PiLiHaN BaHaSa

Follower

Tuesday, January 31, 2012

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh.. 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa- dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

Monday, January 30, 2012

Pengenalan : Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.


Punca : Migraine merupakan sakit kepala yang berulang-ulang disebabkan oleh sesuatu sebab.
Trigger factor (faktor penyebab) migraine berkemungkinan faktor hormon seperti ketika datang haid, mengamalkan pil perancang, faktor persekitaran seperti suhu yang terlalu panas atau sejuk, cahaya terlalu terang atau bunyi yang terlalu bising, faktor stress seperti kurang tidur, tension, banyak memikir dll.,


faktor pemakanan seperti makanan masam (jeruk, buahan sitrus), makanan berperisa /perasa/ pengawet/pewarna tiruan (ajinomoto, maggi mee), makanan mempunyai xanthine (cokelat), makanan tenusu (keju, susu), minuman berkafein (kopi, nescafe, coca-cola), makanan yang unik untuk individu (pulut, mee kuning, durian, buah pala) dll.


Untuk mengelakkan migraine, faktor penyebab perlulah dikenalpasti dan dielakkan.
Anda dinasihatkan untuk mendapat pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti punca sakit kepala selain dari di atas.


Jenis-jenis atau Punca Penyakit : Migraine juga ialah sejenis penyakit keturunan. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yg lebih tinggi daripada lelaki.



<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<


Kata org..sakit itu penghapus dosa..huhuhu..saat migrin menyerang mmg sgt sakit..kesakitan yg x dapat di luah dengan kata2..hanya Tuhan jer yg tahu ape yg fiza rasa di saat itu..seingat fiza sejak fiza kerja kat JB ag fiza mula sedar kepala fiza selalu sgt sakit..

sakit fiza berlarutan sehingga sekarang. .saat migrin datang menyerang fiza x boleh wat ape2 keje pun..riak muka turut berubah..namun fiza selalu cuba melawan sakit itu..fiza kuatkan jua diri..sampai la ke titik akhir kudrat...fiza tidak mampu lagi tertahan kesakitan yang amat sangat..seperti ada batu yang dihempap atas kepala..rasa nk muntah...pandangan mata jadi samar..urat mata mencengkam..sakit giler la.
.
migrin fiza mula teruk semasa fiza kerja kilang kat JB..tiap kali fiza migrin..fiza memg x ingat aper..yg fiza tau..kepala fiza sangat sakit..fiza akan wat aper saje di luar kawal..plg teruk fiza x rasa sakit pun bila hentak pala ke dinding ke..tarik rambut sekuat hati..oh...deritanye...sure fiza keesokkan harinya fiza MC..dan bila da ok..wahh..bengkak sana sni kulit kepala..hahaha..nk sikat rambut pun sakit..tu la..padan muka fiza jugak..fiza kurang suke makan ubat bila sakit..xnak amalkan...mak la yg paksa fiza makan ubat..hehe..ngah sakit2 degil lagi..mane x kne marah..huhu..

TERIMA KASIH untuk mak yg selalu ada ngan fiza tika fiza sedang derita melawan migrin..huaahuaa..dan semakin hari...fiza ingat fiza da sihat...tp sejak dua menjak nih..da dtg lik...huhuhu..sangat kerap..huhu..mybe sbb cuaca kot..panas sgt...

fiza x ingat ape yg berlaku semalam..yang fiza tau..tetibe fiza rasa kepala aku sgt berat..sgt sakit..diketuk2nye kepala..dihentak2..aduh..sakitnye saat tuh..oh tuhan kurangkan deritaku ini..sesungguhnya ini dugaan buatku..aku terima..fiza redha..berikan fiza kekuatan melawannya..


fiza sememangnya tidak suke ada org lain ketika migrinku merinduiku..huhu..klu fiza sakit kepala..fiza lebih selesa bersendirian..biar fiza sendiri..fiza x nak mereka di sekelilingku risau dan bimbang..dan kebiasaannya migrin dtg pd waktu malam..fiza x nak menyusahkan org lain...fiza bisa sendiri melawannya..fiza tau mereka x sanggup melihat fiza tika fiza sedang melawan migrin ni..fiza x nk nyusahkan sesiapa...maafkan fiza semua..

dan untuk kamu..no need to worry..fiza bisa menghadapinya sendiri..fiza okey2 aje..x perlu gundah gulanakan hatimu itu..x perlu la...nway thanx 4 the concern..ada yg lebih memerlukan perhatianmu...

InsyaALLAH...fiza masih boleh bertahan..Allah bersamaku.. dan....air mata terus mengalir..
sedar2..da pagi...


Wednesday, January 18, 2012


 Fiza Say :: marilah kite same2 mengamalkan doa harian ni, insyaallah hidup kite akan lebih diberkati oleh Allah S.W.T...
AMIN..


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084).
Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”.  (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.
“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21).



 Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti:
“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50).
Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).
Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.
Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut:
“Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah).
Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan:
“Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).



Meskipun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai rasa malu, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48).
Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat .
Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada Rasulullah dengan menyampaikan pesanan Khadijah ra:
“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….”  (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).
Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya:
Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan: Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata:
“Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari: Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah:
“Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya”.  (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj).
Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.
“Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya”  (Surah Al-An’am : 38).
Islam adalah agama yang syumul. Hiduplah dibawah panduan syariat semoga bermanfaat di dunia dan akhirat. InshaAllah.

Waallahualam.

Oleh Ustaz Emran Ahmad.

Sedikit Ulasan Dari Ustaz Azhar Idrus:


sumber :: Rakan Facebook




Wednesday, January 11, 2012

Kalau korang tension, atau tak puas hati kat satu-satu perkara, apa yang korang buat? Errk, tak payah jawab kot. Pasal aku tau jawapannya. Mesti korang luahkan rasa tak puas hati tu kat facebook kan?

Itu yang kadang-kadang kita boleh nampak ramai mencarut. Cakap kasar. Kutuk-mengutuk, mengeji orang lain, dan macam-macam lagi. Ish-ish..

Contoh, bila ada salah faham sikit dgn kekasih hati, mula la post status camni:

"Perempuan memang suka menyusahkan lelaki. #$%^&# betol..!!"

Weh, orang lain bace kot status engko tu. Sepertinya, engko marahkan semua perempuan. Hanya disebabkan engko berselisih faham dgn kekasih hati engko tu.


Contoh lain, aku tengok ramai yang post camni kat facebook:

"Fcuk. Mangkok la ko. Aku tak cari pasal ngan ko kan? Apsal ko kacau hidup aku hah..!!"


Lolz, engko tujukan kat sape? Orang tu confirm ke dapat mesej engko tu? Entah-entah, budak tu facebook pon dia takde. Pastu, mula la ramai menyengalkan diri sendiri dengan tekan "like" status tersebut.


Ini yang orang kata, marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya. Tak pasal-pasal dah tunjukkan kebodohan sendiri kat laman sosial. 


Kalau tension, atau rasa geram kat satu-satu perkara. Sebaiknya tak payah la update status yang negatif, yang boleh aibkan diri sendiri.

Banyak lagi benda lain yang korang boleh buat untuk tenangkan diri dan lepaskan tension. Istighfar salah satu cara yang paling mudah, dan mujarab untuk kawal perasaan kita dalam masa yang singkat. Tak percaya? Lepas ni cuba la..



Setiap orang ada tahap tensionnya tersendiri. Jangan ingat masalah kita paling besar berbanding orang lain. Apa yang bezakan setiap individu adalah cara bagaimana kita kawal "stress level" dalam diri sendiri

So, lepas ni jangan lepaskan geram kat facebook lagi yek. Sebab cara tu takkan buatkan perasaan negatif korang tu berkurang. Tapi, sebaliknya. Hanya pamerkan kebodohan sendiri kat orang lain. Ingat kata-kata aku ni ye.. 

Monday, January 9, 2012





Sunday, January 8, 2012

Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,
Memberi serela jiwa.
Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tiada bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.
Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya.
'Ikhlas ke aku?'
'Ikhlas ke dia?'

Tapi mereka selalu kata,
'Saya ikhlas'
Mereka selalu persoalkan,
'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di tengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang di hati.

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,
'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.'
 (Hadis Qudsi).
Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA
“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga dituntun hati kita dengan CintaNya,
Terarah langkah kita selari dengan redhaNya

Hati-hati menjaga hati:)

Thursday, January 5, 2012




fiza say :: pertama kali dengar lagu ni hatiku jatuh cinta pada lagu ni...
mmg best...
Usah diungkit...Sejarah dulu...Luka yang pahit..Biarkan berlalu...!!!!


Assalamualaikim...

hari ni fiza bersyukur sangat yg blog fiza ni dah bolrh view.. kalu tak salah dekat sebulan jugak blog fiza ni tak boleh view,,bukan fiza jer yg tak boleh view tp semua kawan2 blogger fiza.. sedaih kan.. tp nak bt camner.. ni semua adalah kerja manusia yg tak bertanggungjawab.. fiza tak thu la aper salah fiza pada dia sampai blog fiza ni terpilih untuk dia heck... tak per... fiza x mampu nak bt per cuma fiza serahkan pada allah biar lah Allah yg membalas jasa baik dia...

blog fiza ni ok sbb fiza minta pertolongan kawan fiza.... ramai kawan fiza yg membantu tp x dapat selesaikan.. tp tak bloeh jugak, fiza dah jadi putus asa xnak berblog lg...ramai kawan2 yg cadangkan create blog baru tp fiza tak nak...fiza nak yg lamer jgak sbb blog fiza ni dah 3 thun lebih dah bersama fiza xkan fiza nak lupekan cam tu jer...btl x.. dalam mase yg sama fiza jgak ada tanyer kawan2 blogger yg lain, ramai yg membantu tp still tak ok jgak.. tp tak per fiza hargai sangat2 pertolongan kawan2 semua...

semalam fiza teringatkan kawan fiza... dia mmg terer dalam bab ni... so fiza dengan muke x malu ym dia melalui fb.. dan alhamdullillah dia sudi tolong fiza...time kasih sangat2.. dan akhirnya hari ni fiza dah dapat view semula..selama sebulan jugak la fiza x blh view... ari ni jgak fiza blh tersenyum manis bile ingatkan blog fiza biarpun blog fiza ni x segelemer cam blog kawan2 blogger yg lain...

fiza Say :: so mulai skrg fiza dah boleh berblog semula....



;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes