PiLiHaN BaHaSa

Follower

Monday, January 31, 2011

Trilogi Cinta merupakan telenovela melayu terbaru yang akan ditayangkan di RTM 1 mulai 2 Januari 2011 setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa. Trilogi Cinta diadaptasikan daripada kombinasi 3 novel popular daripada penulis yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Abu Salem – novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Jam tayangan telenovela Trilogi Cinta ini bermula jam 10.00 malam di TV1.




Drama Trilogi Cinta sebanyak 40 episod ini menggandingkan Fouziah Gous dan Rosyam Nor sebagai pelakon utama dan turut dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal yang lainnya seperti Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman.



Sinopsis Trilogi Cinta


Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar. Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu. Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

P/s :: walaupun fiza tak pernah baca novel ni tp kali ni fiza takkan lepaskan peluang untuk tgk drama ni...setakat ni fiza tak pernah miss lagi tgk citer ni...best sangat...

==> Tahniah pada Rosyam Nor (Razif) dan Fauziah Gous (Norjinah) kerana telah berjaya membawa watak masing2... :)



Sunday, January 30, 2011


Apabila ditanya apakah yang telah kita dilakukan satu jam yang lepas, mungkin kita akan berfikir-fikir dan akan cuba mengingatinya. Mungkin kita katakan, kita menonton TV atau berbual-bual kosong sahaja. Jika diukur dari sudut agama, mungkin satu jam yang lalu tiada langsung atau sedikit sahaja yang boleh dikaitkan untuk agama sebagai bekalan hidup kita selepas kematian.

Itu kalau ditanya untuk satu jam yang lalu. Bagaimana pula kalau ditanya, apa yang telah kita lakukan SATU MINIT yang lalu? Mungkin kita berkata tiada apa yang boleh diukur dan dinilai bagi tempoh tersebut kerana ia terlalu singkat.

Sedarkah bahawa dalam SATU MINIT kita boleh manfaatkan dengan pelbagai jenis amalan untuk mendapatkan pahala di sisi Allah (swt). Di antara amalan yang boleh kita lakukan dalam SATU MINIT adalah:-

  • Bertasbih sebanyak 100 kali
  • Membaca separuh atau lebih halaman mashaf al-Quran
  • Menelaah satu halaman buku
  • Menulis nasihat-nasihat

Inilah yang telah disebutkan oleh Allah (swt) dalam al-Quran;

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan hak (kebenaran) serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” (Surah al-‘Asr, ayat 1-3)



ASSALAMUALAIKUM SEMUA KAWAN...

Kiter dah lamer tak tulis entry sendiri..main copy paste jer ..tp kiter copy paste pun entry yg boleh membawa manfaat kepada semua kan..bukan entry yg bukan...btl tak...

Kali ni kiter nak tulis entry pasal cuti....yg sebenarnye
(cam lagu Yuna lak..hehehe) kiter tak tahu nak cuti ke tak...lagipun student tengah cuti calebrate Tahun Baru Cina...bila pikir2 balik masa ni la kan kite nak amik kesempatan untuk menghabiskan cuti yg ada.. balance yg tahun lepas ader 5 hari (forward ke tahun ni) campur lagi yg tahun ni 14 hari jadi semua 19 hari (byk tu)


klik untuk besarkan imej

Kiter rancang nak amik cuti ari rabu ni tp bos kiter lak cuti...tak per ker ek kalu bos ngan pekerja dia cuti pada hari yg samer..??? hehehe... kire boleh la kan..bukan ade aper pun...just 1 day kan.. ok la...kiter dah amik kepututan untuk cuti hari rabu ni...jeng..jeng....jgn jeles..hehe....

klik untuk besarkan imej

yey..yey....kiter cuti ari rabu ni....sukernyer...




Thursday, January 27, 2011

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku

saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru (menunggu)

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

P/S :: lagu ni kiter tujukan untuk yg tersyg yg jauh dimate tp dekat dihati (diperantauan), nanti kiter upload video band ni ok...
.....I LOVE U SO MUCH.....


“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

I’m so confused..



Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa? Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang
hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.


Anak: Ooooooo… ook….

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Note :: So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah..Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.

p/s :: di sini saya ingin megambil kesempatan..mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri saya…andai ada yang terguris perasaan sepanjang persahabatan kita….maaf ya… ^_^


Monday, January 24, 2011

Kisah ni aku kutip dari pengalaman seorang pemburu masa aku outstation kat kuantan dulu...Tempat dia tinggal ni memang dekat ngan kampung orang asli dan dia ni memang dah ramai kenalan kat situ...ada banyak cerita aku nak kongsi ngan korang...itupun kalau sudi nak baca...

Ini cerita pasal cara-cara orang asli berucap (dlm Islam kite panggil talkin ler) untuk si mati..tapi seingat aku diorang ni bukan beragama Islam. Diorang gelarkan si mati tu

AJIS walaupun tu bukan nama si mati semasa hidup. Bila mayat tu dah ditanam, salah seorang kaum diorang/ tok batin pun start lah baca 'ucapan' macam imamlah...) bunyinya camni :

"HAI AJISS...MATI JUGAK KAO AJISS...SEKEJAP LAGI ADA ORANG BESAR MAU DATANG...(kalau kita, malaikat mungkar dan nakir) KALAU DIA TANYA,KAO
JAWAB YANG BAIK-BAIK SAJA...YANG JAHAT-JAHAT DIA TAK TAU...KALAU DIA PUKUL KAO DARI KANAN...KAO ELAK KE KIRI...KALAU DIA PUKUL DARI
KIRI...KAO ELAK KE KANAN...KALAU DIA HANTAM DARI DEPAN...KAO ELAK KE
BELAKANG...KALAU DIA HANTAM DARI BELAKANG..............PANDAI-PANDAI
KAOLAH AJISSSSS......"

Pastu komat kamit lah mulut pemberi 'ucapan' tu...dan diorang pun beredar dari situ...dari mula sampai habis 'ucapan' , kawan aku yang ikut diorang pi tanam mayat tu kena tahan gelak sampai merah padam muka dia...bila orang asli tu tanya ngape... kawan aku cakap. "sedih...."

Pengajarannya..........
Dia orang pun percaya juga kat alam kubur...

credit :: malaysiaria.com


Kita sebenarnye lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnye lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnye lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnye lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnye lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang

Kita sebenarnye lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah

Kita sebenarnye lebih suka menyebut hello!.. hai!.. daripada Assalamua'llaikum

Kita sebenarnye lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid

Kita sebenarnye lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnye lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnye lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama

Kita sebenarnye lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnye lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnye lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan

Kita sebenarnye lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita

Kita sebenarnye lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI...

Kita sebenarnye lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.

Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab." (Surah Al Mu'min; ayat 39-40)



Sunday, January 23, 2011

( Permulaan doa dimulakan dengan Al-Fatihah dan selawat ke atas baginda Rasulullah )

Ya Allah ! Ya Tuhan kami, Pada hari ini, kami menadah tangan memohon restu perkenan daripadaMu, jadikanlah hari ini hari kebaikan bagi kami, hari kesinambungan untuk kami mengejar dan memperjuangkan cita-cita murni kami.

Sesungguhnya Ya Allah!, jadikanlah hari ini hari bagi kami mengorak langkah, berhijrah dari sudut yang baik kepada yang lebih baik, dari insan yang lemah kepada insan yang kamil dan dari tingkah laku yang kurang baik kepada yang baik dan daripada tingkah laku yang baik kepada yang lebih baik.

Ya Allah! Engkau jadikanlah segala tugas yang telah dan yang akan kami laksanakan sebagai suatu ibadah kepada Mu jua. Kami bersyukur ke hadratMu Ya Allah!, kerana diberi masa untuk terus hidup, menerokai alam yang penuh dengan khazanah yang engkau ciptakan untuk kami memikir dan mengambil ikhtibar di atas KeagunganMu. Jadikanlah penghidupan kami ini sebagai suatu penghidupan yang penuh keimanan dan ketakwaan kepadaMu Ya Allah .

Ya Allah ! Ya Rohman! Ya Rohim! Engkau satukanlah hati-hati kami, agar kami dapat bekerja dengan jiwa yang bersatu-padu, hormat menghormati serta percaya mempercayai, berikanlah kami kekuatan tenaga dan akal fikiran juga kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan, pimpinkanlah kami agar kami tahu mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami, juga pimpinkanlah kami ke atas melakukan perbuatan-perbuatan baik dan usaha-usaha yang murni yang Engkau redai serta masukkanlah kami ke dalam lingkungan hamba-hambaMu yang solihin iaitu dengan rahmatMu jua Ya Allah!

Ya Allah Ya Robbul Alamin ! Perkenankanlah kami untuk menuju ke arah petunjuk Engkau dan peliharalah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan kebodohan dan kerosakan diri kami sendiri, selamatkanlah kami daripada sifat-sifat keburukan hawa nafsu kerana ia adalah sejahat-jahat musuh. Lindungilah kami daripada kesesatan hati , kelalaian, kepapaan , kehinaan, kemalasan, beban hutang, kemiskinan dan segala sifat-sifat yang tidak Engkau redai seperti sifat lara yang sia-sia dan membuang masa.

Ya Allah!, Engkau perbaikilah kami di atas urusan agama kami yang menjadi sandaran segala urusan kami, engkau perbaikilah dunia kami yang menjadi tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami di mana kami akan dikembalikan. Ya Allah!, jadikanlah kehidupan kami sebagai tambatan setiap kebaikan untuk kami.

InsyaAllahh.......

P/S :: Sebelum memulakan sesuatu kerja mari la kite sama2 berdoa supaya pekerjaan yg kiter lakukan di berkati oleh ALLAH S.W.T...Amin..

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami.



Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah





1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang. (Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa sebab mulut juga... nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi ape)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan kore
k tabung.



13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih.

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah.......

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19. Biar lambat asalkan perlahan.

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..

35. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...


.........semoga semua warga blogger senyum selalu.....


Wednesday, January 19, 2011

Anda membeli saham bernilam RM10 setiap satu sebanyak 1000 unit tiba-tiba saham jatuh menjadi RM5 seunit anda telah kerugian sebanyak RM5000 sekelip mata! ANDA RUGI!

Anda telah mendapat gaji RM1650 kemudian anda membeli CD-RW tetapi tidak boleh digunakan. Anda RUGI!!


Anda berpeluang untuk menyuarakan persoalan dalam sesuatu seminar atau kuliah, atau dalam forum tetapi anda tidak lontarkan pertanyaan itu, ANDA RUGI!!



Anda tidak tahu secara pasti tentang komputer, tetapi anda sekadar mahu menunjukkan anda pandai, tiba-tiba ada orang yang lebih mahir mengubah pendapat anda, anda pun jatuh juga maruah anda. Anda juga dikira rugi!!


Nampakkah kita situasi kerugian-kerugian di atas? Namun apa yang diperkatakan di sini bukanlah berkenaan dengan kerugian dalam perniagaan tetapi saya ingin berbicara tentang akhlak antara sesama insan!


EGO sebenarnya membunuh manusia. Manusia sombong dan ego tidak mudah mengalah kepada orang lain. Kita tidak menafikan EGO antara ciri kepemimpinan yang sejati. Namun EGO seorang pemimpin ISLAM yang sebenar bukanlah EGO yang merosakkan atau dengan kata lain, bukan BODOH SOMBONG. Allah amat membenci manusia yang ego, dengan kata lain takabbur. Merasa hebat, merasa diri perlu disanjung, merasa diri tidak boleh dikritik dan merasa diri tidak boleh 'jatuh' atau tidak boleh rendah pada orang lain.


Kalau kita salah, mengaku salah. Kita tidak rugi apa-apa. Kita tidak rugi wang, kita tidak jatuh maruah dengan mengaku kesilapan dan kesalahan. Jika kita tidak tahu, mengaku sahaja kita tidak tahu tentang sesuatu perkara. Jangan semata-mata kerana tidak mahu 'jatuh martabat' dalam sesuatu perbincangan, kita turut membincangkan sesuatu yang kita tidak tahu. Kita sebenarnya bukan tahu semua perkara pun. Apa yang kita tidak tahu, kena mengaku untuk belajar.


Tidak rugi kita merendah diri dengan orang lain.

Tidak rugi kita mengaku tidak tahu dengan orang lain.

Tidak rugi kita tidak menunjukkan kehebatan kita pada orang lain.

Tidak rugi kita mengalah dalam sesuatu konflik.


Ada orang bila bercakap, tidak mahu mengalah. Tapi sebenarnya dia telah dikalahkan oleh orang yang mengalah! Dialah yang rugi akhirnya. yang mengalah tidak rugi apa-apa.

Tuesday, January 18, 2011

JOM KITER TENGOK GAMBAR NI.....















p/s :: nah amik ko...ader jugak sanggup bt show free ek...

Credit :: malaysiaria.com




Selama nie kita hanya mempertikaikan adakah seseorang perempuan itu masih dara atau tidak semasa berkahwin..tetapi kita tidak pernah pertikaikan adakah lelaki itu masih teruna atau tidak.? Mungkin topik kali ini agak panas tapi sekadar pengetahuan...

Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih "dara"/ "teruna" walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali samaada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak..



1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3.Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik, lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku

5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya

8. Lelaki teruna terlalu sensitif, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik, mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

P/S :: sekadar pengetahuan untuk semua wanita...

Monday, January 17, 2011

SSaper2 yang lahir thn 80 an... ... ..
Message: cube korang try bc nie... sure korg tersenyum... hikhik... teringat balik kisah dolu2 tu kan...

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, flashman, gaban, satria baja hitam, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?... hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt... program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan... kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk... baling selipar, tuju tin.. teng teng.. batu seremban.. n tah hape2 lagi...lol!

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die! eskem calong... hik hik lol!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm... budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.skarang digelar 'remaja'.

hmm... jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?Sad Smile Very Happy :P Laughing Shocked

Cheers to the 80s babies!!!lol! lol! lol!


Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu. Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:



i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.




ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.



iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.



iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki




v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.


P/S :: adakah ia sebagai fesyen atau sengaja mempersendakan pemakaian tudung..

Credit :: malaysiaria.com




;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes