PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, August 5, 2012

Assalamualaikum...

cam hangat jer tajuk tu kan...seringkali ramai org bertanya-tanye bila kamu nak kahwin atau ayat yang biase kita dengar "bile nak makan nasi minyak..???". kadang-kadang fiza dah tak tahu nak jawab macamana, ramai yang cakap yang fiza ni memilih sangat, tapi pada pendapat fiza tak salah untuk memilih sebab tu hak masing-masing dan juga untuk masa depan fiza. betul tak.semua orang nak kawan kan, nak ada pasangan dan ada family yang bahagia. betul tak..??? So sekarang fiza dah jumpa dan tahu jawapan apa nak jawab bila ada orang tanya kenapa belum kawen lagi atau bila nak tamatkan zaman bujang, so kalu nak tahu inilah jawapanya. jom kita sama baca dan fahami setiap baris patah perkataan dengan jiwa yang terbuka.



Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”
Wallahu’alam

fiza say :: lepas ni tak perlu tanya lagi er...sebab anda semua dah tahukan jawapannya kenapa....????



;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes