman" (Al-Maidah: 23)

"Sesungguhnya Aku memperkenankan doa orang yang berdoa kepada Ku" (Al-Naml: 62)

Sesungguhnya KESENANGAN kita berada dlm IMAN; PENYEJUK HATI kita berada dalam SOLAT; KESEJAHTERAAN KALBU kita berada dalam SIKAP REDHA; KETEDUHAN PERASAAN kita berada dalam SIFAT QANAAH; KECANTIKAN WAJAH berada dalam SENYUMAN; TERPELIHARANYA KEHORMATAN berada dalam JILHAB dan KETENANGAN HATI terletak pada ZIKIR

"Bertawaqallah kepada Allah (Tuhan) Yang Maha Hidup Kekal dan tidak pernah mati" (Al-Furqan: 58)


Resam manusia tidak lari dari perasaan kecewa. Adakalanya begitu sukar untuk kita menerima kekecewaan itu sehingga kita terfikir untuk melakukan perkara perkara yang mungkin kita terfikir sewaktu kita di dalam keadaan normal.

Berikut adalah perkara perkara yang perlu kita buat untuk mengelakkan kita daripada terus mengalami trauma kecewa tertonggeng monggeng dan sukar menerima hakikat diri.

1. Dalam keadaan yang amat kecewa itu. Kuatkan semangat anda. Pergi ke tempat yang ada ramai orang. Bagi setiap orang yang ada temui, tanyakan mereka. �Sudahkah anda menjelaskan cukai pendapatan anda?�

2. Beli makanan banyak banyak (sebaiknya makanan basah yang tidak tahan lama) jangan letakkan dalam fridge. Dari sehari ke sehari, perhatikan perubahan yang terdapat pada makanan tersebut. Rekod dalam buku nota anda sebarang perubahan yang berlaku seperti pergerakan ulat, kulat, spora dan sebagainya.

3. Jika kita rindukan detik detik waktu bergayut di telefon, dan kita terasa begitu sukar untuk melupakan tabiat lama kita itu. Cepat cepat angkat telefon, dail sebarang nombor 103 Telekom Malaysia. Petugas petugas Telekom Malaysia bersedia melayan sebarang pertanyaan anda. Sekiranya anda di marahi. Bagitahu mereka yang anda baru di kecewakan dan memerlukan seorang untuk anda luahkan perasaan anda.

4. Sekiranya anda terasa terlalu rindu sehingga tidak dapat melelapkan mata. Bangun !!!! Berdiri dan buat senaman ringan sebanyak 8 kali setiap sesi. Kemudian pergi ke dapur, alih semua almari dan peralatan yang hampir dengan dinding. Perhatikan sebarang pergerakkan lipas dan semut. Ekori mereka. Mereka mungkin, perompak yang di kehendaki oleh polis. Anda telah membantu menangkap penjenayah !!!

5. Anda rindu mendapat email dari si dia? Bukak account email baru yang dekat dekat namanya macam email kekasih anda, dan compose email berbentuk cinta dan rindu. Hantarkan kepada email anda yang selalu anda gunakan untuk berhubung dengan dia. Taraaaaa!!! Checklah email anda yang asal itu. Anda pasti gembira mendapat email yang seolah olah dari dia.

6. Marah pada dia? Itu adalah normal ! Ambik bantal peluk anda. Pakaikan bantal peluk anda seperti anda ingin kekasih anda bergaya. Letakkan di hujung katil. Apabila anda telah bersedia, hamburkan segala yang terbuku di hati anda. Luahkan segala galanya. Tapi awas, jangan sampai ada berlaku penderaan pada bantal kekabu anda. Sebarang luka luka dan lebam tidak di benarkan. Selepas anda rasa puas memarahi bantal tersebut. Bukakan pakaian dia, dan check sama ada berlaku sebarang pendarahan ataupun tekanan emosi pada bantal tersebut. Sekiranya tidak ada, peluk lah bantal tersebut dan tidur seperti biasa. Ulangi langkah tersebut sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mainan dalaman anda.

7. Bukak tv dan tontonilah cerita cerita aksi. Bayangkan kekasih anda itu adalah orang jahat dan anda hero dalam filem tersebut. Setiap kali ada adegan tembak menembak, pastikan anda melakukan aksi yang sama di depan tv. Semestinya anda akan berasa satu kepuasan apabila cerita tersebut tamat dan penjahat itu mati di tangan anda.

8. Jangan dengar lagu lagu yang boleh mengingatkan anda kepada si dia. Anda masih di benarkan mendekati radio, tetapi putarkan lagu lagu yang anda benci seperti keroncong, lagu lagu melayu deli dan juga irama asli. Bayangkan anda sedang menyanyikan lagu tersebut di telinga si dia, dan pastinya si dia akan menyampah apabila mendengarnya. Serikan nyanyian anda dengan aksi aksi dan memek muka yang menjelekkan menandakan anda begitu marah dengan sikap si dia yang mengecewakan anda.

9. Tanam segala harta benda pemberian si dia. Kalau boleh poskan kesemuanya ke alamat rumah nenek anda untuk di simpan di sana. Berilah kebenaran untuk nenek anda menggunakan apa yang dia rasa perlu. Contohnya teddy bear, biarkan nenek anda tidur dengan teddy bear tersebut. Anda pasti merasa satu melihat nenek anda gembira tidur berteman dan anda akan dapat melupakansi dia dengan pantas.

10. Untuk jalan mudah menenangkan hati dan fikiran anda ketika anda di kecewakan oleh pasangan anda? Lakukan semua perkara yang anda lakukan dalam keadaan terbalik. Anda berjalan terbalik. Anda menekan pedal minyak kereta dengan kaki kiri. Anda tidur berbaring. Anda menyapu dalam keadaan terlentang dan sebagainya. Variasi kan pergerakkan anda. Ingat, setiap aksi yang anda lakukan memerlukan anda untuk belajar gaya baru. Anda pasti seronok dengan perkara baru yang anda lakukan ini. Dan dengan mudah anda akan dapat melupakan si dia dalam sekelip mata sahaja.

Selamat mencuba !
pale pale palepalepalepalepalepalepalepalepalepalepalepale


Sunday, March 13, 2011

Setiap hari persoalan yang sama akan fiza dengari dan akan dihujani… “bila lagi nak kawin??”… balik rumah, mak tanya benda yang sama, bila jumpa kawan-kawan pun persoalan yang sama. Tidak kiralah kawan-kawan yang disekitar mahupun kawan-kawan zaman sekampus… kekadang terasa diri ni sudah tidak mampu menjawab persoalan yang sama setiap masa… tetapi dek menjaga hati orang lain, fiza gagahkan juga menjawab dengan jawapan yang sangat mudah dan jelas “belum sampai seru, kan jodoh ditangan Allah, kena sabar jer”…


Kawan-kawan sekuliah 4 tahun lepas semua sudah mendirikan rumah tangga… bila dihujani persoalan yang fiza sendiri tidak mampu untuk mengubah apa-apa pun sama ada mempercepatkan atau melambatkan, fiza cuma tersenyum….


Yang membuatkan fiza termenung, persoalan tentang ‘jodoh’ ni juga begitu hangat dekat pejabat … kawan-kawan sekerja yang sudah berkahwin asyik menghentam dengan soalan yang sama, siap yang sudah bergelar suami orang dengan mudah berkata “usia-usia macam kamu ni kena diselamatkan, tak ape kalau jadi isteri ke-2, banyak pahala yang akan kamu dapat iaitu ‘payung emas’ dari syurga lagi”… dalam asyik diceramah tentang kebaikan poligami, fiza hanya diam dan tidak mengiakan mahupun menolak. Bagi fiza, bila melihat dipersekitaran dan pengalaman orang lain terlalu banyak risiko yang kena dihadapi… banyak kes yang selalu ada dekat dada-dada akhbar adalah kesan dan keruntuhan rumahtangga yang berpoligami… banyak suami curang dan abaikan tanggungjawab… Tidak salah berpoligami jika mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Buatlah sesuatu yang akan selamatkan kehidupan, bukan membinasakan diri dekat dunia dan akhirat kelak. Terfikir fiza sejenak dengan firman Allah….

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa:3)

emmm… ada juga kawan dengan mudah berkata “kamu tuh jual mahal, sebab tuh tak laku!”… soal jual mahal tidak pernah timbul tetapi ciri-ciri lelaki yang akan jadi pilihan yang akan diutamakan… biar lelaki yang betul-betul ada rasa tanggungjawab dan boleh dijadikan sebagai ketua keluarga dan disempurnakan dengan didikan agamanya, itulah yang paling penting untuk mewujudkan keharmonian rumahtangga kelak…

terimbas pula sebuah cerita kisah gadis Bani Ma’­zhum yang sehingga kini fiza jadikan sebagai iktibar. Bagaimana kerisauan gadis ini yang begitu tinggi tentang jodohnya sedangkan jodoh belum tiba juga untuknya. Pelbagai ikhtiar yang telah dibuat untuk bertemu jodoh dan akhirnya dia bertemu jodoh juga dengan seorang pemuda yang tampan… tetapi kenikmatan yang dia kecapi hanyalah seketika saja, umpama bermimpi disiang hari apabila suaminya telah meninggalkan dia tanpa alasan dan kesan selepas menggunakan sebahagian harta Rithah… lelaki itu, cuma berkehendakkan harta yang melimpah ruah bukan kerana keikhlasan…Dan tinggallah Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. kemudian ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya.. gadis Bani Ma’­zhum ini ialah Rithah Al-Hamqa…

Janganlah terlalu mengikut kehendak hati dalam menghadapi masalah jodoh… usahlah jodoh itu dikejar… Kisah Rithah sepatutnya memberi kesan yang mendalam untuk memberikan pengajaran bagi wanita yang belum menempuhi alam rumahtangga termasuklah diriku sendiri. Jodoh merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau malah tidak berhak untuk orang sekeliling mempersoalkan. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang dengan sendirinya tanpa di undang.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.

Sebagai seorang hamba, hanya yang mampu fiza lakukan berdoa dan terus berdoa kerana fiza yakin Allah Maha Mendengar dan dekat dengan kita… ini jelas dalam firman Allah,

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186)

Perlu memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri sedangkan usia telah semakin senja… Firman Allah dalam,

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (Surah AI-Baqarah:45)

kena yakin dengan Allah… ilmu Allah terlalu luas… siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang berlaku dan yang kita tempuhi… sedangkan sudah jelas dalam Firman Allah,

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…..” (Surah Al-Baqarah:286)

Renungkan dan ambillah iktibar dari kisah ‘gadis Bani Ma’­zhum’…

wAllahua’lam…


Thursday, March 10, 2011

Hampir setiap hari fiza mengadap pc. maka hampir setiap hari jugak fiza buat mende alah ni:


1. taip HURUF BESAR dengan jari kelingking kiri melekat pada keyboard Shift. WALAUPUN HURUF BESAR TU PANJANGNYA LEBIH KURANG SATU AYAT, MACAM FIZA TENGAH BUAT NI.


2. jari berpusing-pusing mencari huruf pada keyboard, padahal fiza dah tau letak duduk huruf tu dekat mana. kalau tangan kanan pusing arah lawan jam, tangan kiri pulak ikut arah jam. muakakaka.


3. sangat selesa guna numeric keyboard pada sebelah kanan, lepas tu bila guna laptop dah menggagau nak petik nombor satu-satu kat belah atas tu. hehehe...


4. kesimpulan dari item 4 - fiza memang tak fully-utilize kesemua jari masa menaip. kalau guna jari kelingking pun untuk item 1 je, ngehngeh.


5. ini pun member fiza yang cakap - muka fiza serius banget bila mengadap pc. mungkin masa dia tengok tu fiza tengah baca blog fiza kot atau baca entry blog kawan2, wakakak (tak kelakar pun, barine).


6. bile menaip tangan kiri fiza lebih aktif berbanding tangan kanan kerana inilah hakikatnyer...


7. suka letak pen / pensil / pemadam / pembaris atas keyboard, yakni apa saja jenis alat tulis. kengkonon senang nak mengguna pakai. iyo lah.


8. hampir tak boleh tak guna mouse, tangan kanan fiza kurang aktif berbanding dengan tangan kanan tp apa pun mouse memang sungguh mesra alam dengan fiza.


9. ini bukan perangai, ini fakta-bukan-auta - fiza baru tau fungsi print screen masa umur fiza 20 tahun okeh.


10. ini pun fakta-bukan-auta - benda paling menyampah fiza nak buat masa mengadap pc ialah isi online form. sikit-sikit takpe jugak, ini panjang berjela beb. selagi tak isi semua benda, tak boleh submit. haru derr..huhu.


korang macam mana, mungkin kita sama?


Wednesday, March 9, 2011


Fiza say : ada yg btul ada yg tidak...

Sunday, March 6, 2011

Bercinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.

Disini Fiza menghidangkan tips yang boleh diguna pakai oleh pencinta jarak jauh dalam mengekalkan hubungan cinta masing-masing walaupun jarak menjadi penghalang.


1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.

2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.

3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.

4. Pancawarnakan Kehidupanmu
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah. .

5. Percayalah
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar anda tidak bosan walaupun berjauhan. Secara ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.


Fiza Say :: tip ini amat penting untuk fiza sbb someone fiza sekarang berada kat Rusia.. ...MISS U SO MUCH MY DEAR...






;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes