PiLiHaN BaHaSa

Follower

Tuesday, December 27, 2011

kepada kawan2 fiza tolong la jangan cuba sabotaj blog fiza.. fiza tidak pernah komen apa-apa pasal korang..... tolong la pulihkan blog fiza aper salah fiza pada korang yg sabotaj blog fiza ni... fiza tahu ada sesetengah korang boleh view blog ni tp fiza x blh view langsung just boleh update jer... tolong la kepada insan yg sabotaj blog fiza tolong la pulihkan kepada sedia kala... fiza rindukan blog fiza... kalu just 2 3 bulan fiza berblog fiza tak kisah tp dah nak masuk 4 thun blog ni fiza bersama... dah sebati dalam hidup fiza.... jangan babitkan blog fiza dengan mana2 sengketa...blog fiza tak bersalah...





fiza say :: kepada insan yg sabotaj blog fiza ni fiza doakan semoga awak terbuka hati untuk pulihkan kembali blog fiza... dan segala jasa baik awak biarlah Allah yg membalasnya...


Thursday, December 15, 2011

tanya sama hati...
kenapa kau menangis hati??
kenapa kau bersedih..
kenapa kau nampak sugul???

nanti jawap hati...
aku diberi dugaan...
aku rasa tak mampu untuk menanggungnya...
aku tak tau pada siapa nak aku luahkan...

tanya sama hati...
pernahkah kamu mengadu kepada Allah wahai hati??? pernahkah kamu melihat orang lain yang dugaannya lebih hebat dari kamu? pernahkah kamu bersyukur dengan nikmat yang kamu terima sebelum kamu diberi dugaan wahai hati??? dan pernahkah kamu terfikir yang dugaan yang kamu terima ini merupakan satu hikmah wahai hati???

nanti jawab hati...
oh aku terlupa... aku terlupa ada insan yang lebih berat dugaannya dari aku... aku juga cuma mengadu pada kawan-kawan tapi tidak pada Allah... aku terlalu asyik dengan duniawi sehingga kadang2 aku terlupa bersyukur kepada Allah...

tapi yang pasti aku benar-benar terlupa... sebenarnya Allah memberikan aku dugaan supaya aku kembali mengingatiNya... Allah yang Maha Pengasih... Maha Penyayang... Maha Mendengar...

Fiza Say : Duhai hati! Bukankah kau mahu tersenarai dalam golongan ghuraba’? Golongan kecil yang dianggap asing dan ganjil kerana masih berpegang dan mengamalkan cara hidup Islam. Ingatlah hati! Golongan itu sentiasa akan ditapis dan ditapis. Kau pasti boleh, duhai hati..! Ikhlaslah duhai hati..!


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...



credit : Facebook

Fiza say : selagi boleh elak fiza akan elak dari berkahwin dengan suami org...tp andai itu dah jodoh fiza yg telah Allah tetapkan fiza terpaksa trima....... kite hanya merancang Allah yg tentukan semuanya.... 



Tuesday, December 13, 2011


Hidup sebagai selebriti benar-benar memberikan tekanan hebat kepada Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dipanggil Apek oleh peminat-peminatnya.
Dihimpit dengan pelbagai kontroversi semenjak putus tunang dengan Elia, kemudian tersebarnya gambar Apek dan Dahlia Teck bercuti bersama di Singapura. Selepas itu, tersebar pula gambar Apek menyambut harijadi Dahlia Teck di Changkat dengan gambar yang mempunyai minuman keras. Tidak habis disitu, baru-baru ini timbul pula beberapa keping gambar mesra Apek dan Shida Harmi di beberapa buah laman hiburan tempatan yang semuanya terjadi sebelum Apek menghadapi perlawanan bolasepak penting.
Dikhabarkan dari sebuah blog tempatan, semua ini adalah konspirasi untuk menjatuhkan Khairul Fahmi yang cemerlang di peringkat antarabangsa dan banyak kali mengharumkan nama negara di mata dunia.
Disebabkan kontroversi yang melanda, Khairul Fahmi telah membuat kenyataan kepada sebuah akhbar online tempatan, HMetro, mengenai situasinya yang pernah terfikir untuk bersara awal dari arena bolasepak walaupun baru berumur 22 tahun.
“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas.
“Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” ujar Apek ketika ditemui.
Dia yang ditemui di majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 turut menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan satu jaringan penalti ketika bertemu Indonesia di Sukan Sea Indonesia dan memberikan pingat emas buat kali kedua berturut-turut untuk Malaysia.
Untuk pengetahuan, Khairul Fahmi Che Mat juga berjaya merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik buat kali kedua selepas membantu Kelantan memenangi Liga Super pada musim lepas.

Credit : ohbulan

Fiza Say : Aper pun fiza tetap sokong Bola Sepak Malaysia






1.) Jonathan James
James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.
2.) Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.
3.) Kevin Mitnick
Inilah legenda hidup yang benar-benar mantap dalam dunia hack.
Antara yang dia lakukan :
-Mengkaburi FBI
-Hacking kedalam DEC system (Digital Equipment Corporation)
-Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian.
-Hacking Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens systems Dan masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa.
Seorang white hat hacker pun yang bernama Tsutomu Shimomura pun dihack komputer sistemnya oleh Kevin, dan terjadilah perang hacker. Dia ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick saat itu. Tapi sekarang dia sudah insaf dan menjadi seorang penulis buku, konsultan security, dan pemudahcara.
4.) Kevin Poulsen
Juga dikenal dengan Dark Dante. Dia menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana memang kemahiran dia menghack talian telefon. Saat ini dia jadi senior editor diWired News, dan berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.
5.) Robert Tappan Moris
Orang yang pertama kali membuat Worm, yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang mengakibatkan lebih kurang 6000 komputer jadi down..!!!
Dia akhirnya dipenjarakan rumah selama 3 tahun dan didenda sebesar $10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory!!
6.) Karl Koch
Dia berasal dari Hannover Jerman yang menamakan komputernya FUCKUP (First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun waktu1985-1988. Dia juga seorang penagih kokain.
Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.


Monday, December 12, 2011

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima cenderahati daripada pihak kerajaan yang disampaikan oleh Najib Tun Razak di Istana Negara, Jalan Duta, Sabtu lalu. Turut kelihatan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.


MENJELANG detik-detik tengah hari 12 Disember 2011 (hari ini) akan berakhirlah tempoh perkhidmatan dan pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-13, Al-Watiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Pada tanggal itu tamatlah tempoh pemerintahan baginda selaku Raja Berperlembagaan yang dilunaskan melalui kuatkuasa Perlembagaan Persekutuan. Perkara 32(3) Perlembagaan Persekutuan menetapkan "Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima (5) tahun…" kecuali baginda meletakkan jawatan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut.

Baginda dan Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong akan bersama dalam suatu majlis perpisahan khas jam 8.30 pagi 12 Disember yang penuh adat-istiadat di pekarangan Parlimen dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, para pegawai tinggi dan pembesar-pembesar tempatan dan wakil-wakil luar negara sebelum berlepas ke Kompleks Bunga Raya KLIA untuk bersama-sama melibatkan diri di majlis akhiran yang diberi nama Lambaian Kasih.

Majlis di KLIA ini adalah seperti yang pernah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KEKKWA) lima tahun lalu. Acara kali ini, seperti yang dahulu, disulami acara-acara padat dengan intisari budaya dan ciri-ciri kebesaran Diraja Melayu lama.

Sepanjang dua bulan lalu pelbagai kegiatan dan acara diadakan bagi menandakan tamat tempoh perkhidmatan dan pemerintahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Bagi Persekutuan. Lawatan-lawatan rasmi, acara-acara kebajikan, konsert Diraja, Jamuan Negara dan lain-lain program Diraja mendahului acara-acara akhiran 12 Disember 2011.

Sebelum jam 12 tengah hari 12 Disember, Yang di-Pertuan Agong Ke-13 dengan diiringi pelbagai kumpulan termasuk seorang Menteri Kabinet dan seorang pegawai tinggi perkhidmatan awam akan menaiki pesawat khas mengiringi rombongan pulang Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah menuju ke Kuala Terengganu.


fiza Say : selamat Pulang Tuanku ke Terengganu.




Sunday, December 11, 2011


Assalammualaikum..

   Betape kontranye persahabatan laki dengan pompuan ni. Kan. Sape pasan? Yup daku sangat2 pasan since dari sekolah lagi. Nak tau ape die contranye? Meh bace sini pastu korang komen ape pendapat korang ye.

#LELAKI
  • tak berpuak 
  • tak memilih bulu sangat
  • tak kisah 
  • backup member
# POMPUAN
  • cerewet 
  • suke sangat berpuak 
  • jenis tak reti bahase nak back up member
  • mostly banyak "mulut longkang" 
  • gosip kuat
Bukan nak kate apelah kan, kalau bab2 back up member ni pompuan liat sikit. Kan. Nak2 mase kat hostel dulu. Kalau kantoi henpon susah gilo nak back up member. Kantoi terus kat situ. Try tengok puak lelaki pulak. Dorang jenis senang back up member kan. See how differ they are from us.

1 lagi bab berpuak. Kalau kat sekolah tu masing2 dengan clasmate masing2. Geng masing2. Even daku admit sampai sekarang pon daku camtu jugak. Memang susah nak tengok laki ni stick pade 1 geng tu je kan. Siyesly dorang masuk je dengan sape2 pon. Bes lah!


Bagi daku laki ni lebih menghargai friendship dari pompuan kot. Ade jugak member sanggup tikam member kan. Kau rampas pakwe aku aku rampas pakwe kau balik. How stupid they are. Tu kawan eh namenye.    Im not telling u most of the girls & boys but certainly. So tak payah nak paranoid sangatlah nak protes bagai kan. Masing2 ade member masing2 ade otak. Gune elok2. Opss maaf lah terkasar pulak kan hee. Cume tu lah. Agak berbeza cara laki & pompuan berkawan.

Im not telling u most of the girls & boys but certainly. So tak payah nak paranoid sangatlah nak protes bagai kan. Masing2 ade member masing2 ade otak. Gune elok2. Opss maaf lah terkasar pulak kan hee. Cume tu lah. Agak berbeza cara laki & pompuan berkawan.


" psss, kau tahu x minah tu x pakai spender"
Tu lah pompuan kan.. 
 " dari tadi aku usha minah tu, cun siot " 
 " ape lagi wink2 " tu lah lelaki..


Tuesday, December 6, 2011

Salam kawan2 semua....

hari ni fiza deman lagi...balik dari kuantan ari tu terus deman... dah lamer x jalan2 cam ni..dulu mase duk kl selalu jer jalan2...tp sejak tuk trg ni la first time fiza jalan2... tak thu la knp...dulu rase larat jer...pergi 2 3 shopping mall larat jer tp sekarang ni pergi 1 shopping mall jer balik dah deman 2 hari...


hari jumaat tu fiza ngan kawan2 and student g East Coast Mall, fiza pergi ni pun sbb tambang murah jer RM6.00 jer...tu la berkobar2 sangat nak pergi ni...kiteorg ni dengan naik bas UCSI... dah lamer fiza x jalan ramai2 cam ni... best sangat... sampai sana bt haluan masing2...fiza ingat nak tgk wayang citer OMBAK RINDU sbb fiza tgk iklan cam best jer...kalu novel dia mmg tak yah citer ar...x pernah2 fiza baca novel kua air mate tp bile fiza baca novel OMBAK RINDU ni laju jer air mate fiza kuo...mmg best ar...


sampai sane terus g beli tekit tp sayang tiket dah penuh...yg ader kul 5pm....so tak jadi la fiza tgk citer OMAK RINDU...mmg frust sangat pt nak bt camner kan....so fiza tgk jugak tp citer TWILIGHT...cite ni pun ok gak la...x boring sangat sbb citer ni sentiase bersambung...fiza x pernah tgk pun sblm ni... ni pun sbb kawan fiza yg beria2 sangat cakap best...so fiza cuba gak la tgk....kire ok la citer ni...kalu nak bg bintang fiza bg 4 bintang....hehehehe....

dalam kul 8pm lebih kiter org bertolak balik...mase tu fiza dah start selsema, kepala pening, rase tak larat sangat...penadol dah habis 4 biji dah fiza makan tp still cam tu jugak... sampai sini (UCSI CAMPUS) dah dekat kul 1am.. kepala fiza mmg x yah cakap ar..berat sangat...fiza dah tak leh nak drive so fiza amik keputusan naik ngan kawan fiza jer...fiza tkt nak balik almaklum la dah lewat kan...fiza tdo umah kawan fiza... sampai umah dia mandi, solat, makan ubat lg terus fiza tido...dah x bt per dah....mmg tak larat...


so hari ahad fiza still deman dan fiza amik MC... bukan setakat hari ahad jer tp ari isnin pun fiza still MC jugak...so 2 hari la fiza MC....hahahaha...

saper yg pernah jalan2 ngan fiza mereka akan thu cam ner fiza kalu g jalan2...kalu jalan banyak skit jer balik mesti deman.....heheehehe....fiza... fiza....




Wednesday, November 30, 2011

sama macam lagu sebelum ni.. 
 lagu yg sangat best dan sedap didengar... 
 penuh pengertian....
yg perlu dihayati dan difahami sedalamnya....



Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru ku temui

Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan ku miliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan ku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat ku bergantung harapanku

Ku harap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

fiza Say :: kite hanya merancang tp Tuhan yg tentukan..... so trima la seadanya..mungkin ada hikmah disebalik ujianNya





Salam bahagia dan ceria,

Hari ini kiranya mahu berkongsi dengan teman sekalian tentang mimpi Kita sering bermimpi. Ada yang elok dan ada juga yang buruk dan menakutkan. Mari kita sama-sama menghayati artikel yang saya bawakan khas dari indonesia.
Petunjuk Islami Dalam Menyikapi Mimpi Baik dan Buruk

Sebelum membahas bagaimana cara islami dalam menyikapi sebuah mimpi, alangkah lebih bagusnya kita membahas pengertian mimpi, pembagian dan hakikatnya terlebih dahulu. Mimpi dalam bahasa Arab mempunyai tiga istilah. Antara satu sama lainnya mempunyai makna dan pemakaian tersendiri. Kerana itu ketiga istilah ini sekaligus menunjukkan jenis-jenis pembagian mimpi. Masing-masing istilah tersebut adalah: 

1. Ru’ya; mempunyai makna yang umum untuk semua mimpi, namun biasanya kata ru’ya ini dipakai untuk mimpi-mimpi baik atau mimpi simbolik yang mengandung makna.

2. Hulum atau ahlam, biasanya dipakai untuk mimpi-mimpi buruk yang bersumber dari syetan.

3. Hadits an-nafsi, yaitu mimpi yang disebabkan oleh kondisi psikologis seseorang atau akibat kesan-kesan yang ditimbulkan oleh kejadian sehari-hari. 

Pembahagian mimpi tersebut sesuai dengan pembagian jenis-jenis mimpi dalam hadits-hadits Rasulullah Saw.
Menurut para ahli psikologi, terjadinya mimpi adalah akibat kesan-kesan yang muncul karena peristiwa-peristiwa yang disaksikan dalam kehidupan sehari-sehari. Pendapat ini didukung juga oleh Psikologist Sigmond Freud. Dan ini kelihatannya lebih cocok dengan jenis mimpi yang ketiga di atas (hadits an-nafs).

Baca lagi>>>>>

Menyingkapi Mimpi
Di atas sudah diuraikan bahwa mimpi ada tiga jenis. Maka cara menyikapinya juga harus disesuaikan dengan jenis mimpinya. 
A. Mimpi Baik (Ru’ya)
1. Memuji Allah SWT
Diriwayatkan, Rasulullah Saw bersabda: “Apabila seseorang di antara kalian bermimpi yang disenangi maka itu adalah dari Allah. Karena itu hendaklah dia memuji Allah, dan memberitahukannya. Dan kalau dia bermimpi buruk, maka itu adalah dari syetan” (HR. Bukhari).

2. Menafsirkannya
Sabda Rasulullah Saw: “”Apabila seseorang di antara kalian bermimpi baik hendaklah dia menafsirkannya dan mengabarkannya” (HR. Ibnu Abdul Bar)

3. Memberitahukannya kepada orang yang dicintai
Dalam hadits riwayat Muslim disebutkan: “…dan jangan memberitahunya (mimpi baik tersebut) kecuali kepada orang yang dia cintai.”
Di antara hikmah dalam memberitahukan mimpi baik ini hanya kepada orang yang dicintai adalah:
1. Berbagi kesenangan dengan orang yang dicintai
2.Tidak semua orang senang dengan kebaikan dan keberuntungan kita.
B. Mimpi Buruk (Ahlam)
1. Meniup ke arah kiri sebanyak tiga kali.
2. Memohon perlindungan kepada Allah SWT
3. Merubah posisi tidur ke arah kanan
4. Lakukan shalat sunnat kalau bisa
5. Jangan menceritakannya kepada orang lain.

Berikut beberapa riwayat untuk petunjuk di atas:
“Mimpi baik itu dari Allah, sedangkan mimpi buruk itu dari syetan. Maka siapa yng bermimpi dan tidak menyukainya hendaklah dia meniup ke arah kiri sebanyak tiga kali, berlindung kepada Allah dari (gangguan syetan) niscaya itu tidak membahayakannya, dan jangan memberitahukannya kepada siapa pun” (HR. Bukhari dan Muslim).
Ibnu Sirin, seorang ulama pakar tafsir mimpi di masa tabi’in berkata: “Siapa yang bermimpi buruk maka janganlah dia menceritakannya kepada orang lain dan hendaklah dia bangkit untuk shalat.”
Dan disebutkan dalam riwayat Muslim agar orang yang bermimpi buruk mengubah posisi tidurnya.

Wallahu a’lam.

Fiza Say :: so lepas ni kalu bermimpi jgn bgth org sama ada baik mahupun buruk.. biar la diri kiter saje yg thu.... 



Monday, November 28, 2011


Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang mempunyai vokal mantap iaitu Adibah Noor. Selain penyanyi beliau juga dikenali sebagai pelakon yang berbakat. Baru-baru ini Adibah membuat pengakuan bahawa beliau mengambil keputusan nekad untuk tidak berkahwin setelah percintaannya putus hampir 5 kali. Adibah mengambil keputusan begitu kerana sudah serik untuk bercinta dan berumahtangga dan beliau lebih senang untuk hidup bersendirian ditemani keluarga dan juga haiwan peliharaannya. Tambahnya lagi, Adibah turut mempunyai 20 ekor kucing dirumahnya dan ianya menceriakan lagi kehidupannya.


Selain itu, Adibah turut mempunyai rakan-rakan rapat yang kesemuanya masih bujang dan mereka sudah berjanji untuk menjaga diantara satu sama lain. Walaubagaimanapun, sekiranya jodoh beliau sudah sampai, beliau tidak akan menolak takdir yang telah ditentukan oleh-Nya. Semoga Adibah bertemu kebahagiaan yang dicarinya selama ini satu hari nanti.



Sumber =Thr.fm


fiza Say :: setiap makhluk Allah dijadikan berpasangan.






Tuesday, November 22, 2011




JAKARTA – Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. “Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia,” kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com.


 Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus. “Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri,” kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu. dik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati.


Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal,” katanya. Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui. < Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. –

 fiza say :: knp la sampai blh jadi cam ni...




Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pasukan Bola Sepak Negara Bawah 23 Tahun yang telah dinobatkan sebagai Juara Bola Sepak Sukan Sea 2011 yang menumpaskan pasukan Garuda Indonesia dengan kemenangan (jaringan 1-1) penalti 4 berbalas 3.

Permainan separuh masa pertama memang jelas pemain Harimau Muda dalam kerunsingan apabila jeritan dan pekikan penonton-penonton majoriti penyokong pasukan tuan rumah, Indonesia. Pujian kepada penjaga ‘rumah’ Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya mematahkan serangan dan cubaan dari pasukan pihak lawan sungguh amat membanggakan.

Begitu juga dengan pemain-pemain yang tidak pernah kenal penat untuk mencuba jaringan kemenangan selepas seri 1 sama apabila pasukan Indonesia pada awal minit ke-4 telah membolosi gawang Harimau Muda. Selepas tamat permainan 90 minit dengan jaringan seri 1 sama, akhirnya masa tambahan juga gagal menjaringkan sebarang gol apabila masing-masing kedua pasukan didapati offside dalam percubaan gol yang kedua.

Penentuan penalti yang diakhiri dengan Kapten Harimau Muda, Badrol yang sekaligus membawa kejayaan yang amat bermakna kepada pasukan Harimau Muda. Tahniah kepada Pasukan Harimau Muda yang diasuh oleh Ong Kim Swee… Semangat Ong Kim Swee patut dipuji walaupun banyak menerima kritikan daripada semua pihak.

 Tahniah sekali lagi!!!




;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes