PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, August 21, 2011

1. Rakaat 1 sampai 8, saf penuh berbaris-baris. Semua kelihatan bersemangat.

2. Selesai rakaat ke 8, makmum mula berpusu-pusu keluar masjid. Saf mula tinggal sebaris setengah.

3. Setelah itu, mula kedengaran bunyi bising di luar masjid. Bunyi mercun. Adegan kejar-mengejar. Budak-budak la ni. Orang tua, dok berasap.

4. Masa imam tengah angkat takbir, ada makmum yang masih duduk. Bila tok imam dah nak abis baca surah sebelum rukuk, baru kelam kabut nak angkat takbir. Konon nak hilangkan lenguh sekejap. Tok Imam tak lenguh?

5. Selesai rakaat ke 20, makmum mula penuh kembali untuk solat witir. Biasanya kanak-kanak. Sebab lepas tu nak ambik moreh. Kalau masjid tu tak ada moreh, jangan harap ada yang patah balik nak solat witir.



Tahukah anda?

1. Solat Terawih hanya ada pada bulan Ramadhan. Alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak mahu mengambil peluang ini.

2. Solat Witir adalah solat sunat yang paling dituntut untuk dikerjakan. Ini bermakna, tidak lengkap solat terawih itu tanpa disusuli solat witir. Witir itu lebih besar kelebihannya.

3. Kalau tak mampu buat tarawikh 20, buatlah 8 rakaat. Itu lebih baik daripada tak buat langsung. Tapi, janganlah berkira sangat nak beribadat kepada Allah.

Sekadar nasihat untuk diri sendiri...
Add caption

Thursday, August 18, 2011

Pertama kali dengar lagu ni terus jatuh cinta...best sangat....syabas untuk KRU kerana mengeluarkan satu lg kumpulan dan lagu2 yg best....


fiza say >>>> BESTKAN LAGU NIE? finally ini lirik penuh berdua bersatu by
forteen! enjoy k!

Tuesday, August 16, 2011

"Berpuasa pada bulan Ramadhan dan berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan akan menjauhkan fikiran jahat daripada hati dan membersihkannya."

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan.

“Ya Allah, kurniakanlah untuk kami cintaiMu, cinta orang-orang yg mencintaiMu serta amalan yang dapat mendekatkan diri kami kepada cintaMu…

Ya Allah, segala pemberianMu yg kami sayangi, jadikanlah ia kekuatan utk kami mencintaiMu, dan segala apa Engkau pisahkan dari kami, sedangkan ianya amat kami sayangi, maka jadikanlah ia ruang untukcintaMu dalam diri kami…

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan utk mengutamakan cintaMu, melebihi cinta kami kepada keluarga, harta benda dan meskipun air yang dingin ketika dahaga…

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu, para MalaikatMu, nabi-nabiMu, para RasulMu serta hamba-hambaMu yg soleh…

Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan cahaya cintaMu dan jadikanlah kami antara hamba-hamba yang Engkau cintai…

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan untuk mencintaiMu sepenuh hati kami dan redha kepadaMu atas setiap segala usaha kami…

Ya Tuhan kami, jadikanlah kami bagi-Mu akan apa yang Kau cintai…”

Assalamualaikum.. Alhamdulillah sudah 16 hari kita berpuasa, namun sehingga ke hari ini tiada sekeping pun kad raya fiza terima.. kalau 10 tahun dulu, masa ni dah berkeping-keping kad raya fiza terima.. siap berlumba-lumba dengan kawan-kawan lain siapa dapat kad raya paling banyak..

Hmm.. sekarang ni ucapan raya hanya diterima melalui emel, facebook, sms atau mms.. selalunya malam raya barulah ucapan raya tu diterima melalui sms/mms.. hinggakan jem talian.. Dulu.. bila dah 2 minggu puasa, fiza sibuk mencari ranting pohon buluh untuk dihiaskan dirumah dengan gantungan kad-kad raya.. Sekarang ni nak cari pohon buluh pun dah payah.. Dulu.. bila dah 2 minggu puasa, fiza dengan pak sdare sibuk mencari buluh untuk dibuat 'punjut'.. batang buluh sepanjang 3-4 kaki.. ditebuk 3-4 lubang untuk dijadikan pelita, dihiaskan keliling rumah & sepanjang lorong kerumah.. sekarang ni bukan hanya buluh susah nak cari.. minyak api/gas pun susah nak cari!

Orang sekarang dah tak pasang pelita lagi dah. orang sekarang hanya pasang lampu lip-lap jer (kelip2).. itupun dah tak banyak orang pasang.. maklumlah, orang sekarang ni bz belaka.. Dulu.. kalau 2-3 hari lagi nak raya, orang dah sibuk anyam ketupat.. ketupat bawang lah.. ketupat 4 segi lah.. tapi orang sekarang takde masa nak anyam ketupat.. rebus ketupat segera jer.. lemang pun beli jer.. ramai orang jual.. Dulu.. dari awal puasa orang berpusu-pusu pergi terawih, paling seronok adanya juadah, siap bungkus boleh bawak balik lagi...tapi sekarang masjid pun sunyi kalau ada pun hanya 2 saf saja di belakang imam, semua orang bz kerja...

Dulu...paling meriah bakar mercun takde pula tangan, kaki dan muka kita kena mercun. Berlumba-lumba buat meriam buluh...okey jer...tapi sekarang berlumba-lumba pulak masuk news kanak-kanak yang cedera parah dan ada juga yang meninggal dunia gara-gara mercun...

Argh.. itulah antara kemeriahan raya yang telah dilupakan oleh orang zaman sekarang.. orang sekarang terlalu bz.. masa untuk bersama keluarga & jiran tetangga amat terhad.. Masa sudah berubah...segalanya semakin dilupakan..rindunya fiza pada zaman remaja dulu-dulu!

Monday, August 15, 2011


Akhirnya setelah sekian lama menanti, pemain no.1 dunia Lee Chong Wei gagal lagi untuk bergelarsebagai juara dunia setelah ditewaskan musuh tradisinya Lin Dan pada perlawanan akhir yang sungguh mendebarkan. Lin Dan menewaskan Lee Chong Wei dalam 3 set 20-22, 21-14, 23-21.

Setelah 19 edisi Yonex WBF championship diadakan semenjak 1977, impian Lee Chong Wei untuk mencapai kejuaraan untuk edisi ke 19 yang berlangsung di London, England kali ini gagal sekali lagi. Perlawanan yang mendebarkan ini menyaksikan pertarungan sengit antara dua jaguh dunia ini saling mengejar mata. Set pertama menyaksikan deuce diperlukan oleh Lee Chong Wei untuk menamatkan perlawanan setelah mata terikat 20-20 pada satu ketika. Namun begitu Lin Dan cemerlang di set kedua dengan memenangi perlawanan dengan mudah.

Set ketiga menyaksikan Lin Dan mendahului sejak dari awal permainan, namun Lee Chong Wei berjaya mendahului pada mata 11-10. Akhirnya setelah kejar mengejar mata berlarutan sehingga penghujung perlawanan, Lee Chong Wei berjaya ditewaskan dan Lin Dan berjaya menamatkan perlawanan dengan 23-21.

fiza say =>> aper pun yang terjadi fiza tetap sokong Lee Chong Wai...

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud

Dalam tidak sedar.

Setiap hari kita memohon didalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima.

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.

Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita.....

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini.. sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.

Tetapi hati antara tidak dan mahu... maka pantaslah Allah perlakukan kita begitu.


Sunday, August 14, 2011


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris

Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu bahagia dari kasih Ilahi

Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk

Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari...

Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya agar kita tumbuh besar dan kuat


Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan

Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain

Bukan membahagiakan diri sendiri


Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina

Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri...

Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi


Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya

Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan

Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh

Untuk mengawal kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan

Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...


Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera

Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur

Dan menyedari itu kebahagiaan dari cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya.


Tuesday, August 9, 2011

Assalamualaikum semua kawan2 fiza...

rase rindu sangat sbb dah lamer x update...sabo jer la...ni adalah sambungan dari citer fiza yg dulu...kalu kawan2 tak jenguk lagi story yg dulu tu leh la jengok kat sini.....nak thu tak citer per...fiza dah lulus amik lesen kereta pada 08082011 (isnin)...syukur sangat2...so sekarang fiza dah dapat bawak kete..(tp kete xde lg nak bawak cam ner) huhuhu....in proses.....

Aper la nasib fiza dapat JPJ cam tu.. punya la garang...dia marah fiza macam2..sabo jer la..dlm hati kalu fiza x nak lesen ni dah lamer fiza hentam balik..dia suruh fiza bawak kete 100 km sejam...giler ke aper...tp fiza try jgak la bawak 80 jer...bile fiza bawak slow dia marah lak...dalam hati sabo jer la...dia marah fiza sampai kuo air mate..tp tahan jer la...jahat punya JPJ... ikutkan nak sekek2 jer...tp nak bt cam ner kuasa bg fiza lulus kat tangan dia...so dalam hati pujuk diri sendiri supaya bersabor...pahtu bile fiza diam dia kater fiza bisu dan tak korek telinga sbb

tak ikut ckp dgn dia dan tak dgr aper yg dia arah...fiza bt bodo jer...fiza dah tak tahan lagi..akhirnya terkeluar dari mulut fiza"ikut encik la nak bg lulus ke tak ke saya. saya terima jer...saya redha jer...." ayat pasrah...hehehe....

banyak punya dia sembang sampaikan fiza tak sedar tup2 dah sampai kat blajar kereta (Bitara).. dalam hati mmg aku dah x lulus lg kali ni...mase tu fiza dah tak der prasaan langsung..tak rase aper2 pun.. sedih tak der, suke aper tah lg.. yg ader cuma geram ke JPJ tu jer... tp alhamdullillah bila dia bg result, fiza gembira sangat2....syukur sangat2...tak sangka dalam jahat2 dia ader jugak baiknye.... time kasih encik JPJ.....


fiza syukur sangat tahun ni, pada bulan pose ni rezki fiza murah sangat Allah Taala berikan untuk fiza... insyaallah raya tahun ni langkah panjang la fiza... insyallah....



fiza say ::: syukur sangat2 ya Allah kerana KAU telah permudahkan segala urusan ku...

Thursday, August 4, 2011



Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa

fiza say :: jom kita layazz lagu ni....


Monday, August 1, 2011


Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalan
ya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

fiza say :: suke dengar lagu ni...lagu ni adalah lagu tema drama bersiri Annissa... biest citer tu kan.. kisah 4 sahabat yg sangat akhrab tp akhirnya kecundang jua... knp ia terjadi... ??? tepuk dada tanya hati.....

;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes