PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, June 29, 2011

Saidina Abu Bakar RA telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Tiga golongan tidak masuk syurga, iaitu yang pertamanya golongan PENIPU, yang kedua golongan BAKHIL dan ketiganya iailah golongan yang SUKA MENGUNGKIT-NGUNGKIT (pemberiannya).”

-Muttafaq A’laih-

MENIPU

Apa perasaan kamu apabila ditipu ya?

Seorang rakan kamu yang menangis teresak-esak, datang kepada kamu, meminta pertolongan kepada kamu, mahu meminjam wang kerana sudah kehabisan wang. Lalu kamu pun menghulurkan wang not RM50 kepadanya, sambil mengusap-usap bahunya tanda simpati. Makanya, rakan kamu tadi berlalu pergi meninggalkan kamu dalam keadaan yang masih simpati. Keesokan harinya kamu keluar membeli barangan, dan terlihat susuk tubuh si Dia yang menangis semalam bergelak ketawa bersama teman-temannya di KFC. “order-order, hari ni aku belanja! Huahua”

Apa Perasaan kamu ya? Marah? Kecewa? Geram?

Begitu jugalah kalau kamu menipu orang, perasaan yang sama juga akan dirasai oleh orang yang kamu tipu itu. Kamu bukan sahaja sudah melakukan satu dosa menipu, malah satu lagi dosa menyakitkan hati rakan kamu itu. Makanya, dosa sesama manusia yang kamu telah sakitkan hatinya itu hanya manusia itu sendiri yang dapat memaafkan kamu. Hablum minannas.

Tentu sekali kamu merasa perit sekali ditipu, dan tidak akan sekali lagi ditipu. Jika begitu, kamu pasti faham peritnya ditipu, dan kamu tidak akan sesekali menipu. Ya kan?

Akibat daripada perbuatan menipu itu menyebabkan ajaran Islam yang menggalakkan supaya saling bantu-membantu dengan jalan memberi hutang itu telah tidak dilaksanakan, ini kerana kesan buruk daripada sifat penipu itu. Sukarlah orang hendak memberi hutang kerana dia takut DITIPU! Akibatnya ramai orang yang berharta akan menjadi bakhil.

Tapi saya yakin, tuan, puan, encik, cik yang dihadapan saya ini tidak sanggup untuk menipu kan? Alhamdulillah.

BAKHIL

Yang bakhil pula, lain ceritanya. Pada yang bakhil dan kaya, beliau mungkin memiliki sebuah rumah Banglo, 5 sampai 8 tingkat [dah macam pangsapuri plak ye?], dari pintu bilik air, sampai pintu dan pagar rumah semuanya menggunakan automatic control. Sampaikan, ada wakil dari persatuan #@%$^& menunggu hampir sejam mananti kedatangan Tuan Empunya Bungalow datang membukakan pagar. Apabila sudah dibukakan pagarnya…

“haa! Ade ape datang petang-petang nie? Tak habis-habis nak minta sedekah.!” Jerkah beliau [eh, orang tadi]

“err… bukan, kami datang nak minta sumbangan untuk membina Masjid di Kampung #@$@&, tempat yang asalnya hanyalah surau kecil yang tidak dapat memuatkan bilangan penduduk kampung yang semakin bertambah, jadi kami berniat mahu memohon sedikit bantuan daripada Tuan buat pembinaan Masjid tersebut…” sambil menggigil tangan encik tadi menghulurkan borang sumbangan.

“laa, buat masjid lagi, kan dah banyak dah masjid. Tak payah borang-borang. Nah…”

Not RM1 dihulurkan. Sambil berkata “Jangan datang lagi tau!”

Hampalah Encik tadi. Puaslah Hati Tuan itu. Makanya suatu hari…

“Tuan, kami dari Yayasan #@$%*& ingin memohon sumbangan untuk Majlis meraikan Anak-Anak Yatim di Hotel Lima bintang minggu hadapan. Nama Tuan akan kami masukkan dalam senarai Penyumbang, dan akan kami Paparkan di Surat-surat khabar terkemuka. Gambar tuan sekali!” penuh ‘kemanisan’ Encik yang kedua ini berkata-kata.

“oh, boleh, berapa nak? Saya nie kalau bab-bab anak-anak yatim ni saya memang suka bagi sumbangan, bukan apa, KESIAN. Saya selalu MENYUMBANGKAN harta saya, maklumlah, takkan habis tujuh keturunan!” penuh ‘kemanisan’ Tuan tadi berkata-kata.

“kami Cuma mahu 5ribu ringgit sahaja. Itupun kalau tuan tak keberatan.” Encik tadi menyengeh menyebut bilangan not tersebut.

“ala, saya bagi 10ribu la, kerja-kerja AMAL macam ni buat apa lah nak kedekut-kedekut. Tak BAIK!”

“terima kasih tuan…”

“Its ok!, [sambil berbisik] yang penting nama saya jadi penyumbang pertama ye, gambar letak besar-besar.” Kata tuan tadi.

Tutup cerita.

Encik-encik, tuan-tuan, yang dihormati sekalian. Jangan jadikan cara yang baik untuk menghalalkan niat yang salah. SALAH tu. Sesungguhnya, harta yang diberikan itu adalah Amanah Dari ALLAH, janganlah bersikap Bakhil tapi pemurah tidak bertempat, kerana harta-harta kita di dunia ini bukan milik kita mutlaq. Bukan ye encik.

Sikap Bakhil dipandang keji oleh Islam kerana seseorang itu cuba menyekat aliran rezeki yang didatangkan Allah itu, kerana adakalanya Allah memberikan rezeki yang kepada seseorang melalui saku orang lain. tetapi orang yang menjadi saluran rezeki itu bakhil maka tersekatlah rezeki seseorang itu. Hablum minallah.

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” –Al-Baqarah : 265

Tapi, saya percaya Tuan-tuan yang membaca ini tidak bakhil kan? ;)

SUKA MENGUNGKIT SEGALA KEBAIKAN ATAU PEMBERIAN

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” –Al-Baqarah : 264

Selepas sudah MEMBERI, janganlah pula mengharapkan akan DIBERI, Memberi untuk dipuji, memberi untuk diberi pujian itu merupakan suatu tabiat yang sangat-sangat ditegah Allah. Inikan lagi mengungkit apa yang telah DIBERI, bukan sahaja menghilangkan pahala, malah menambahkan dosa. Umpama batu licin yang diatasnya ada tanah, ketika hujan lebat, tanah tersebut hilang dan batu menjadi bersih tanpa bertanah, begitu jugalah manusia yang suka mengungkit-ngungkit pemberiannya, Mereka ini tidak mendapat manfaat di dunia dari usaha-usaha mereka dan tidak pula mendapat pahala di akhirat. [rujuk Tafsir Ibn-Kathir]

Bukankah kita bersaudara? Tentu sekali kita saling menyayangi. Kenapa perlu mengungkit-ngungkit pemberianmu terhadap orang yang kamu sayang?

Tapi, saya percaya, kawan-kawan yang masih membaca tidak suka mengungkit kan?

Marilah kita muhasabah, kalau tidak lama pun dalam dua tiga minit. Adakah kita pernah atau sedang atau akan tergolong dalam ketiga-tiga golongan tadi. Jika IA, katakan tidak lagi. Jika tidak, katakan tidak akan. Naudzubillah min Zalik.

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu seperti kamu mengasihi diri kamu sendiri.” (Muttafaq Alaih)

…….. renung-renungkanlah …….

Dan selamat beramal! :)

p/s : “tangan yang banyak menderma, memberi dengan ikhlas, pasti juga akan terdorong memanjangkan tangannya membantu dan berbuat kebajikan yang lain.”

Quantcast

Tuesday, June 28, 2011

salam semua...

tadi mase bw blog kawan2 fiza ader terjumpa satu blog.. fiza amat tertarik pada aritical dia..so fiza nak share kat blog fiza...fiza harap tuan a.ka. Wani tak marahkan fiza sbb share artical dia... ampun buk....




PERAMPAS. orang ketiga yang tiba-tiba wujud dalam satu-satu perhubungan. ada sape-sape yang pernah jadi perampas? or pernah jadi mangsa rampasan? sekarang aku mungkin dalam situasi mangsa tapi aku pulak dituduh pemangsa.

perampas ni banyak maksud tapi aku nak cerita pasal perampas kebahagiaan orang. perampas ni biasanya tak boleh nak tengok orang lain bahagia, suka menghancurkan hubungan orang lain. tak kesah la hubungan suami isteri ke, balak awek ke, BFF ke... sama je. dengki sangat tengok orang tu bahagia dengan orang yang dia sayang.

aku sebenarnya pelik kenapa dorang ni wujud. tak rase macam tak malu ke nak rampas hak orang jadi hak sendiri? siap mengaku dia bukan perampas tapi kita yang merampas.

zaman sekarang ni even kawan baik sendiri pon boleh jadi peramapas; kawan makan kawan. tapi biasanya perampas ni dikalangan perempuan. lelaki jarang la kita dengar jadi perampas. yela. akhir zaman. perempuan lebih ramai dari lelaki. apa nak direbutkan sangat kat perempuan yang sorang ni kan. baik la kau cari perempuan lain. besepah-sepah lagi yang baik-baik.

apa la perasaan si perampas ni kan? bangga kot dapat merampas hak orang. "haaa aku dapat. padan muka ko tak dapat. HAHAHA.. *gelak jin pon keluar*". best la kot ye! tak fikir perasaan orang yang kena rampas ni. padahal sama kaum. sepatutnya boleh rasa perasaan orang yang kena rampas ni. rasa kesian jela tapi ko tetep merampas. prinsip tanak kalah konfem ada la dalam manusia jenis ni. peduli apa orang lain nak cakap. yang penting aku dapat. tu la gamaknya. hahahaha. aku pon tak tau la. aku tak penah rasa perasaan seorang perampas.

tak pe. Tuhan Maha Adil dan Saksama. setiap perbuatan baik atau buruk pasti ada balasan. tak kira la on da spot dapat or ambik masa yang panjang untuk dapat balasan tu. kata orang " semua yang jadi mesti ada hikmah". kau tak kena time ni, suatu hari nanti mesti kau akan rasa sama macam apa yang kau dah buat pada orang. mungkin lagi teruk. tunggu jela. so kalo macam tu, kita just doakan hidup si perampas ni bahagia sahaja.

ni cerita pasal perampas. cerita pasal orang yang dirampas pulak. kiranya orang kedua dalam satu-satu perhubungan.

kita tak boleh nak salahkan si perampas 100%. yela. " kalau bertepuk sebelah tangan masakan akan berbunyi" betul tak? " tak kan bergoyang pokok kalau tak ada angin yang meniupnya". orang yang dirampas ni, orang kedua ni pon sama je. kalo dia ni tak melayan, ada orang ketiga ni tangkap cintan kat dia? orang ketiga jual minyak, tanpa ragu-ragu orang kedua pon test minyak. tapi minyak orang pertama still dengan dia. adil ke buat orang pertama macam tu? betul-betul mengajar orang pertama simen berinci-inci, paku dalam-dalam, gam and salotep kuat-kuat *kampung abes* dinding kesabaran dia supaya tak runtuh.

aku tak pernah pulak jadi orang kedua ni. tapi aku rasa, dia ni tamak. tamak merebut kasih sayang. dua-dua dia nak. dua-dua dia taknak lepas. of cos yang pertama dia taknak lepas sebab orang pertama dia memang in love abes, memang tak sanggup berpisah tapi dalam masa yang sama dia taknak kehilangan orang ketiga. mungkin dah jatuh sayang sikit kot. emmm bajet pon ada jugak la. bajet hot. jadi rebutan. " kau ada orang nak rebut-rebut dapatkan kau? haa ade?" em ada orang yang sanggup gaduh, menangis, makan hati nak kan dia. sungguh tak kuat iman mereka ni. kena goda sikit, dah goyah. haish. apa la nak jadi!

eh ni opinion aku je. random. tak de kaitan dengan sapa-sapa kecuali yang tergigit cabai.

okay. now bagi pihak mangsa perampas a.k.a orang pertama. kesian kan mereka ni jadi mangsa keadaan. apa yang dorang ni buat sampai jadi mangsa? ouh sebab taktau jaga orang yang disayangi? maacam tu ke.....

aku sekarang dalam posisi *chewwah.. da macam main bola pulak* mangsa. aku taktau apa yang aku dah buat dengan mereka-mereka tu. aku penah jadi perampas ke? macam tak pulak. taktau la pulak kalau tak perasan. sekarang ni aku sedih. kecewa. mental. plus. plus. plus. semua bercampur-campur. malas nak fikir tapi otak still berfikir. aku kena give up ke? or teruskan? or just wait and see? apa yang aku dapat nanti kalau aku tunggu? apa pulak yang aku dapat kalau terus stay? biarla masa yang tentukan.


jadi orang pertama ni sumpah aku cakap kena kuat, kena sabar. kalau dah tahap kesabaran dah macam hinggus dibibir hidung *ape punya peribahasa la* , kena buat keputusan yang sangat-sangat tepat untuk elakan diri merana. ala.. jadi mangsa keadaan ni pon dah cukup merana. setiap hari makan hati. tengok hak sendiri kena rampas. plus selalu kena serang dengan orang ketiga. betul tak? takde buat apa-apa ni tiba-tiba orang ketiga lempar ayat " dah-dah la kau. give up je. dia akan jadi hak aku jugak!". pulak dah! tak pon " kau yang rampas aku dari dia. sepatutnya dia dengan aku bukan dengan kau." haiyaaa... betul-betul mangsa kan.

serangan mental pulak " dia lepak dengan aku sekarang ni. dia gembira sangat dengan aku. dia cukup bahagia dengan aku. aku rasa kau paham kot." sekali-sekala mangsa akan moral down jugak. sapa cakap hati tak sakit? sapa cakap boleh sabar? ye memang boleh tapi makin lama makin nipis la sabar tu kan.

whateva la. malas aku nak cakap dah. *HAHA bukan malas tapi sakit hati. emo sikit di sini ye*

#KOMEN AKU#
wahai si perampas, aku just nak ingatkan, sekali kau buat macam tu kat orang 10x kau akan dapat balasan. teruk tak teruk tu bukan kerja aku.

wahai si orang tengah, orang kedua; fikir la sebelum buat sesuatu. fikir perasaan orang yang disayangi tu banyak-banyak kali sebelum menduakan dia. berdua lebih baik.

wahai mangsa-mangsa, bersabar. jangan buat benda bodoh. itu je.

***************************

emosional aku cakap pasal benda ni. maklumla tengah alami. penat sangat jadi mangsa keadaan ni. nak kena jaga hati sendiri. nak kena sedapkan hati sendiri. hari-hari! taktau sampai bila. hmmmmm....

Sunday, June 26, 2011

salam semua kawan2 fiza.. harap sihat semuanya..

story ni nak kata lama tak la jugak tp ia berlaku pada ari jumaat malam bru ni...so boleh dikatakan bru lagi kan... besday ni bkn besday fiza tp besday cousin fiza iaitu Shima pada 14 June 2011 yang lalu.



Majlis ni dibuat oleh pakatan kat ofis dia bertempat dia Taman Warisan (kg cina). boleh dikatakan meriah la jugak kerana semua satu kepala... dan alhamdullillah fiza blh join group diaorang walaupun pada mulanya kekok skit... ni adalah kali kedua fiza join group diorang.. semua sporting2 dan best belaka. aper pun thanks invite fiza ke majlis besday party ni... ok la jom layaz picture yg sempat fiza snap pada malam tu....jom............



ni adalah sebahagian pic yg fiza amik... kalu nak tgk lebih banyak lagi blhlah terjah ke
facebook fiza.

Fiza say :: lain kali ajak lagi er..makan free tu...

Wednesday, June 22, 2011

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dal am peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan h arta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !


mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..


Tuesday, June 21, 2011

Sesungguhnya dunia ini benar-benar di ambang akhir zaman, tingkahlaku manusia yang ada sekarang semakin aneh dan tidak wajar. Walaupun peradaban manusia semakin canggih dengan penemuan pelbagai teknologi baru namun tingkahlaku manusia zaman ini kembali ke tingkahlaku manusia zaman primitif atau lebih teruk lagi.

Gambar diatas bukanlah gambar wanita-wanita yang mahu melakukan senaman poco-poco. Sebenarnya mereka sedang bersiap-sedia untuk menantikan kedatangan pasangan lelaki untuk melakukan hubungan seks beramai-ramai!

Entah apa yang ada dibenak mereka, hingga mampu melakukan apa yang sepatutnya dilakukan hanya oleh suami isteri dan dilakukan secara peribadi bukan dilakukan secara beramai-ramai di tempat terbuka.

Hanya kerana ingin memecahkan rekod dunia 250 pasangan (250 wanita dan 250 lelaki) melakukan seks terbuka di sebuah gudang di Jepun.

Kegiatan mereka ini dirakamkan dengan teknologi kamera canggih dan diabadikan menjadi sebuah film porno yang dijual di pasaran juga. Kegiatan yang lebih dikenali dengan sebutan Orgy benar-benar keterlaluan dalam sejarah peradaban manusia.

Dari sebuah sumber media setempat menyebutkan hasil rakaman kegiatan tersebut yang di jual dalam sebuah DVD dijual dipasaran dengan harga lebih kurang $40.

Melihat kenyataan akhir-akhir ini yang semakin memprihatinkan, bagi kita yang masih merasa beriman pada Allah, marilah kita lebih banyak mendekatkan diri dan meningkatkan rasa iman kita kepada Allah Yang Maha Kuasa, agar kita beserta keluarga kita terhindar dari segala perbuatan keji dan mungkar serta senantiasa diberikan petunjuk untuk selalu berada di jalan yang benar jalan yang lurus, jalan yang diredhai oleh Allah Taala.

source : Posted @ www.isuhangat.net

== >> HARGA DIRI DAN MARUAH SUDAH LUMAT DIPIJAK PIJAK. TENTUNYA YANG MENGAMBIL BAHAGIAN INI PASTI ADA YANG BERGELAR ISTERI DAN SUAMI SERTA BERTUNANGAN. APALAH JADAH YANG ADA DIKEPALA OTAK MEREKA NI....... SYUKURLAH..... KITA (MUSLIM) SEKALI PUN SELALU TERBUAT DOSA NAMUN KITA MASIH BERPEGANG KEPADA TALI AGAMA. KALAUPUN ADA YANG TERLANJUR PUN TAKLAH SAMPAI DIBUAT MACAM DIAORANG TU. SEKS BERAMAI RAMAI SEMATA MATA NAK CIPTA REKOD. PADA FIKIRAN SAYA PERKARA SEUMPAMA INI TIDAK LAYAK DIBERI APA APA PENGHARGAAN ATAU NAK DIIKHTIRAF SEBAGAI REKOD DUNIA. ALASANNYA, IANYA ..PRIMITIF! BARBARIAN! KEBINATANGAN! DAN KESETANAN! ENTAH BERAPA BANYAK LAGI TERHASILNYA BAYI-BAYI MALANG YANG BAKAL MENGISI LUBANG TANDAS, TONG SAMPAH DSB.

fiza say :: subhanallah...dunia akhir zaman...



Jika anda berjalan kaki dan sentiasa memandang ke bawah, adalah menjadi kebiasaan untuk menemui wang syiling 10 sen atau 20 sen.


Dirumah, syiling 10 sen dan 20 Sen berada dimana-mana. Atas meja, bawah meja, di dapur, bawah almari, dalam tandas, di tingkap dan dimana saja.

Kanak-kanak sekolah sudah tidak pandang syiling 10 dan 20 sen, mereka memandang hanya wang kertas. Cuba lihat mimik muka anak anda jika diberi syiling 20 Sen...

Syiling 10 dan 20 sen ini sudah seakan tidak penting lagi dalam kehidupan harian kita. Jika ada dalam poket pun, ianya hanya memberatkan poket seluar atau penyemak poket sahaja.

TETAPI, apabila harga gula atau sebagainya dinaikkan 10 atau 20 sen, kenapa orang ramai bising. Mereka jadikan isu ini sebagai satu beban atau kesusahan Rakyat. KENAPA?

Walhal syiling 10 atau 20 sen sudah tiada nilai lagi kepada kita atau kewujudan syiling 10 atau 20 sen ini membebankan pembawanya. Bagi kanak-kanak nilai syiling ini sudah tiada.

Peminta sedekah akan bermasam muka atau tidak menerima syiling 10 atau 20 sen apabila diberi. Katanya sikit dan tiada nilai.

Agak lucu kerana nilai 10 sen atau 20 sen ini jadikan isu Nasional untuk mengajak rakyat memarahi kerajaan. Walhal di rumah anda wang syiling ini bersepah dan jika ada yang derma 10 sen kepada tabung kutipan ceramah, mereka tempelak pemberi supaya tak payahlah derma kalau hanya 10 sen atau 20 sen.

Fiza say :: zaman saya kecil dulu...10sen boleh beli keropok cikidis sebungkus / gula2 4 biji / bihun goreng sebungkus..... tapi skarang ni...apa pun tak boleh......:( walaubagaimana pun, duit 10sen tetap ada harganya tersendiri.... kalau ditabung 10sen sehari...setahun dah RM36.50..hhmmm...banyak juga tu bagi org spt saya ni....:))

Assalamualaikum semua kawan2 blogger fiza...

dah lama fiza tak update belog kesayangan fiza dah...dah naik usang dah.. fiza jugak tak jalan2 kat belog kawan2 jugak..bukan tak nak update tp rase malas dan takder mood.. biase la kan bile mood tak der semua tak menjadikan.. kadang2 rase nak update tp tak der idea pulak nak mengarang.. tp minggu ni sampai awal bln 7 ni fiza free sangat2 sbb sekarang ni student dah cuti semua (medical student) so if ada idea fiza akan update hari2 dan fiza akan terjah kat belog kawan2 semua er...tunggu kedatangan fiza k..hehehe... tp kawan2 jgn la luper datang ke belog fiza er walaupun fiza tak g ke belog korang...bukan fiza tak nak g tp kesuntukkan mase..ok kawan2..fiza sayang kawan2 semua...tanpa kawan2 semua ni siapala belog fiza ni kan,... ok la kawan2 fiza nak go dulu... babai... tata titi tutu...muahhhh....love u all...



Monday, June 13, 2011


Tahun: 2009
Kutipan: $2,783,165,628

Hasil yang luar biasa daripada pengarahnya, James Cameron yang juga pengarah kepada filem Titanic yang sangat terkenal dan juga mendapat kutipan yang tinggi. Filem ini mampu mendapat kutipan yang tinggi walaupun kos pembuatannya "hanya" $237 Juta. Kesan visual yang lain daripada yang lain serta jalan cerita yang menarik menjadikan filem ini terlaris. Tahniah kepada James Cameron.

Tahun: 1997
Kutipan: $1,843,201,268

Walaupun pada tahun 1997, gambaran tenggelamnya Titanic berjaya digambar kan oleh krew-krew filem ini di bawah arahan James Cameron. Filem yang memenangi 11 piala Oscar ini menelan belanja sebanyak $200 juta untuk pembikinannya. Plot cerita yang sangat menarik dan menyentuh hati menyebabkan filem ini enak ditonton berkali-kali.


Tahun: 2003
Kutipan: $1,119,110,941

Bahagian ketiga trilogi The Lord Of The Ring ini menelan kos sebanyak $96 juta untuk pembikinannya yang memberi impak yang besar kepada dunia perfileman. Filem yang dipenuhi dengan fantasi ini diadaptasi dari novel yang karya J.R.R Tolkien dan berjaya memenangi 11 piala Oscar.


Tahun: 2006
Kutipan: $1,066,179,725

Dengan kos pembuatan sekitar $225 juta, filem Gore Verbinski ini berjaya mengaut keuntungan lebih dari $1 bilion. Filem ini dijayakan dengan lakonan mantap Johnny Depp sebagai kapten kapal Black Pearl, Jack Sparrow. Walau bagaimanapun, filem ini dilarang tayang di China kerana terdapat adegan suku kanibal.


Tahun: 2010
Kutipan: $1,063,165,731

Filem animasi yang diarahkan oleh Lee Unkrich ini ialah filem animasi pertama yang berjaya mengutip kutipan melebihi $1 bilion dan memenangi 16 anugerah. Ini satu kejayaan yang besar buat Pixar dan Walt Disney Pictures.


Tahun: 2010
Kutipan: $1,024,299,801

Filem yang diarahkan oleh Tim Burton dan skrip oleh Linda Woolverton ini menelan kos sebanyak $150 hingga $200 juta dan memerolehi 6 anugerah.



Tahun: 2008

Kutipan: $1,001,921,825

Karya Christopher Nolan ini membuktikan siri filem Batman mampu memasuki carta filem terlaris sepanjang zaman dengan lakonan mantap Heath Ledger yang memberi impak yang besar kepada filem ini. Watak The Joker beliau terpilih sebagai "100 Greatest Movie Characters of All Time" versi Empire.

fiza say :: maner filem malaysia..tak tersenarai ker..???


Sunday, June 12, 2011


para pemain Terengganu meraikan kejayaan merangkul Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

‘TERIMA kasih Daudsu Jamaluddin’.
Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.

Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu.

Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.

Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000.

Manakala Kelantan yang dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA setelah percubaan kali pertama mereka pada 2009 dikecewakan oleh Selangor.

Beraksi di hadapan 85,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan seimbang dan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama tetapi tiada banyak percubaan berbahaya terhasil.

Terengganu mendapat peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi rembatan Abdul Hadi Yahaya dari dalam kotak penalti namun berjaya ditampan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Peluang terbaik Kelantan pula hanya hadir pada minit ke-40 tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri ditepis keluar penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli.

Bersambung babak kedua, kerancakan aksi pada enam minit pertama terganggu apabila lontaran mercun oleh penyokong Kelantan hampir terkena Sharbinee pada minit ke-51 dan permainan terpaksa dihentikan selama empat minit.

Hanya seminit selepas aksi bersambung, Joseph Kalang Tie melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi Khairul Fahmi tangkas menafikannya.

Pada minit ke-67, kesilapan Sharbinee menangkap kemas bola hampir dihukum penyerang gantian Kelantan, Ramzul Zahini Adenan tetapi sepakannya sempat dihadang keluar oleh Ismail Faruqi Ashari.

Akhirnya gol yang dicari Kelantan menjelma pada minit ke-78 apabila lorongan cantik pemain tengah, Shakir Shaari berjaya disudahkan dengan kuisan lambung oleh Nurul Azwan.

Sikap tidak berputus asa para pemain Terengganu berbaloi apabila mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa kedua.

Rembatan penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat cuba dikeluarkan Daudsu di atas garisan gol tetapi pemain pertahanan Kelantan itu sekadar tertanduk bola ke gawang sendiri.

Ia sekali gus memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit. Pada minit ke-108, Ahmad Nordin muncul wira Terengganu apabila merembat masuk gol kedua pasukannya untuk memastikan kemenangan 2-1.

Dengan kejayaan itu, Terengganu berjaya mendapatkan slot untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2012. Kapten Terengganu, Mazuki Yusof dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

TERENGGANU: Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Mazuki Yusof (K), Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree, S. Chanthuru, Shakir Shaari, Badhri Radzi (K), Nurul Azwan Roya, Izuan Solahuddin, Norshahrul Idlan Talaha.

Sumber ==>> Kosmo Sukan

fiza say :: bangga jadi anak Trannung

Wednesday, June 8, 2011


Tahukah anda....

Salah satu tanda paling mudah utk membezakan samada seseorang itu orang Terengganu atau orang luar (selain terengganu) ialah cara dia menyebut perkataan ‘Terengganu’ itu. Orang Terengganu menyebut nama negeri dia sebagai TRANNUNG.


Loghat Terengganu agak unik; sangat susah difahami pada mulanya, tetapi sangat cepat utk menirunya. Ia bukan sekadar sebutan makang ikang seperti yg diketahui oleh rakyat Malaysia, tetapi yg lebih unik ialah ‘lenggok’ gaya percakapan itu....sangat tersendiri.... dan istilah-istilah yg diguna-pakai terhadap sesuatu perkara... memang orang Tranung gemar mencipta istilah tertentu, dan akhirnya diterima pakai secara umum....


Contohnya SKODENG... skodeng bukan ada makna apa-apa, bukan diambil dari bahasa lain, bukan singkatan dari apa-apa perkataan lain... ia suatu istilah yg timbul secara spontan gitu je... ikut sedap mulut je... akhirnya, semua orang tahu apa itu skodeng....


Orang lelaki Terengganu sangat minat bola sepak dan ramai yang pandai main bola..... walau sebaik manapun perangai orang Tranung, tapi masa lawan bola dalam padang, ia jadi bekeng....


Orang ppuwang Tranung, kalu yg berniaga... tak kira ah jual goreng pisang ke, gerai nasi dagang ke, jual pulut lepa ke, jual laksa ke.... kalu maju sikit, mula ah ia jadi bekeng.... muka masang ccattung sokmo, kuat belebel pulak tu.... Ha ha ha!


Aku suka negeri Terengganu kerana....... ramai orang melayu!


Kpd orang luar, faham ke kalau ada budak Tranung kabo...”owoh, pale botok, bodi kkattang...bijok ah muke..!”


Atau kalau ada orang tanya...”Doh guane mung...koho lame koho koho ning..?”


Pahang dok..?


fiza say :: bangga jadi anak Trannung....hehehe...


Tuesday, June 7, 2011


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

fiza say :: suke sangat dengar lagu ni...sekarang ni pun tgh top kat semua corong2 radio...kalu nak dengar lagu ni search youtube.com

;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes