PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, December 29, 2010

3 janji pada diri sendiri [ untuk membuat Anda bermotivasi ]

1. Janjilah pada diri Anda yang Anda mahu mulakan hari ini dengan penuh kepositifan. Pilih untuk menjadi bersemangat sepanjang hari ini,berasa ghairah memulakan kerja, ghairah mengurus keluarga, ghairah melakukan apa yang menjadi minat Anda. Berjanjilah pada diri sendiri untuk melakukan tahap terbaik, penuh fokus, penuh istiqamah.




2. Janjilah pada diri sendiri Anda TIDAK akan cuba untuk menghampiri tanggapan-tanggapan negatif walau sedikitpun.Beritahu diri Anda (dengan kerap) yang Anda tidak akan memberi ruang pada kenegatifan. Walau apapun yang terjadi, janjilah pada diri sendiri yang Anda mahu kekalkan keseronokan, kecintaan, keceriaan Anda sepanjang hari, start dari bangun pagi sampailah ke waktu tidur!



3. Janjilah pada diri sendiri Anda akan memberi respon positif pada setiap satu situasi-situasi yang Anda lalui nanti.Berjanjilah pada diri Anda yang Anda hanya akan mengambil keputusan positif, Anda akan hanya akan melihat yang positif disebalik yang negatif, walau buruk cemanapun kenegatifan yang mungkin Anda akan hadapi. Cabarannya mungkin sangat besar, caranya mungkin terasa agak susah tapi cemanapun susahnya, Anda tekad untuk hadapinya dengan attitude positif Anda.


Malaikat maut ziarah kita setiap 21 minit
Berapa Kali Malaikat Maut Ziarah Kita?


Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a., bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, ' Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.' ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang bergelak ketawa.
Maka berkata Izrail:

' Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa'

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit1440 minit / 70 kali malaikat menjenguk kita= 20.571 minit

BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT.



Tuesday, December 28, 2010

Usaha ganggu tumpuan pada perlawanan akhir Piala Suzuki


JAKARTA: Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok.

Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.

Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal.

Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan.

“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi.

Info : Berita harian

P/S :: cam la pemain MALAYSIA nak tengok sangat...hehehhe...

Monday, December 27, 2010

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat
setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa
berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap ka
ta-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.



10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20 ] .Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]

Tahukah anda! khasiat daun apakah yang sering ingin diketahui oleh orang ramai? saya baru sahaja check menggunakan Keyword Tool di Google.. Rupa-rupanya ramai yang ingin mengetetahui khasiat daun sirih. Saya tidak pasti mengapa daun sirih ini disukai ramai. Walau apa pun.. kepada yang ingin mengetahui khasiat daun sirih.. di sini saya ceritakan serba sedikit tentang khasiatnya..

Sirih atau nama saintifiknya Piper betle sering digunakan dalam perubatan traditional Melayu. Biasanya, Sirih digemari sebagai kudapan di kalangan orang-orang tua. Daun sirih dimakan bersama-sama gambir dan kapur sebagai makanan harian pada waktu lapang. Kadang-kala ia dijadikan hidangan kepada tetamu.Walaupun begitu, dewasa ini bilangan penggemar sirih semakin berkurangan.

Sirih mempunyai nama yang berbeza-beza, antaranya sirih carang, camai, kerekap, serasa, cabe, kengyek atau kerak. Kebiasaannya, pokok sirih ditanam di kampung-kampung. Namun begitu terdapat juga pokok sirih yang tumbuh meliar di kawasan semak-samun. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga boleh didapati dengan mudah di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.

Dalam rawatan tradisional, sirih dimakan bersama gambir untuk mengatasi cirit-birit. Daun sirih juga berkesan untuk meredakan sakit gigi. Malah ia juga berkesan untuk melegakan demam panas. Alahan terhadap udara panas atau makanan-makanan tertentu boleh menyebabkan seluruh badan terasa gatal dan miang serta ditumbuhi bintil-bintil merah dikenali sebagai gelegata. Penyakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sirih yang dilayur diatas api kemudian disapu pada kulit ketika daun masih panas.

Daun sirih juga boleh menghilangkan masalah gatal-gatal di bahagian kemaluan, dimana air rebusannya digunakan untuk mencuci di bahagian sulit yang gatal. Daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung , daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.

Selain itu, Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai pengeras, iaitu sebagai syarat yang diberikan kepada bomoh apabila bomoh itu mengubati seseorang pesakit. Ia juga dijadikan hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.

P/S :: air rebusan daun sirih sangat sesuai untuk mak dara dan anak dara.....nak tahu khasiatnye cubalah sendiri....



SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’.

Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.

Ia meletakkan Malaysia kini sebelah tangan untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.

Namun kejuaraan mutlak untuk edisi kelapan ini hanya akan ditentukan selepas berakhirnya final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.

Pada aksi malam tadi, suasana bingit oleh 75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan.

Namun pemain sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani dan pemain sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal kempunan untuk beraksi pada final kedua nanti kerana memungut kad kuning kedua.

Oktovianus dilayangkan kad kuning seawal minit kelima sebelum Amirulhadi menerima nasib sama pada penghujung babak pertama.

Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.

Masa permainan berjalan selama enam minit tanpa aksi cemas tetapi tidak sampai seminit selepas ia bersambung semula, Malaysia berjaya memperoleh gol pertama.

Jaringan pada minit ke-59 itu terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo dari penjuru kanan melepasi Maman Abdulrahman dan melorongkannya untuk dirembat masuk oleh Safee.

Hanya lapan minit kemudian, Malaysia terus selesa dengan gol kedua juga menerusi gerakan Norshahrul dari sebelah kanan tetapi kali ini lorongan cantiknya disudahkan pula dengan rembatan Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi.

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila mem peroleh gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan cantik Safee hasil hantaran lintang S. Kunanlan dari sebelah kanan.

Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.

Indonesia sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana mereka terlalu gemar untuk melakukan protes kononnya penjaga gol diganggu oleh pancaran laser.

Yang peliknya, mereka akan melakukan protes setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.

Apa yang pasti, bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.

Ia sekadar helah penjaga gol Indonesia untuk menyembunyikan gementarnya.

Info Dari :: KOSMO

Thursday, December 23, 2010

Enam persoalahn hidup yg. telah dikatakan oleh Imam Al-Ghazali , pernahkah kita merenung mengapa ia berkata begitu?

1) Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?

MATI

Mungkin kerana mati sentiasa mengikuti kita ataupun kita selalu tidak sedar bahawa kita akan mati bila-bila masa apabila sudah sampai ajalnya.

2) Apa yang paling jauh daripada kita di dunia ini?

MASA LALU

Semakin hari semakin jauh kita meninggalkan masa kanak-kanak kita yg. suci dari dosa dan kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu,kita harus berhati-hati dengan segala perbuatan kita agar ianya selaras dengan tuntutan syariah.

3) Apa yang paling besar di dunia?

NAFSU

Manusia sering dikuasai oleh nafsu sehunggakan mereka sanggup bertuhankan nafsu. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengawal tindakan dan perlakuan kita.

4) Apa yang paling berat di dunia?

MEMEGANG AMANAH

Kita sanggup membawa amanah yang akhirnya tercicir begitu sahaja.Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Bagaimanapun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

5) Apa yang paling ringan di dunia ini?

MENINGGALKAN SOLAT

Orang semakin memandang ringan terhadap ibadat dan sanggup meninggalkannya kerana merasakan urusan dunia lebih utama.

6) Apa yang paling tajam di dunia ini?

LIDAH MANUSIA

Walaupun pedang itu tajam sifatnya namun ianya tidak dapat menandingi kehebatan penangan lidah kerana malalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


Wednesday, December 22, 2010

Assalamualaikum....

dulu kiter dah share entry sifat keperibadian untuk bulan SEPTEMBER... Bulan kelahiran kiter kedunia.... So kali ni kiter nak share zodiak virgo iaitu antara tarikh 22 Ogos hingga 23 september...kiter lahir pada 21 september 19**....

Untuk Miyoko Fiza yang berbintang Virgo, berikut ini adalah tanda-tanda Zodiakmu:

VIRGO - Yang Menunggu
Dominan dalam hubungan. Seseorang sedang mencintai mereka. Selalu menginginkan kata terakhir. Perhatian, cerdas , nyaring, setia, mudah diajak bicara. Contoh orang yang Anda inginkan, mudah disenangkan.




**zodiak virgo untuk bulan disember 2010

P/S :: $#%*&%#@$#@&


Assalamualaikum....

jom kiter tengok aper itu JANTUNG dan aper itu HATI....


Dari segi bahasa :

Qalb = Jantung (Melayu), heart (Inggeris)
Kabid = Hati (Melayu), liver (Inggeris)

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam masih kanak-kanak. Beliau pernah dibelah dadanya oleh Malaikat Jibril untuk dibersihkan Qalb-nya. Dengan demikian yang dibersihkan adalah Jantung bukan liver (hati), kerana Jantung terletak didada.

Jika anda jatuh cinta kepada suami atau isteri, pasti yang berdebar-debar kencang itu adalah jantung, bukan hati


Qalb adalah pusat pemikiran dan pemahaman.

Pernah seorang pakar jantung bertanya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”.

Dia bertanya lagi mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.

Huraian: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.

Cumanya, orang Melayu menterjemahkan ‘you are in my heart’ sebagai ‘awak dalam hatiku’ padahal hati dalam bahasa Inggeris ‘liver’ bukan heart. Namun ‘heart attack’ tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan hati. Begitu ‘heart disease’ sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana ia berkaitan sakit, jika salah terjemah buruk padahnya.

Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya hati. Orang boleh derma hati dan terus hidup, namun tidak mungkin boleh derma jantung dan terus hidup.

Persoalannya: Kenapa hati tidak disebut jantung...Tetapi jantung selalu disebut Jantung Hati? Yang berbakti kepada kita adalah Jantung tetapi yang selalu disebut-sebut adalah hati...ermmm


Tuesday, December 21, 2010


Apekate kiter semua layazz lirik lagu ni...rase diri ini amat kerdil
disisiNYA.......




*Tenangkan jiwa lapangkan hati untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T
dan yang selebihnya berserahlah kepadaNYA..



Assalamualaikum.....

Mesti kawan2 pernah dengan ayat ni kan "Apa yg penting kerjasama"...pasti semua pernah dengarkan, tu kan ayat dalam citer WONDER PET....3 ekor sahabat yg sentiase bekerjasama untuk menyelamatkan kawan2 lain yg berada dalam kesusahan.... aper kater kiter nyanyikan lagu wonder pet ni sama...........jom....

Kring! Kring!
Telefon, telefon berbunyi
Telefon, kami datang
Telefon..telefon berbunyi
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya
Ada haiwan dalam bahaya di sana

liny, tuck..dan ming-ming juge,
wonderpets datang membantu,
Apa yang penting kerja sama
Apa yang penting kerja sama

Wonderpets, wonderpets, kami datang
Membantu anak haiwan dalam kesusahan
Kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah
Heyy.. wonderpets.. Yeyyyy



Linny the Guinea Pig, usia 5 tahun,
ketua Wonder Pets. Sebagai wira, dia memakai topi besbol kuning dan mantel biru. Linny nampaknya adalah ahli yang paling bijak di kalangan mereka kerana dia selalu memberikan pelbagai maklumat haiwan dan geografi kepada yang lain. Selalunya dialah yang mengingatkan kumpulannya mengenai nilai kerjasama dan lain-lain.

Turtle Tuck, 4 tahun
seekor tuntung yang peramah. Apabila menjadi wira, dia memakai topi kelasi berwarna putih, kasut sirip biru, dan mantel merah. Tuck merupakan ahli yang paling empatetik kerana suka membantu menenangkan haiwan apabila Linny dan Ming-Ming melaksanakan operasi penyelamat. Tuck juga menampakkan kemahiran pemerhatian yang tajam, iaitu boleh menjumpai benda dari jauh.

Ming-Ming Duckling, 3 tahun
seekor anak itik yang ghairah. Sebagai wira, dia memakai topi keledar juruterbang, gogel, dan mantel hijau. Dialah satu-satunya ahli yang boleh terbang. Dia juga boleh berkomunikasi bersama burung-burung lain dalam "bahasa burung". Ming-Ming jgua percaya bahawa dia berketurunan burung helang. Adakalanya Ming-Ming cuba menyelesaikan masalah dengan sendiri dan pernah sekali dia sendirinya menjadi haiwan yang memerlukan bantuan. Ming-Ming memainkan peranan pelawak dalam rancangan ini.

*menatang yg kecik ni pun tau bekerjasama,siap laen2 jenis lagi..
tikus, kekura ngan itik bleh bekerjasama untuk selamatkan menatang laen plak tuh..orang zaman sekarang nk bekerjasama pun susah..nk tolong sesama sendiri pun aper tah lagi..


p/s :: knp dengan aku tetiba je boleh citer pasal wandor pet ni..... *&%$&#%&#




Monday, December 20, 2010

Assalamualaikum...

yey..yey...kiter dapat award blog comey lagi....time kasih kepada yg sudi memberi...kiter hargai sangat2...kali ni kiter dapat dari
Cahaya Azyla...time kash byk2...






Assalamualaikum....

pada Sabtu / 18.12.2010 seorang lagi sepupu kiter telah selamat ditunangkan dengan pasangannye....meriah sangat..kali ni semua saudara mara, sepupu sepapa dapat berkumpul kembali...hehehhe....pada mulanya majlis ni nak bt pada ari jumaat tp ader perkara yg tak dapat dielakkan iaitu atuk saudara kiter balik dari Mekah..so kena la tunda kepada ari sabtu...aper2 pun tahniah kiter ucapkan kepada sepupu kiter iaitu

NADIA & AMIR





































P/s :: Bile pulak giliran kiter ek....Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu..............

Sunday, December 19, 2010


Diwaktu keseorangan
Berbisik sunyi udara senja menyapa tubuh
Aku memerhati alam ciptaan-Nya
Yang penuh keriangan
Dengan rimbunan tumbuhan yang menghijau
Burung-burung keriangan bebas berterbangan
Tatkala mentari terbenam di ufuk barat
Menggantikan siang terus malam sungguh
mendamaikan

Akukah itu
Yang masih berdiri
Merenung dengan fikiran kosong
Tanpa pengertian abadi
Inginku jadi rimbunan pepohon
Mendamaikan setiap mata yang memandang
Inginku jadi sang burung
Terbang meneroka luas di angkasa
Atau seperti malam dan siang
Tetap setia walau di mana
Hakikatnya

Oh TuhanAkukah hamba itu
Yang belum pasti tentang kehidupan
Yang Sentiasa mencari
Cahaya ketenangan dalam
Lamunan damai mimpiku acap kali
Malamku…



Assalamualaikum semua kawan2 tersayang....

Baca tajuk pum korang semua dah tahu kan...so kali ni kiter nak share ngan korang semua aktiviti kiter pada hujung minggu baru ni...aktiviti ni mesti la pada ari jumaat kan..sebut pun ari minggu...ni bg yg kat pantai timur je la...kalu kat negeri lain ari minggu ari ahad kan....


so berbalik pada entry kiter, jumaat/17.12.2010 (kiter suke letak hari dan date kat sesuatu event sbb senang untuk imbas kembali) kiter nak sepupu kiter (2 org) dah tahu nak bt per...nak kuo malas...so lepak kat umah jer la..bile cuti sekolah sepupu kiter akan datang umah kiter, so tak der la boring sangat...dia la tempat kiter bermanja, tempat bergaduh, dgn erti kater semua semua dia la.

.
ni la sepupu kiter

Aktiviti yg kiter lakukan ialah melukis dan mewarna lukisan...teringat kiter zaman sekolah rendah dulu2 mase darjah 1 dan 2...bile lukis lukisan jer mesti lukis permandangan rumah tepi sawah...kiter sebenarnya tak la tahu sangat melukis ni tp SPM kiter dapat 2 (puji diri sendiri). dalam tak tahu melukis dapat result smp terkejut sangat sbb lukisan paling tinggi...biar btl aku ni...hehehehhe.....dah panjang lebar kiter citer er...ok jom kiter tgk hasil seni kiter bertiga..yang siapa yg paling cantik...hehehhe....


hasil lukisan kak ira



hasil lukisan adik



ni lak kiter punyer

P/S : buruknyer yg aku punye....hehehehehe


Thursday, December 16, 2010

Assalamualaikum semua kawan2...

skrang ni ari khamis / 16 Disember 2010 / 03.20 ptg follower kiter dah mencecah 100 org genap...alhamdullillah kiter suke sangat sbb blog kiter ni telah mendapat sambutan kawan2 blogger...kiter hargai sangat2 kepada kawan2 semua..tanpa kalian semua sapa la kiter ni kan...kiter akan terus berkarya untuk blog kiter ni...dan kiter harap akan ramai lagi yg akan datang berhijrah ke blog kiter serta jgn luper untuk jadi follower kiter...bukan aper untuk jalinkan ukhwah...insyaallah kalu anda nak kiter jadi follower anda semua boleh la tinggalkan pesanan anda kat JOM BORAK kat ruangan blog kiter....insyaallah kiter akan follower anda pulak..

Follower yg bertuah ialah CIK MYRA.YUSOF



P/s :: kalu dah datang blog kiter jgn luper klik aper yg ptt er....ok kawan2...jasamu amat ku kenang......



;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes