PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, July 31, 2011

Renungkanlah kisah ini,

...Berkata seorang SUAMI kepada ISTERI nya,
"izinkan aku beribadah pada malam ini, wahai isteriku"

Si ISTERI menjawab,
"Aku sebenarnya merase senang sekali berada dekat denganmu tetapi aku lebih senang melihatmu melalukan apa yang kamu senangi"

Si SUAMI lalu bangkit mengambil wuduk dan bersolat, dia menangis sepanjang solatnya, Demikianlah keadaannya sepanjang malam hingga tiba waktu subuh.

Siapakah pasangan SUAMI dan ISTERI ini?

Si SUAMI ialah NABI MUHAMMAD s.a.w.
Si ISTERI pula ialah SAYYIDATINA 'AISHAH r.a.
Rasulullah juga pernah bertanya?

"Mengapakah baginda masih bersusah payah beribadah, walaupun sudah dijamin pengampunan oleh ALLAH"?

Hayatilah jawapan Baginda s.a.w.

"Maka apakah tidak patut aku menjadi hamba yang bersyukur?
Sebagai hamba yang penuh dengan noda dan dosa tidakkah kita merasa malu dengan akhlak Baginda s.a.w.?

Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan yang bakal mejelang ini rebutlah rahmat dan kasih Allah kepada kita..

Pintalah pengampunan dari Allah lakukan ibadah sebanyak mungkin yang termampu..

Hayati firman ini:

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa".

surah Al-baqarah 183.

Pertingkatkanlah iman didada..
kukuhkanlah keyakinan kita pasa keagungan Allah..
Hapuskanlah segala sifat keji di dalam hati..
Gantikanlah ia dengan keimanan yang tulus lagi suci..
Tingkatkanlah ketaqwaan di dalam hati..
Perbaikilah segala kekurangan di dalam diri..Ambillah contoh amalan dan hati budi Nabi yang tetap terus ingin beribadah dan bersyukur walau telah dijamin pengampunan Allah..

Semoga Ramadhan kali ini menjadi yang paling bererti buat kita semua..Usah sia-siakan peluang yang ada.. Rebutlah dan hargailah Anugerah Allah ini kerana ia mungkin, Ramadhan yang terakhir kali buat kita..


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu fiza TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.


Wednesday, July 27, 2011


Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa
Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut


fiza say :: best sangat dengar lagi ni...kalu nak dengar le dengar kat sini...for someone.....

love u.....

Tuesday, July 26, 2011

Salam semua kawan2...
dah lamer fiza x update belog fiza...tp alhamdullillah trafik sentiase naik..time kasih pada kawan2 kerana sudi singgah belog fiza...

fiza nak share one story, story ni fiza lama berlaku pada diri fiza... bukan fiza tak nak share tp fiza sibuk skit...kalu sibuk2 nak bt story pun tak best kan...not idea..kan...

nak tahu story aper fiza nak share....storynya ialah fiza dah amik lesen memandu...fiza start masuk kelas bulan lepas dah..kalu tak silap fiza 9 june 2011... kawan2 kat ofis fiza pun tak thu fiza amik lesen.. yg kelas 8 jam tu fiza bt setiap pagi hari kerja jam 7.30am so lepas habis tu fiza terus g kerja...sampai kerja lewat sikit la dari biase...tu pasal kawan2 ofis fiza tak thu..so sekarang mereka dah thu....

semalam adalah hari yg paling ditunggu oleh fiza iaitu hari untuk ujian JPJ...takut tu mmg tak yah nak cakap la..hanya tuhan jer yg thu... tp fiza bykkan berdoa, beristifar dah berserah pada Allah Taala.. kalau dah tak rezki bt macamana pun mmg tak der rezkikan...semalam adalah bukan rezki untuk fiza.. kat naik bukit ngan parking alhamdullillah fiza lulus...tp kat jalan raya fiza terkandas.... semalam fiza dapat JPJ yg uji fiza pun baik..dia dah banyak bg peluang kat fiza tp tu la nak dikatakan bukan rezki fiza bt camner pun tetap tak der rezki... time kasih abg JPJ yg hemsem...hehehe....


fiza tak thu knp hati fiza tak kecewa sangat cam org lain sampai blh menangis, bermasam muke dll tp bg fiza, fiza mampu still tersenyum lg...tpu fiza kater kalu fiza tak kecewa tp fiza thu tu semua allah yg tentukan untuk fiza walaupun fiza dah berusaha bersungguh...orang cakap kalu dah mmg takder rezki makanan dalam mulut pun blh jatuh kan....sblm test tu fiza dah redha if fiza lulus or not....sbb semua tu kerja allah Taala kan...

fiza tak thu la bile pulak date untuk test JPJ... tp kalu boleh fiza nak la dalam mase terdekat ni...sbb lesen L fiza mati bln 9 ni...huhuhu.....insyaallah akan datang fiza akan lebih berusaha dan berdoa....mungkin kali ni bkn rezki fiza tp akan datang kiter tak tahu kan....

ok la tu sajer story fiza....akan datag ader lagi story ni tp fiza nak simpan dulu biar jadi pekasan...bile dah jadi pekasan bru best citer...lancar jer...cam citer ni la....haaahahahahahha....

ok fiza cau dulu...kiter jumpa story akan datang er...sbb story ni ada sambungan....babai...c u later....

Thursday, July 21, 2011

fiza sayang
fiza rindu
kalau dia x ada my life is nothing.
yes I admit, I really in love

with my PARENTS!


"kamu anak tunggal, ish best ka?"
"mesti manja kan jadi anak tunggal?"
"kalo jadi anak tunggal ni mintak apa pun mesti dapat kan?"
"best ka anak tunggal? dok sorang2? mesti boring kan?"
"bila dah jadi anak tunggal ni, nanti nak kawen mesti mak ayah yg susah nk lepas, dah la perempuan. kan2??"

ini adalah questionare yg selalu fiza dapat bila org dapat taw yang fiza ni anak tunggal..
mungkin pelik kot jadi anak tunggal.. hahaha
selalunya bila sebut anak tunggal ni orang akan samakan dengan anak mak..

do you agree with that??

ye,, fiza agree, tp orang yg bukan anak tunggal tu bukan anak mak ka?
yg bukan anak tunggal tuh anak makcik depa kott.. haha juz joking..

memang la menjadi anak tunggal ni agak sedikit terkongkong pada awalnya..
ada sebab depa mengongkong...
tp sekarang alhamdulillah, kureng sket kott..

jangan ingat mudah menjadi seorang anak tunggal, malah fiza dapat rasakan tanggungjawab sebagai anak tunggal adalah lebih berat berbanding anak sulung.. (fiza dah dapat merasai sekarang)
memang apabila menjadi anak tunggal, semua kasih sayang x da belah bagi.
kalau hangpa ada kat tempat fiza sekarang, hangpa akan taw..

hangpa akan nampak perbezaan mak yang selalu beleter kat anak ramai dengan mak yg beleter kat anak sorang..

oke fiza nk jawab semua questionare yang orang selalu tanya fiza selama ni

QS : hang anak tunggal, ish best ka?
ANS : well, fiza rasa sama ja hidup fiza dengan org ada adik, kakak, abg.. hidup tiap2 orang tu ALLAH dah bg sebahagia yang mungkin, so bergantung kat kita la sama ada nk bersyukur ke tak dgn pemberian ALLAH!
hihi... well, even fiza xdak adik beradik yg lain, fiza ada mak yang dah byk wat fiza happy.. and fiza ada cousin2 yang fiza dah anggap mcm sedara kandung fiza sendiri.. terjawab soalan?? peace!
:)

QS : mesti manja kan jadi anak tunggal?
ANS : erm.. semua anak berhak nak manja-manja dengan parents masing-masing, tp berpada-pada la..
untuk soalan ni fiza nk tnya ampa, waktu ampa kecik2 takkan mak ayah ampa x manjakan ampa langsung?
at least mesti ada sekali seumur hidup kan? bila dah besar tu mungkin kurang la skit, sebap depa x maw kita ni jd spoiler, berdikari seumur hidup.. untuk soalan ni fiza nak hurai lebih skett...
ramai org dah anggap fiza ni spoiler, anak manja and terlalu bergantung harap kat mak fiza.. honestly fiza sangat marah bila orang ada pemikiran bongok mcm ni! bukan apa, siapa lg fiza nk bergantung kalau bukan mak fiza? fiza xdak abg nk mntak duit, fiza xdak kakak utk fiza nk berkongsi masalah berkaitan lelaki ni?? so mak fiza la tempatnya.. kalo nmpak fiza wat manja sket dengan mak fiza ada ja mulut nk ckp fiza anak mnja, anak mak.. kira habis baikla fiza manja dengan mak fiza, bukan dengan laki or boifren sesapa.. eii.. kalau fiza anak manja, fiza x berusaha cari alternatif nak hidup berdikari sendirik! fiza amat susah nk mintak duit kat mak fiza kalau fiza x dak duit sekalipun (melainkan kalo dah betoi2 terdesak). fiza jarang nak cita masalah2 fiza kat mak fiza.. so adakah fiza terlalu manja?? kalo fiza manja pun xdak la lebih2 sangat bg fiza.. (cuma mybe agak kebudak-budakkan).. tipula kalau fiza ckp fiza x pernah menyusahkan mak fiza, fiza pun bukan anak yg baik, tp org yg ada byk adik beradik pun pernah menyusahkan mak ayah kan??? (kadang2 kita x mnta untuk menyusahkan tetapi mereka rela hati utk disusahkan.. fiza sedih and terharu!)

QS : kalo jadi anak tunggal ni mintak apa pun mesti dapat kan?
ANS : jangan ingat semua anak tunggal hidup dalam senang lenang or kaya raya.. mak fiza dah ajaq fiza cara untuk besederhana, and hidup kami pun dalam cara sederhana... x semua benda fiza nak fiza boleh dapat, sebab fiza faham situasi famili fiza.. fiza jarang nak mintak, tp kalo fiza mntak tu mknanya fiza memang nak sangat la benda tu, tp bergantung kepada situasi jugak, bukan semua bnda boleh dapat... kalo fiza nak sangat pun fiza usahakan sendirik pakai duit fiza...

QS : best ka anak tunggal? dok sorang2? mesti boring kan?
ANS : boring??? haha.... sebab dari kecik fiza x dak adik, xdak abg, xdak kakak, so perasaan tuh sama ja... biasa la... kalau boring lepak la dengan mak fiza.. rilex sudaa.....

QS : bila dah jadi anak tunggal ni, nanti nak kawen mesti mak ayah susah nk lepas , dah la perempuan. kan2??
ANS : well.. (sambil tersenyum) fiza x nafikan benda ni.memang sekrang pun dah nampak tanda-tnda susah nk lepaskan.. tapi fiza faham la perasaan depa.. fiza the only one child and perempuan lak tu, ingat senang ka nk bg anak dara depa kat orang ntah apa2?? hahaha!! even sampai sekarang pun fiza x berani nak ckp benda-benda berkaitan 'couple', 'laki', 'kawen' dengan depa.. pernah la jugak bersuara (bukan ada niat, juz nak tgk reaksi depa), mak senyum jer sbb dia dah thu fiza ni layah kawen dah....hehehe.. haha.. memang nmpak sangat depa amat sensitif kalau fiza sebut pasal lelaki yang bukan muhrim fiza nih! kalo sebut ja mesti byk ja bnda kena soal siasat.. hahaha... tp bagus jugak la, at least fiza x terjerumus ke arah tu.. mak fiza penah cakap "xpayah la nk couple2 ni, biaq bg org len couple tp kak yang (panggilan keluarga) x payah. kekgi kalo ada masalah sket mula la frust menonggeng" oo.. betoi la kata dia, org kalo frust couple ni memang rasa mcm dunia ni dah nk kiamat kott.. huhu.. and mak fiza pernah cakap "kak yong nanti kalau nak cari, cari org yang anak yatim piatu, and yang dok dekat2, senang kalau nk balik kg" dia ckp sambil gelak2 la... tapi kalau mcm ni masalah la... kena pi survey kat rumah anak2 yatim ni..... adessss..

haa.. sekarang terjawab kot persoalan ampa, x senang jadi anak tunggal ni, dan juga x susah.. haha
apa2 pun semuanya bergantung kepada bagaimana mak and ayah kita care kat kita..
tolong la faham mak ayah yg ada anak tunggal ni..
anaknya satu2 inilah harta yang the best ALLAH bagi kat depa..
sebab tuh kami dimnjakan lebih.. jgn ingt kami ni spoill sgt..
btw MAK ! I'm very proud to be your daughter..!
You care me so much!
You Raise me up very well untill I can reach the mountain!
I'm never regret to be the only daughter for you!
I know how you feel if I'm gone!
I know how you feel if I never care about you!
I LOVE YOU!




PERGH.. DALAM BLOG BUKAN MAIN, JUMPA DEPAN2 EGOIS!!



Monday, July 18, 2011


wahai si gagak hitam yang asyik berterbangan di awan boleh tak tolong sampaikan salam sayang fiza kepada si dia di sana..Fiza sayang si dia fiza rindu si dia..fiza ingin berada di pelukan si dia..fiza inginkan si dia buat selama-lamanya kalau di izinkan oleh-NYA..fiza ingin genggam erat setiap genggaman si dia. fiza ingin mendengar suaranya...fiza ingin si dia yang selalu buat saya gembira di kala hati tengah celaru..fiza ingin si dia berada di samping fiza sekarang ini..tolong yee si gagak hitam..hanya padamu fiza dapat luah & sampaikan perasaan fiza ini ;(


fiza say ==> kerinduan mengajak pulang


Sunday, July 17, 2011


Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Kuangkat tanganku
Kulafaskan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan


Tuhan lihatlah aku
Kuberserah kepadaMu
Kuletakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku


Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku


Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang t’lah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu….

Tuhan- Wali Band

klik link ini untuk mendengar full song

fiza say : lagu ni membuatkan fiza menitis air mata. fiza dapat merasakan betapa kerdilnya diri ini di sisiNYA.... Hayatilah setiap kata lirik lagu ni....


Thursday, July 14, 2011


(1) Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi. Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih. Khasiat Al-Quran Untuk Di Amalkan Dengan nama Allah Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian mengejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.


(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan fardhunya,nescaya permintaannya di perkenankan,jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,nescaya rezekinya dilapangkan oleh Allah dan bertambah baik keadaannya,serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan gangguan syaitan. Dengan membacanya seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Imam Jaafar S hadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insyaAllah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta,nescaya dia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) ( Pemutus Perhubungan)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpimimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatanperbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insyaAllah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah,nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutaman ya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasin." Hadith yang lain mengatakan : "Barang siapa membaca surah Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :"Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu." Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : "Aku ingin benar,agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jum aat, lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andai kata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang siapa membacanya sekali pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk di amal oleh anda sekalian.

(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.

(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati. Amalkanlah selalu untuk kesejahteraan diri. Jika tidak dapat buat banyak, berdikit-dikit adalah memadai. Lama-lama bila menjadi kebiasaan, pasti ianya akan menjadi amalan kita setiap hari. Sampai-sampaikanlah walaupun sepatah ayat. Nescaya Allah akan memberi ganjaran 10 kali kebaikan kepada kamu. Ilmu yang ada, seeloknya dapat memberi kebaikan untuk ummah yang lain.

"Sampaikanlah kepada orang lain biarpun satu ayat.” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi kebaikan serta manafa'at kepada manusia.




Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.
1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”
2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam
3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.
4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24.

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.
6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.
8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).
9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11.
Makam Nabi Muhammad S.A.W.
10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.
12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeda satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:


13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.
14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.
15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.
16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.
17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.
18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.
19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.
20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

fiza say :: ISLAM agama yg indah...

Tuesday, July 12, 2011


KETIKA peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w dibawa menaiki buraq menuju ke Kaabah untuk proses pembersihan hati.

Nabi Muahammad s.a.w turut mengalami pelbagai peristiwa, antaranya dada Baginda dibedah malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dada Rasulullah.

Selepas itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimun nubuwwah". Selesai pembedahan, baginda menaiki Buraq meneruskan perjalanan luar biasa itu. Semasa perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, sepanjang perjalanan itu Rasulullah diiringi malaikat Jibrail dan Israfil.

Tiba di tempat mulia dan bersejarah Rasulullah diarah Jibril supaya berhenti dan bersolat dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah, Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu daripada Allah serta Baitul-Laham iaitu tempat Nabi 'Isa a.s dilahirkan.

Dalam perjalanan itu, Baginda menghadapi gangguan jin ifrit dengan obor api. Peristiwa itu memperingatkan kepada kita syaitan dan iblis tidak jemu menyesatkan dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Dalam perjalanan Rasulullah ke Masjidil Al-Aqsa, Baginda melihat beberapa gambaran antara langit dan bumi. Antara pelajaran yang dapat diambil dari peristiwa itu ialah mengenai wanita. Rasulullah s.a.w melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi. Baginda bertanya kepada Jibril, daerah apakah yang sedang mereka lewati. Jibril menjawab: ''Itulah makam Masyitah, seorang wanita penghulu syurga.'' Dia adalah pengasuh anak Firaun, pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan.

Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun. Kerana kekejaman Firaun, dia dan yang lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka. Pada suatu hari, ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh. Dengan tidak sengaja, dia menyebut nama Allah. Ketika sang puteri mendengarnya, bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu? Masyitah pada awalnya enggan menjawab, tetapi setelah didesak berkali-kali, dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang Esa dan Tuhan Sekalian Alam.

Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya. Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya (Firaun) sebagai Tuhan. Tetapi dengan penuh keberanian dia berkata: "Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah." Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun. Lalu dia memerintahkan menterinya, Hammam, agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.

Ketika tiba giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi, Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya. Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa. Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata: "Wahai ibuku! Teruskanlah dan jangan menyerah kalah, sesungguhnya engkau di jalan yang benar." Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan ''Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa''.

Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Dalam perjalanan terbabit Baginda diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Rasulullah s.a.w menangis apabila mengenangkannya. Di antaranya perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.

Seksaan lain ialah perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan perkataan.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.

Ada pula perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking. Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci setelah haid dan nifas. Baginda kemudian melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan keburukan orang lain. Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya.

Selain itu, baginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai. Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta. Ada juga perempuan yang Baginda lihat, wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya. Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

fiza say :: NAU’ZUBILLAH…Ya Ilahi..Hanya kepada-Mu aku berserah,Terimalah taubat hamba-Mu ini..



Walau aku senyum bukan berartiAku selalu bahagia dalam hariAda yang tak ada di hati iniDi jiwa iniHampa...
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cintaNamun ada saja cobaan hidupSeakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepiTangkap aku dalam terangMuBiarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagiaBerikan restu dan halalMuTuhan beri aku cinta...
Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cintaNamun ada saja cobaan hidupSeakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepiTangkap aku dalam terangMuBiarkan lah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagiaBerikan restu dan halalMuTuhan beri aku cinta...

fiza say :: setiap makhluk Allah ciptakan berpasangan, cuma cepat dan lambat jer...bersabarlah dalam mengharungi setiap dugaan Allah...


Kerana Isteriku Bernama Liza
“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut.

“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

“Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza?tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan …di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan………………..ABANG!!
———————-
“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.

PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

“Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….

…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!
Sekian, Terima Kasih…

fiza say :: ini adalah cerita dongeng semata2 tiada kaintan antara yg hidup atau yg telah meninggal dunia...sekadar hiburan kite bersama...


Sunday, July 10, 2011

20 Artis Lelaki TerSeksi di Malaysia. Senarai-senarai di bawah adalah mengikut ranking dari 20 hingga 1... Tak tahu lah mereka di nilai dari segi apa...

20. Fizo Omar (pelakon)

19. Syamsul Yusof (pelakon/pengarah)

18. Aaron Aziz (pelakon)

17. Hans Isaac (Pelakon)

16. Andy Estranged (Pemuzik)

15. Ryzal Jaafar (Pelakon)

14. Hairul Azreen (Pelakon)

13. Hansen Lee (Model/ Penyampai TV)

12. Zach X-factor (Pelakon/Penyanyi)

11. Remy Ishak (Pelakon)

10. Adi Putra (Pelakon)

9. Zizan Nin (Pelakon)

8. Henry Golding (Penyampai TV/ Model)

7. Azlee Khairi (Pelakon/ Model)

6. Redza Minhat (Pelakon)

5. Amin Hayat (Penyampai TV)

4. Miller/Muhammad Suhaimi (Pelakon/Model)

3. Nazim Othman (Pelakon/Model)


2. Ashraf Sinclair (Pelakon)

1. Ashraf Muslim (Pelakon)



Sumber : Malaysiaria.com

fiza say :: nanti fiza post artis perempuan yg paling seksi lak er...hehehe...


;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes