PiLiHaN BaHaSa

Follower

Monday, February 28, 2011



Kehidupan manusia dan alam ini cukup misteri. Sungguh banyak benda yang tidak kita ketahui. Cuma hairan juga bila melihat ramai manusia yang menyombongkan diri.

Teringat akan kupasan menarik dari buku Mukmin Profesional. Al-Quran itu kitab suci, tapi mengapa ada cerita manusia yang paling keji?


Dalamnya ada kisah Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Dalamnya ada kisah kaum Nabi Lut yang mengamalkan homoseksual. Dalamnya ada kisah kaum Nabi Nuh yang menyembah berhala.



Jawapannya? Cari sendiri =)

Kali ini aku ingin berkongsi akan satu rahsia yang baru kufahami seketika tadi. Sudah lama kita tuturkan perkataannya namun baru sekarang aku mengerti maksudnya.

"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"
"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"
"Untuk berjaya kita mesti berupaya MENGAWAL diri kita"

Tiga kali diulang. Perkataan MENGAWAL ditekankan.

"Ingat KAWAL, bukannya menukar atau mengubah diri...tapi MENGAWAL diri"


Keupayaan seseorang untuk mengawal diri merupakan satu kunci yang cukup penting untuk menguasai diri. Orang yang tidak mampu mengawal diri akan jatuh ke dua hujung yang melampau.


"Self-control is the key to self-mastery."

Dua komponen perlu diaktifkan untuk mengawal diri:

1. Pemikiran
2. Perbuatan

Pemikiran di sini merujuk kepada suara dari dalam diri kita. Suara hati dengan kata lain. Suara hati yang TEKAD ingin belajar bersungguh-sungguh perlu digabungkan dengan USAHA yakni perbuatan belajar bersungguh.


Sekiranya kita dapat mendisiplinkan diri untuk konsisten mengawal pemikiran dan perbuatan kita, maka kita akan dapat mengawal diri kita.
Bila kita dapat mengawal diri kita, maka kita sudah mula membuka kunci yang pertama!..

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Entry ni fiza dah nak post semalam tp tak boleh nak upload gambar. Fiza tak tahu la knp.. So fiza holdkan dulu... Hari ni bru ok.. Entry ni pasal KARNIVAL SUKAN berlangsung hari jumaat & Sabtu
(25 & 26 Feb 2011) yang bertempat di UCSI (tempat kerja fiza la). Kali ni UCSI sebagai tuan rumah bg karnival ni... Diantara University yg dijemput ialah UITM KT, UNISZA, KIST, UMT, dan Kolej Komuniti.. Ada jugak sebilangan university yg tidak boleh datang... Meriah sangat...

Fiza g hari jumaat jer sbb ari jumaat tu acara futsal
(lelaki dan perempuan) serta bola keranjang (lelaki dan perempuan) ari sabtu la ada acara badminton (lelaki dan pempuan) setahu fiza futsal kategori perempuan UCSI dapat tempat ke-3 dan badminton johan.. yg badminton tu fiza tak thu student maner yg main.. aper pun fiza ucapkan TAHNIAH kepada semua pemain.. SO skrg mai kiter tgk gambar yg fiza snap... jom layazzz...



merah tema bju UCSI


serangan penalti UITM dgn KIST


ni la org kuat yg menjayakan karnival ni


serangan penalti KIST dgn UITM


student UITM mengalami kecederaan

fiza say :: insyaallah tahun depan anjur lagi er.. aper pun
UCSI mmg BEST





Wednesday, February 23, 2011

Walaupun kita masih mengekalkan institusi raja sebagai payung kepada rakyat. Adakah institusi ini akan terus bertahan dan berkekalan pada masa akan datang? Jika tidak, suatu hari nanti negara Malaysia akan menjadi sebuah republik. Kita akan memilih seorang presiden dari rakyat biasa sebagai pemerintah yang mutlak mengantikan Yang Dipertuan Agong. Apabila terjadi, maka adakah bangsa melayu akan hilang identitinya sendiri?

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982) bagi bajet tahunan bagi Agong yang mana ia akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Tahun 2006, terdapat usul kenaikan gaji Agong bersama-sama terhadap pemaisuri Agong yang mana telah diluluskan.

Jumlah sebulan Agong ialah RM87,880.

1. Privy Purse – RM608,400 (atau RM50,700 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM202,800 (atau RM16,900 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM243,360 (atau RM20,280 sebulan)

Jumlah sebulan Pemaisuri Agong ialah RM16 339.

1. Privy Purse – RM113,568 (atau RM9,464 sebulan)
2. Entertainment allowance – RM36,504 (atau RM3,042 sebulan)
3. Istana Negara Royal Allowance – RM46,800 (atau RM3,833 sebulan)

Selain daripada tu, setiap tahun Agong akan memperolehi lebih RM53 juta bagi menampung perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan juga kos pemberian gaji kakitangan istana. Pecahan perbelanjaan di istana adalah seperti berikut :

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu – RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana – RM1,004,880
3. Bounty Diraja, pemberian dan khidmat khas – RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Rupanya setiap bekas Agong yang mengikut giliran akan turut menerima elaun bekas Agong dan bekas pemaisuri Agong. Ini sudah tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006. Dibawah akta ni juga elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan bagi tempoh seumur hidup.

Pencen khas untuk balu pemaisuri Agong

Elaun sebegini adalah pencen untuk balu Pemaisuri Agong. Contohnya jikalau kalau Agong tu mangkat semasa baginda sedang memgang tugas sebagai Agong, jadi pemaisuri Agong yang sudah menjadi balu akan turut menerima pencen seperti ini yang tertakluk di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah kini tinggal bersama ibu dan bapa beliau, Datin Seri Shamshina A. Rahman dan Lt-Kol Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim di Carcosa Seri Negara

1. Pencen seumur hidup – RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan penyelenggaran kenderaan
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000

Boleh dikatakan di Malaysia, kebanyakan Sultan sudah merasa menjadi Agong. Selain memperolehi elaun Sultan mereka turut menikmati elaun bekas Agong setiap bulan iaitu :

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong – RM15,180 sebulan
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong – RM4,500 sebulan

Elaun Sultan dan kerabat Diraja

Elaun untuk Sultan dan kerabat diraja di setiap negeri adalah di bawah peruntukkan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Jumlah yang elaun Sultan Kedah ada sebanyak RM68,080 sebulan:

1. Elaun Sultan – RM52,600 sebulan
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Manakala jumlah yang diterima oleh Sultanah adalah sebanyak RM14,600 sebulan.

1. Elaun Sultanah – RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM2,600 sebulan

Elaun-elaun lain yang diterima kerabat Diraja di Malaysia setiap bulan adalah seperti berikut:

Raja Muda – RM13,000
Raja Puan Muda – RM5,200
Tunku Bendahara – RM4,000
Isteri Tunku Bendahara – RM1,250
Tunku Temenggung – RM3,500
Isteri Tunku Temenggung – RM900
Tunku Laksamana – RM3,000
Isteri Tunku Laksamana – RM600
Anak-anak Sultan – RM1,000

Fiza say :: Sekadar pengetahuan sahaja..


Tuesday, February 22, 2011


1) Rasa macam nak mnagis setiap kali melangkah kaki kew opis.. Kamu sungguh tertekan!!!

2) Kamu mpunyai jawatan yg tinggi tapi gaji kamu x setimpal dgn jwatan dan tanggungjwb yg dipikul. Gaji kmu setaraf dgn pekeja2 junior jew...

3) Selama beberapa lama kamu bekerja, kamu tidak henti2 mgutuk ketua kamu apath lagi stelah die pulang dr tempt kjew , ada sja yg mbuatkan tak puas hati...tEnSioNNNN...

4) Family n kenkawan kmu sroh tkar tempt kjew len...

5) Kamu sentiasa mberi hasil kjew yang bagus tp ketua kmu sering membanding & mgutuk hasil kerja kmu...GerrAAAAMMMMMMMM...

6) Kamu tElah ditawrkan pkerjaan baru di syarikat len & syarikat itu menawarkan gaji yang tggi dan jawatan yang tinggi...

7) Kmu dgn sgaja @ tdk tlah mendatgkan krugian bsr pd syarikat ats kcuaian kmu...

8) Kmu sendri x puashati dgn tugasan @ pkerjaan yg diberikan ..

9) Keadaan kmu tidak selamt lg utk berada di syrkt itu..Ketua kmu sering mnunjukan tingakh laku yg mragukan pd kmu..

10) Hati & pemikiran tak henti2 kira waktu Bilela nak abes time kjew nie????

11) Pemikaran dah hilang tumpuan tang kjew..

12) Byk habiskan msew beborak ngn kwn2..

13) Bayk habiskan msew chat & layan youtube..

14 ) Berenti 24 jam untuk langkah selamt...

15 ) Mendengr gosip2 syarikat nak muflis...

~PADAN MUKEW BOS, DA STAFF YG BGUS & RAJIN TAK RETI MENGHARGAII~

fiza says :: setakat ni fiza tak rasa tiada lagi tanda2 lagi seperti diatas..harap2 tak der sbb allhamdullah kerja fiza maintain ok lagi...


C1. CABAR
  • Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...
C2. CABUL
  • Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...
C3. CELUPAR
  • Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
  • Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
  • Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...
C6. CEREWET
  • Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI
  • Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....
7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....

P/S :: untuk renungan fiza akan datang dan untuk kawan2 jugak...

Sunday, February 20, 2011


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Hari Jumaat 18 Feb 2011 fiza ada 2 event pertama pertunangan sepupu fiza
(entry ada kat bawah) majlis ni lepas solat Jumaat dan event yg kedua sebelah malam bertempat UCSI tempat kerja fiza.. event ni adalah Chinese New Year Celebration 2011.. almaklum la kat UCSI ada berbilang kaum dan berbilang negara.. Di Malaysia ni ada 4 perayaan so empat perayaan akan disambut.. tahun lepas fiza tak join pun.. tp tahun ni rase tergerak hati nak join lagipun ni event adik2 fiza (Medical Student) yg bt.. perayaan Cina mmg tak sah kan kalu tak der tarian singa.. acara wajib la katakan.. fiza siap amik limau dalam mulut naga lagi... fiza dapat angpow ..hehehe..ok la fiza tak tahu nak tulis aper lagi so mai kiter tgk gambo kat bawah ni....

























P/s : : nak tgk lagi pic tgk dalam facebook fiza... fiza nak upload tarian singa tp saiz video besar sangat...sape tahu camner nak kecikkan saiz video...tolong fiza.......


Assalamualaikun semua..

Hari Jumaat 18 February 2011 sorang lagi sepupu fiza telah bertunang..kali ni sepupu fiza lelaki.. lamer ni semua perempuan tp kali ni lelaki lak.. fiza doakan semoga kalian kekal bt selamanyer.... ok la jom layaz gambar.....


bakal mertua n bakal menantu











kalu nak tgk byk lagi gambar fiza leh ar tgk dalam facebook fiza

p/s :: bile lak giliran fiza... semua org dah lepas...huhuhu....




Thursday, February 17, 2011

Tahun ini mempunyai 4 tanggal istimewa: 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.

(Bolehlah rancang majlis istimewa)…….detik pun boleh pilih…jam 1.11, jam 11.11 dll.

Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda dicampur dengan umur anda tahun ini hasilnya pasti

= 111.

Subhanallah !!! Hebat nya kuasa ALLAH SWT.

p/s :: Kalu Tak Cayer Cube Try Test......


Thanks awin sbb tag fiza.. teragak-agak fiza nak join ke tak contest ni.. bukan ape sbb fiza ni tak der kete...so tak der la gambor fiza gan kete.. tu pasal rase berat skit nak join tu... tp untuk tak nak hampakan kawan fiza sorang ni fiza berusaha jugak untuk cari gambar fiza yg bergambar ngan kete.. menang ke tak bergantunglah pada juri..fiza terima jer.. lgpun fiza join contest ni suke2 jer.. kalu menang tu rezki fiza la tu.. tp gambar ni kire ok la jugak... ok la tu kan asal ader nampak gambar kete..hikhikhik....


kete ni kawan fiza yg punyer
(Umiy).. mase ni sebenarnye kiter berempat tp biase la sorang lagi jom amik gmbar kiteorg..gambar ni kat pantai marang, brenti untuk makan mee sup ngan air batu campur..yumyum.... hehehehe... muka semua dah hangus disbbkan oleh debu2 jalanan...

kali ni fiza nak tag saper er...jom kiter tgk saper yg kene...hehehehe...

  1. Cekodok
  2. Ezza
  3. Aneqahs Nia
dan terbuke jugak kepada kawan2 blogger fiza yg berminat... ok kawan2 jgn luper join contest ni tau..


Wednesday, February 16, 2011

Assalamualaikum...

Fiza rasa masih tidak terlewat untuk fiza mengucapkan Salam Maulidur Rasul nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W kepada kawan2 semua...

Di bawah ni fiza postkan lagu nyanyian
Kumpulan Raihan bertajuk YA RASULLULLAH.....

Jom kiter samer2 menghayati setiap baris lagu tersebut....
Jom layazzzzzz.............




P/S :: lagu ni boleh membuatkan fiza mengalir airmate....
saper tak kenal Kumpulan Raihan sila angkat tangan.....

Tak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.

Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.



Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….


Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…


Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…

Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…

Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…


Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S


Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik

Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.

Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.

Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.


Monday, February 14, 2011

Kita mungkin rapat.. Tapi terasa jauh..
Kita mungkin jauh.. Tapi terasa dekat..
Walausiapa pun anda.. Walauapapun yang berlaku..
Ingatlah bahawa dalam hati ini sudah ada nama kalian..
Mungkin ada yang merasa sekejap,mungkin ada juga yang merasa sebaliknya..
Namun sudah cukup bagiku..
Untuk merasa sangat gembira apabila bersama kalian..
Walau adakalanya mungkin pernah merasa terkilan,
Marah atau sedih antara sesama kita..
Namun bagiku itu normal..Kesemua kenangan itu, Baik pahit atau manis..
Baik secara langsung atau tidak..Aku sangat menghargainya...
Kerana itu memori yang sangat istimewa
Memori yang sudah ku simpan dalam satu sudut hatiku...

Perkenalan kita yang begitu singkat..
Bagiku..amat cukup ku hargai...
Walau selepas ini kita mungkin jarang bersama..
Aku harap perhubungan ini tidak akan terputus...
Aku harap ukhuwah yang terbina sentiasa terjalin
Dan takkan putus kecuali maut memisahkan..
Aku tidak mengharapkan bahawa ini merupakan perhubungan terakhir kita
Malah mengharapkan ini sebenarnya baru permulaan..
Aku sentiasa mengingatkan diri..
Bahawa Allah mengirimkan kalian semua untuk aku mengenal kehidupan ..
Yang mana dugaannya sangat besar..
Yang mana menguji kekuatan iman dan nilai persahabatan kita semua..
Namun jika kita semua memahaminya..
Kita akan sedar bahawa kehidupan ini sebenarnya
Cukup indah.. Cukup unik
Untuk kita semua saling bergantung
Kehidupanku tidak lengkap kalau tidak bersama kalian

Kepahitan yang datang itu biasa..
Kita semua manusia biasa, tak pernah lepas dari melakukan kesalahan..
Begitu juga aku...
Seringkali diri ini mengingatkan..
Bahawa banyak hati yang perlu di jaga..
Biarlah kita sakit yang penting yang lain gembira..
Namun.. Kadangkala diri ini lalai dan lupa
Sehingga menyebabkan kalian merasa tercuit sedikit..
Maafkan aku..
Oleh itu, tolong ingatkan aku..
Kalau aku sudah melebihi apa yang sepatutnya..
Kepada kalian yang sudah berada dalam hatiku..
Kenangilah saat -saat indah kita bersama..
Aku sangat menghormati dan menyayangi kalian..
Apabila kalian sudah berada dalam hatiku..
Sedikit calar dan goresan yang ada dalam hatiku itu..
Ku anggap biasa...
Hati yang ada calar dan ada lekak2 itu sebenarnya
Lebih indah dari hati yang sempurna

Kalian..
Saya sudah menyerahkan sedikit hati saya pada kalian..
Terpulang pada kalian
Sama ada mahu membalasnya atau tidak..
Setiap calar atau goresan yang ada dalam hati ini
Mewakili hati yang sudah diberikan kepada kalian..
Walaupun saya tahu..
Kalian membalasnya dengan nisbah yang tidak sama
Walaupun potongan hati kita tidak sama..
Namun itulah kehidupan...
Giving love is taking a chance...

p/s :: fiza sayang kawan2 semua......



Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang "programmer" anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) "Selamat malam sayang, sekarang saya logged in."

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa..... Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found...

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied...

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters...

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It's by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use ... Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. "

...tamat.!

:: ini adalah lawak semata-mata tiada kaitan antara yg hidup atau dah dah meninggal dunia ::


P/S :: isteri:abang nt saya masakkan hardisk masak kicap,,keyboard celup tepung,,mouse tempura...naKKKK ke!!!!


ASSALAMUALAIKUM SEMUA....

Hari ni fiza rase rajin lak nak tulis entry baru...tak tahu la kenapa... mungkin sbb minggu lepas fiza cuti lama kot tu pasal rindu sangat kat blog ni... rindu sangat kat kawan2 blogger yg lain.. almaklum la rumah fiza tak der internet... malas nak masuk internet sbb fiza dah byk habiskan mase kat ofis... balik rumah dah penat...

ok.. berbalik pada tajuk Valentine Day pulak er.. memandangkan hari ni Valentine's day 14 February 2011 fiza nak share satu pengalaman dimana fiza dapat hadiah sempena Valentine's day.. fiza tak celebrate hari tu tp fiza just dapat hadiah jer (org bg fiza amik ar hikhikhik).. lagipun fiza tahu kite sebagai orang islam tak baik meraikannyer ..btl tak.. story ni dah lame.. mase fiza kerja Johor dulu mybe dalam 5 tahun yg lepas la tp kenangan tu fiza ingat sampai sekarang.. terharu sangat sbb itu la kali pertama fiza dapat sekuntum ros merah dan sekeping kad.. walaupun ros merah tu bunga plastik tp fiza hargai sangat.. sampai sekarang fiza masih lagi simpan hadiah tu..sbb itu adalah pemberian seorang yg sukakan fiza... hehehe...

Mesti kawan2 nak tahukan siapakan jejaka yg sudi bg hadiah tu pada fiza kan... dia adalah seorang lelaki (mmg la lelaki) bermana Heropen yg berasal dari sarawak, beragama kristian dan berkerja di Johor bersama dengan fiza... fiza panggil dia shiro (cam name anjing sinchan kan) dia baik sangat.. tp dia ni boleh dikatakan lelaki lembut sikit..tak la cam pempuan terus.. fiza just kawan jer dengan dia... sbb jenis fiza ni semua fiza kawan..orang kater berkawan biar seribu bercinta biar satu...btl tak...

tapi sekarang semua dah tinggal kenangan...fiza rindu sangat kawan2 kat Johor.. andai kata fiza boleh putarkan mase dah lamer fiza putar.. pengalaman kerja di Johor membuatkan fiza lebih matang dan lebih berdikari untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja sbb itulah kerja pertama fiza selepas tamat study.. walaupun kadang2 situasi kerja amat membosankan tp oleh kerana kawan2 yg satu kepala dengan fiza membuatkan fiza gembira sgt2..... sbb kawan2 la kadang2 fiza gembira dan kadang2 kita merana...(dalam persahabatan)... aper pun
I MISS U ALL....

Sunday, February 13, 2011


Telefon Bimbit atau handphone sudah merupakan satu keperluan. Hampir setiap orang di dalam negara ini memilikinya. Dari seorang kanak-kanak tadika di kota kepada seorang warga tua di desa.

Untuk menjaga handfon sentiasa di dalam keadaan baik serta tidak mendatangkan mudharat kepada diri sendiri dan orang lain, harap diperhatikan 10 tempat terlarang untuk meletakkan telefon bimbit :


1. JANGAN TARUH DALAM KOCEK SELUAR

  • Bagi lelaki yang senang meletakkan telefon bimbit di kocek seluar sebaiknya berfikir semula. HP menghasilkan paparan medan elektrostatik dan elektromagnetik yg mengakibatkan infertility (kemandulan).
2. JANGAN LETAKKAN BERSAMA BARANG ELEKTRONIK
  • Jangan gunakan HP ketika signal lemah dekat dengan barang elektronik berprestasi tinggi (seperti TV, OVEN, HEATER ,dll), kerana dapat merosak sirkuit HP.
3. JANGAN DISIMPAN DEKAT KUNCI KERETA
  • Dalam keadaan tertentu HP yg digunakan dlm kendaraan akan memberikan kesan merosak terhadap peralatan elektronik kendaraan. HP yg diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci tersebut.
4. JANGAN LETAKKAN DEKAT KOMPUTER
  • Komputer dan HP sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yg dekat, maka keduanya akan saling merosak.
5. JANGAN LETAKKAN DI TEMPAT BERSUHU TINGGI
  • Tempat bersuhu tinggi,kelembapan tinggi, dan berdebu merupakan kumpulan musuh HP. Jika tertinggal di dalam kereta di cuaca yang panas terik, hp memang rosak, setidak-tidaknya baterinya.
6. HINDARI MELETAKKAN KAD SIM DEKAT MAGNET
  • Kerana radiasi yg ditimbulkan HP dapat merosak floppy disk, kad memori dan kad kredit seseorang.
7. JAUHKAN DARI BENDA LOGAM
  • Jauhkan HP dari benda logam kecil kerana magnet dalam speaker HP akan menarik benda-benda tersebut dan HP mengalami kerosakan.
8. JAUHKAN DARI ALAT PACU JANTUNG
  • Peralatan perubatan seperti alat pacu jantung dapat terganggu dikeranakan gelombang elektromagnetik.
9. JANGAN DEKAT GAS YANG MUDAH TERBAKAR
  • Gas berbahaya kerana memiliki tekanan tinggi dan mudah terbakar. Oleh karena itu HP tidak akan berfungsi dengan baik.
10. HINDARI DAERAH BASAH
  • Rasanya kita semua sadar betapa bahayanya air bagi hp. Air juga musuh kamera digital .. Apalagi saat musim hujan, boleh mengundang banyak risiko. Bagi penunggang motorsikal, segera selamatkan hp anda dengan menyimpan di tempat yang kedap air saat hujan tiba.

Semoga bermanfaat ...

;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes