PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, June 13, 2012

Assalamualaikum Semua...

malam ni fiza rase ada idea skit nak update blog kesayangan fiza ni...tak tahu la mood datang dari mana malam ni... tetiba je rase rajin.. hari ni fiza cuti la kerja sebab fiza teman mak fiza buat medical check up kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).. fiza bertolak dari rumah pukul 9.00 pagi balik pukul 4.30 petang.. penat sangat, tapi oleh kerana mak tersayang fiza sanggup lakukan apa saja demi mak.. kalu korang pun sama jugak kan... nama lagi mak.. tiada galang ganti seorang mak.. betul x..

mesti korang nak tahu mak fiza sakit apa kan.. mak fiza ada ketumbuhan dalam hidung, tapi tak la serius sangat..biase la bile dah sebut ketumbuhan mesti takutkan, termasuk la fiza.. ramai orang cakap kebarangkalian berpunca dari resdung.. resdung dalam yang tak keluar..setahu fiza la resdung ni ada dua jenis iaitu ada jerawat banyak tumbuh keluar kat muka dan ada yang tak keluar, mybe mak fiza dikategori yang tak keluar kot sebab tu la jadi macam tu..

Ok, berbalik pada cerita fiza kat hospital tadi, banyak sangat tempat yang fiza kena pergi, dah la ramai orang, tp nasib la mase menunggu tak lama sebab doktor panggil cepat.. masa jumpa dengan doktor pakar bahagian telinga, hidung dan tekak (ENT) ,doktor ada bagitahu fiza yang mak kena masuk wad hari sabtu ni untuk melakukan pembedahan..dan pembedahan doktor akan buat pada hari isnin.. doktor juga ada bagitahu cara pembedahan yang akan dibuat melalui lubang hidung, dan kalau kemungkinan darah banyak keluar doktor akan operate kat luar hidung.. masa doktor terangkan fiza rasa ketar lutut, dan mula berfikir "tak kan mak aku sakit cam tu pun nak bt mcmtu" fiza rase tak sanggup..banyak kemungkinan akan berlaku..

lepas jumpa pakar mak fiza kena pergi bahagian jantung untuk memestikan semua ok, dan alhamdulillah semuanya ok..lepas check jantung ok kena pergi bahagian X-ray pulak..kat situ pun guna angka giliran tapi nasib la sekejap je, lepas siap X-ray kena pergi bahagian bius (anaesthesialogy), masa tu dah pukul 2.00 petang, kat bahagian bius tu la lama..dekat dua jam mak kat dalam, fiza tak dibenarkan masuk hanya pesekit sahaja yang boleh masuk so fiza tak tahu la apa doktor cakap pada mak fiza..bila dah siap semua mak fiza bagitahu yang darah tinggi naik sikit..fiza dah lupe brapa...hehehe...(boleh harap punya anak).. esok mak fiza kena pergi lagi klinik untuk buat medical check up darah tinggi ...harap-harap ok la...

kalau boleh fiza tak nak mak fiza menjalani pembedahan tu...kalu boleh fiza nak mak ikhtiar cara lain.. cara kampung ke.. tak sanggup fiza..tadi fiza pergi farmasi untuk beli ubat resdung yang biase fiza makan sebab fiza pun ada jugak resdung. tapi resdung fiza ni alahan pada seafood je... fiza harap sangat lepas mak makan ubat tu penyakit mak kan berkurangan dan tak perlu jalani pembedahan tu... fiza tahu pembedahan tu pembedahan yang kecik je tapi banyak kemungkinan yang boleh berlaku semasa pembedahan tu..kan....

fiza harap korang doakan kesihatan mak fiza supaya cepat sembuh dari penyakit tu.. fiza hargai sangat doa-doa korang untuk mak fiza.. ok la..fiza rase cukup la sampai kat sini dulu, nanti insyaallah kalu Allah izinkan fiza akan update lagi perkembangan mak fiza...insyaallah...





Monday, June 11, 2012

Assalamualaikum semua..

dah lama fiza tak update blog kesayangan fiza ni... bukan tak der masa tapi rase takder mood dan tak idea nak update.. tak bermakna fiza tak update, fiza tak jalan ke blog korang tau.. fiza still singgah blog kawan-  kawan yang lain..so dont worry k...

kali ni fiza nak share lagu satu lagi lagu yang fiza suke dengar.. lagu ni dah populor dicorong-corong ramelodydio, dan ada yang dah hafal lirik lagu ni kan.. first fiza dengar lagu ni kat radio SURIA FM.. sekarang ni radio ni la peneman dimana saja fiza berada..chewah promote la pulak.. so sekarang jom kiter semua layazzz lagu ni... memang best lirik dan alunan melody lagu ni...





;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes