PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, December 2, 2012

Assalamualaikum Semua...

  
kali ni fiza happy sangat sebab secara tak langsungnya setelah sekian fiza mencari akhirnya fiza dah memilikinya...happy sangat2...nak tahu apa....Taraaaaaaaaa.....ni dia....

Novel 7 Hari Menyintaiku

Nak tahu tak kenapa fiza excited sangat sebab novel dah lama fiza cari tau.. Rasanya seluruh kedai kat bandar Terengganu fiza cari tapi memang menghampakan sebab semua habis.. rasa nak marah pun ada kat tuan kedai tu sebab dia ambil stok skit.. fiza tak tahu la samaada dia ambil stok sikit atau pun buku ni memang laris.. kasian tuan kedai tu kan tak pasal kena marah di fiza...hehehehe...

nak dijadikan cerita, semalam fiza g skayu dengan Mr. B, biase la kan hari minggu dah tak tahu nak pergi mana so last minit plan nak g Skayu.. tu pun kitaorang pergi dah petang..So lepas penat berendam cam tik jumpa air, perut pulak keriot2 bunyi minta diisi.. Mr. B ajak g makan kat Mydin, hot plate.. Dalam hati malasnya sebab dah penatkan..mesti parking susah..so ikut jer la sebab Mr. B yang drive...

Sampai Mydin amik kow.. mmg full parking..sabo jer la...fiza dah nampak ada jualan kat tepi mydin tu tp tak tahu jual apa.. dalam jap lagi nak g tengok..selesai jer parking kereta terus fiza pergi tuju kat gerai tu...sampai jer rase nak jerit sebab apa yang fiza cari selama ni ada depan mata fiza..tengok punya tengok fiza dah jumpa yang ni dulu tapi fiza dah baca dulu...


So tak per la...niat dihati nak dua- dua tp tak apalah sebab yang ni fiza dah pernah baca..so fiza amik 7 hari menyintaiku..abang yang jual buku tu cakap gerai lambat lg habis..dia jual kat situ 2 bulan. sbb tu la fiza amik satu jer dulu...fiza beli buku tu siap dapat discount lagi 10%..hehehe...thanks abg penjual buku.... 

ok la dulu setakat ni er...nanti apa2 story fiza update lg er.... jgn jemu lak membaca er...
ok fiza caw dulu....muahhhh...syg u all......

Fiza Say :: mood happy.... Terima kasih Mr.B sbb bawak fiza ke sane....love u lah.....



Thursday, November 8, 2012


                   


Fiza Say :: Tenangnye jiwa fiza bile dengar Zikir ni...Ya Allah Ya Tuhanku..tenangkanlah jiwaku sepertimana kau tenangkan jiwa orang2 yang beriman.....AMIN......

10 alasan kenapa sampai sekarang saya sayang kat awak ^_^

Pertama : Senyuman awak buat saya gembira sepanjang masa. Tengok lah cara awak senyum dalam gambar ni pun dah buat saya tersenyum lebar ^_^

Kedua : Awak selalu membebel bila saya buat salah. Eh tak-tak.Nasihat. =p


Ketiga : Bila saya rasa saya macam tak ok,awak selalu bagi saya semangat. ^_^

Keempat : Awak selalu puji saya,walaupun saya tau hakikatnya saya hanya insan biasa. =)

Kelima : Awak seorang yang susah nak berputus asa. Itu salah satu dorongan saya untuk menjadi seperti itu juga.

Keenam : Awak paham keadaan diri saya macamane.Dan yang penting awak memang terima saya seadanya.

Ketujuh : Sebab awak banyak membuat diri saya berubah. Dari penampilan diri,dan juga dalaman diri ^_^

Kelapan : Susah senang saya,awak selalu ada. Tak pernah pun awak tinggalkan saya sorang diri.

Kesembilan : Awak layan je apa saya cakap,walaupun awak sendiri tau saya tengah merapu masa tu.

Kesepuluh : Sebab awak pun sayang saya jugak. Sebab tu saya sayang awak balik. =p

Terima kasih untuk ini awak. Still counting? Yep! Tak pernah rasa jemu dengan awak. ^_^

fiza say :: Ayg Sayang B...Love U....





Tuesday, November 6, 2012


SUDAH SIAP...Noor menunjukkan cincin yang sepatutnya disarungkan bakal suami.
SUDAH SIAP...Noor menunjukkan cincin yang sepatutnya disarungkan bakal suami.

















BATU PAHAT: Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin di bank, sebelum menghilangkan diri.

Lakonan lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu, dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.

Tunang lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.

“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami termasuk wang hantaran RM12,000.

“Curiga dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Sumber : Harian Metro 06 Nov 2012

Fiza Say ==> mintak dijauhkan terjadi pada diri ku...Amin.....




Thursday, October 25, 2012


                             

fiza rase mesti korang pernah dengar lagu ni kan...bile fiza dengar lagu ni secara automatik fiza akan ingatkan zaman fiza study dulu.. andaikata mase boleh diputarkan pada mase dulu dah lama fiza putarkan... nak sangat fiza kembali zaman study...hepy sangat bersama kawan-kawan..

tapi nak buat camnerkan...semua tu dah tinggal kenangan, hanya kenangan yang tang tinggal...alamak touching la pulak..hehehhe...ok la apa kata kita layan jer lagu ni.. siap dengan pertejemahan bahasa melayu lagi fiza post tau...aper lagi.....jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm......

Tuesday, October 16, 2012

Apabila kita dijemput untuk menghadiri sebarang majlis perkahwinan, kita dialu-alukan untuk memberikan hadiah kepada pengantin mengikut kemampuan diri sendiri sebagai tanda penghargaan.

Hukum Memberi Hadiah Kepada Pengantin Secara umumnya yang kita lihat kebanyakkan hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan akan memberikan hadiah kepada para pengantin. Hadiah ini kebiasaannya dibeirkan oleh kenalan rapat mahupun sanak saudara. Selain itu ada juga turut memberikan hadiah dalam bentuk wang sumbangan. Perkara ini tidak salah dan tidak bertentangan dengan agama Islam. Bukankah memberi hadiah itu antara satu perkara yang baik.



Secara umumnya memberikan hadiah merupakan sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Rasulullah bersabda: “Salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai.” [al-Adab al-Mufrad, hadis no: 594 dengan sanad yang hasan]

Oleh itu dibolehkan memberi hadiah kepada pengantin semasa majlis perkahwinan mereka. Sebaik-baiknya dipilih hadiah yang bermanfaat seperti al-Qur’an, tafsir al-Qur’an, kitab-kitab hadis dan buku-buku agama yang ilmiah, baik dalam bahasa Arab, Melayu, Indonesia atau Inggeris. Hadiah-hadiah seperti ini dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua pengantin untuk jangka masa yang lama. Selagi mana ia dipelajari dan dipraktikkan, pahalanya akan terus mengalir kepada mereka dan kepada orang yang menghadiahkannya.
Penulis perhatikan ada kecenderungan masyarakat untuk menghadiahkan set gelas air atau cawan teh (coffee and tea set) kepada pengantin.

 Sebegitu lazim kecenderungan ini sehingga akhirnya bersusun set gelas dan cawan di rumah pengantin. Ia tidak dimanfaatkan dan hanya memenuhi ruang almari dapur. Oleh itu apabila hendak membeli hadiah, pilihlah hadiah yang bermanfaat lagi tersendiri sehingga anda akan diingati oleh pengantin atas keistimewaan hadiah yang anda berikan itu.

Sebenarnya ia terpulang kepada kita sama ada untuk memberi hadiah mahupun tidak. Namun berikanlah mereka hadiah berupa bentuk yang boleh memberikan mereka manfaat terhadap pasangan itu nanti. Elakkan memberi hadiah yang membolehkan mereka lalai dan sebagainya. Seeloknya seperti bahan bacaan seperti buku dan sebagainya.


fiza say :: baru ku tau...hehehehe


Monday, October 15, 2012


    

fiza say :: i like this song...fiza harap anda semua pun sama...

Monday, September 24, 2012




Sewaktu kita kecil, ramai di antara kita gemar berkata, “Kata-kata kamu tidak akan mengapakan aku” atau “Eleh, setakat ejekan atau kata-kata begitu pada aku, tidak langsung buat aku rasa apa-apa, lainlah kalau aku dibaling kayu atau batu”, atau “Mereka katalah apapun, aku tetap biasa saja”.

Jelasnya, ianya tidak memakan masa yang lama untuk kita menyedari bahawa kata-kata itu memberi kesan yang mendalam lebih dari yang kita sangkakan. Ianya mempengaruhi pemikiran, perasaan, tindakan dan keadaan minda kita. Malah kata-kata yang ringkas pun sering membawa maksud yang besar.

Cuba fikirkannya. Sama ada anda mahukan kerja idaman anda, memperbaiki persahabatan anda, menyelamatkan perkahwinan anda atau mengikat pekerja-pekerja anda, kata-kata yang anda pilih untuk dikatakan boleh memberi seribu perbezaan. Kata-kata ringkas, yang sering kita ambil ringan, mempunyai kuasa untuk melukakan atau menyembuh, untuk memberi inspirasi atau melemahkan, untuk membantu atau menyekat.

Di bawah adalah 18 contoh kata-kata kecil yang membawa maksud yang besar dalam cara yang amat positif.

1. Terima kasih.
Oleh kerana setiap dari kita ini mahu berasa diri dihargai, kata-kata penghargaan akan membuatkan hati rasa hidup dan dihargai. Perkataan seperti - Terima kasih, saya menghargai diri awak, saya rasa berterima kasih pada awak – kata-kata ini adalah makanan kepada jiwa.


2. Saya maafkan awak.
Kita semua melakukan kesilapan dalam hidup. Tanpa disedari atau tanpa niat, kita mungkin melukakan hati kawan-kawan, anak-anak, rakan sekerja dan orang lain. Kata-kata kemaafan menyembuhkan luka di hati dengan membuang beban rasa bersalah yang melumpuhkan diri.


3. Saya sayangkan awak.
Barangkali mungkin pernyataan yang terbesar dalam kalangan yang lain, tiada bandingan untuk: “Saya sayangkan awak”. Kata-kata ini membongkar pemberian Ilahi yang paling fitrah, paling murni, paling suci terhadap manusia: kasih sayang. Hanya satu perkara sahaja yang boleh mengatasi kata-kata “Saya sayangkan awak”, iaitu dengan menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan.

4. Saya sudah salah.
Beberapa kata-kata mempunyai kuasa untuk menyalakan sinar kemaafan, seperti pengakuan berani dan tidak mementingkan diri sendiri terhadap kesalahan diri. Apabila kita terluka, kita tahu bahawasa perkara yang telah lepas tidak boleh lagi diubah; namun pengakuan diri terhadap segala keperitan yang telah terjadi kerananya menjadi titik tolak ke arah masa depan yang lebih baik.

5. Awak cantik.
 Apabila kita terasa diri tidak cantik, hodoh luaran atau dalaman, ianya amat bermakna apabila kita mendengar masih ada orang yang menganggap kita cantik.


6. Tak apa.
 Apabila kita risau, terluka, runsing atau takut, kata-kata sokongan ini membantu membawa ketenangan kepada fikiran. Jika anda pernah menangis dalam dakapan rakan atau kawan anda, anda pasti tahu betapa rasanya untuk ada seseorang yang menyatakan pada anda bahawa segalanya pasti akan jadi baik.


7. Saya faham.
 Sudah menjadi fitrah manusia untuk cuba memahami, maka tiadalah yang lebih mengecewakan daripada rasa diri disalah faham. Dalam masa kita terasa keseorangan, disalah fahami atau terasing dalam pendapat diri; seorang sahabat yang memahami adalah sangat-sangat dihargai. Kita tidak semestinya memerlukan orang lain untuk bersetuju dengan pandangan kita, tetapi kita perlu seseorang yang boleh mengatakan, “Saya faham. Saya mula nampak apa yang awak katakan. Saya faham maksud awak.”


8. Awak selamat.
 Apabila kita terasa lemah dan takut, kata-kata ini mempunyai kuasa untuk mengembalikan rasa selamat dan perlindungan yang kita perlukan. Ketakutan boleh jadi penyakit pada minda, tetapi kata-kata selamat ini adalah sebahagian daripada penawarnya.


9. Saya mengagumi awak.
Adanya orang yang memandang tinggi pada anda, berfikir tingginya anda, atau terispirasi untuk menurut jejak langkah anda adalah sesuatu yang sangat memberi motivasi. Kata-kata kekaguman adalah memberi semangat, kerana ianya memberi rasa diri kita penting dengan mengingatkan kita bahawa kita memberi kesan kepada yang lain.


10. Saya sokong awak.
Apabila membuat keputusan yang sukar, yang mungkin atau mungkin tidak yang terbaik, ianya sangat bermakna untuk tahu bahawa ada orang bersama anda walau apa pun. Kenyataan seperti, “Saya bersama awak” dan “Saya sokong awak” memberi kita perangsang untuk bergerak ke depan dengan lebih berani.


11. Awak boleh lakukannya.
Apabila anda terfikir untuk berputus asa atau sedang melawan rasa sangsi pada diri, kata-kata perangsang boleh memberi makna yang cukup bererti pada anda. Macam ada sesuatu berkenaan mengetahui bahawa ada orang lain yang percaya pada anda yang menyuburkan semula kepercayaan pada diri anda yang sepatutnya anda ada.


12. Awaklah orangnya.
Kata-kata ini mengatakan saya pilih awak, awaklah orangnya untuk saya, awak istimewa. Tidak banyak perkara yang mengatasi perasaan yang terbit apabila mengetahui bahawa anda berada dalam kedudukan yang istimewa pada seseorang.


13. Ini semuanya untuk awak.
Kebanyakan hari-hari dalam hidup bukan semuanya kita lakukan untuk diri kita, tetapi kita tidak akan lupa hari-hari yang sememangnya untuk kita. Masa-masa seperti harijadi, perkahwinan dan hari graduasi; kita sangat-sangat merasakan bahawa ianya adalah hari-hari teristimewa buat kita. Ianya sangat mengembirakan untuk mempunyai rakan-rakan yang tidak mementingkan diri yang membenarkan hari-hari istimewa anda untuk menjadi 100% semuanya tentang diri anda.

14. Saya ada di sini untuk awak.
Jika perlu teman untuk menangis, anda tahu betapa berkuasanya kata-kata ini. Ianya mengingatkan kita bahawa kita tidak sendirian, bahawa ada orang untuk membantu kita mengharungi kesakitan, kehilangan, kelukaan dan segala kesukaran hidup. Orang yang nampak seperti hidup mereka berjaya pun memerlukan seseorang yang boleh dipercayai di samping mereka.


15. Kerja yang hebat.
Tahniah. Kerja yang hebat. Kerja yang sempurna. Sama ada kita akui atau tidak, kebanyakan kita seronok dengan pengikirafan dari mereka yang lain terhadap usaha-usaha kita. Kata-kata pengiktirafan dan puju-pujian menggerakkan kita untuk berbuat lebih lagi, berkerja lebih kuat dan memberi rasa harga diri.

16. Saya rindu awak.
Kita tidak mampu untuk sentiasa berada bersama dengan orang-orang yang kita sayangi dan cintai, namun ianya sangat bermakna untuk mengetahui diri kita dirindui semasa ketiadaan kita. Ini adalah satu cara untuk menyatakan, saya sayangkan kehadiran diri awak dan saya tidak mampu lagi menanti saat untuk kita bersama lagi.

17. Awak penting.
Kita semua mahu rasa diri kita penting buat seseorang atau sesuatu selain dari diri kita. Mendengar yang diri kita dihargai oleh orang lain, terutama pada masa anda terasa diri tidak berguna atau tidak penting, adalah sangat istimewa.

18. Maafkan saya.
Apabila hati sakit, permintaan maaf yang ikhlas membuka ruang untuk kemaafan dan berbaik semula. Saya minta maaf, tolonglah maafkan saya, saya mohon kemaafan – semua kata-kata ini menunjukkan pengakuan terhadap kerosakan yang dilakukan dan kemahuan untuk mengurangkan sakitnya.


Semoga anda kata-kata ringkas dengan makna yang besar ini bermanfaat untuk anda. Sepanjang anda meneruskan hari anda, bercakaplah dengan baik dan gunakanlah kata-kata ini, yang mana anda sendiri pun suka untuk mendengarnya. Akhir kata, ingatlah orang tidak tahu bagaimana perasaan kita sehinggalah kita menyatakannya dan jangan anggap mereka tahu. Selamat menjalani hari anda.




Thursday, September 20, 2012

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


                   

fiza say : my febret song....i like this..

Tuesday, September 4, 2012

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

ANDAI LELAKI TAHU...
... Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

ANDAI LELAKI TAHU...
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

ANDAI LELAKI TAHU...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



Sunday, August 5, 2012

Assalamualaikum...

cam hangat jer tajuk tu kan...seringkali ramai org bertanya-tanye bila kamu nak kahwin atau ayat yang biase kita dengar "bile nak makan nasi minyak..???". kadang-kadang fiza dah tak tahu nak jawab macamana, ramai yang cakap yang fiza ni memilih sangat, tapi pada pendapat fiza tak salah untuk memilih sebab tu hak masing-masing dan juga untuk masa depan fiza. betul tak.semua orang nak kawan kan, nak ada pasangan dan ada family yang bahagia. betul tak..??? So sekarang fiza dah jumpa dan tahu jawapan apa nak jawab bila ada orang tanya kenapa belum kawen lagi atau bila nak tamatkan zaman bujang, so kalu nak tahu inilah jawapanya. jom kita sama baca dan fahami setiap baris patah perkataan dengan jiwa yang terbuka.



Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam

fiza say :: lepas ni tak perlu tanya lagi er...sebab anda semua dah tahukan jawapannya kenapa....????



Sunday, July 8, 2012



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masa-masa, sesungguhnya manusia itu kerugian. Hampir seminggu juga dia meninggalkan fiza dan rakan-rakan. 



Selamat tinggal bos sporting, selamat tinggal bos details, selamat tinggal bos yang tidak terlalu bossy, selamat tinggal bos yang cantik, selamat tinggal bos suka berbahasa melayu, selamat tinggal bos suka ketawa, selamat tinggal bos yang kuat belanja, selamat tinggal bos gosip, selamat tinggal bos suka bercerita, selamat tinggal bos skema, selamat tinggal perasa makanan, selamat tinggal leader team tapao dan selamat tinggal kawan.

Minggu terakhir bersamanya, penuh dengan hilai tawa. Hari terakhir bersamanya, fiza bagaikan berat hati nak melepaskannya. Sedikit bergenang air mata fiza dibuatnya. Jasanya, walaupun tidak lama dia menjadi bos fiza, tapi ianya cukup memberikan impak dan pengajaran yang banyak.

Dalam pada sibuk bergurau, bergelak ketawa bercerita dia suka menyelitkan unsur nasihat, tips yang boleh diguna pakai. Dia seorang bos yang sangat tidak lokek dengan ilmu. Dia berkerja dengan stail dan gaya tersendiri. Setiap kerjanya walaupun nampak leceh, namum ia tetap memberikan faedah untuk masa akan datang.


Terima kasih Prof. Dr Win Kyi Walaupun, kita hanya berkenalan selama 2 tahun saja, tapi ia tetap memberi banyak pengajaran yang sangat berguna untuk fiza dengan rakan-rakan. Kami seronok mendapat bos seperti anda. 

Wishing you all the best bos.

Mujur tempatnya diganti dengan Prof.Dr.Mohd Kamil, walaupun memegang jawatan yang sama tapi hari-hari lebih terisi. Sekurang-kurangnya, Prof Kamil menambah lagi bilangan Melayu dalam department fiza.

Fiza Say : Yang patah akan tumbuh, yang hilang pasti berganti. Kerja harus diteruskan walau siapapun ketua kita untuk masa akan datang. Tak dapat buat qulling card untuk Prof.Win. Sob-sob-sob.


;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes