PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, April 29, 2012

ketika menonton cerekarama "mencintaimu", fiza teruja kejap dgn perumpaan berhubungkait dengan 5 jari tangan.
(dialog eman manan)....

Pasangan anda adalah anugerah yang tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?
Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya.
1. Ibu Jari
Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.
2. Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.
3. Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.
4. Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargailah pasangan anda!
Thumb represents parents.
Index finger represents siblings.
Center finger represents own self.
Fourth finger represents your partner.
Last finger represents your children.
– Chinese’s philosophy



Thursday, April 26, 2012

Assalamualaikum  dan salam 1 Malaysia kepada kawan-kawan blogger.

kali ni fiza nak share satu lagi video kegemaran fiza. Lagu ni fiza dengar kat Slot Samarinda "MAHABBAH". Lagu ni bukan lagu tema Samrinda tapi lagu yang dimainkan dalam babak- babak Samarinda "MAHABBAH".. Sekali dengar terus fiza jatuh cinta pada lagu ni biar pub fiza tak kenal pada penyanyi lagi ni...
Jom kita layan.....



Album: Sinaran
Song Title: Rindu Bukan Teman
Artist: Ernie Zakri
Composer: Azlan Abu Hassan
Lyrics: Dangsuria Shahadrian
Genre: Pop

Lyrics:

Yang pertama ku bukakan mata
Dari pejam ku yang tiada lena
Bayang majahmu menyentak
Jatungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya

Yang terakhir ku pejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Berdenyut resahku menanti malam tiada hujung

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan


Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya

(kerinduan bukan teman)
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Kerinduan membara
Menjadi dendam yang tak daya ku pujuk ragam
Lalu berpusar bagai ribut
Yang melanda di jiwa

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

(kerinduan bukan teman)
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Dikala kau berjauhan
Dikala kau berjauhan


Monday, April 23, 2012



Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stylel Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS 
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR 
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT 
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun dah mula guna pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Anda rasa apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak. Kalau tunggu kekasih turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
sumber

Fiza Say :: Betul ke ek...????


Sunday, April 22, 2012


untung la orang perempuan kalau dapat cari bakal suami gini...

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.


4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.


5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al- Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”


6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.


7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh 
masuk


8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.

9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam

ni ok, “Ehemm..ramainya 
kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”


10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.

11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.


12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang- kurangnya Maghrib dan Isyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.


14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.


15. Jenis senyum sokmo.


16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – Ustaz Azhar Idrus



sumber : Uztaz Azhar Idrus




Wednesday, April 18, 2012


Duit boleh beli BANTAL dan TILAM, tetapi tidak boleh beli TIDUR...

Duit boleh beli UBAT, tetapi tidak boleh beli KESIHATAN...
Duit boleh beli BUKU, tetapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN...
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tetapi tidak boleh beli KECANTIKAN...




Duit boleh beli MAKANAN, tetapi tidak boleh beli SELERA...
Duit boleh beli RUMAH, tetapi tidak boleh beli KELUARGA...
Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tetapi tidak boleh beli PELAJARAN...
Duit boleh beli HIBURAN, tetapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN...


Duit boleh beli PERNIAGAAN, tetapi tidak boleh beli KEBERKATAN...
Duit boleh beli CINTA, tetapi tidak boleh beli KESETIAAN...
Duit boleh beli ORGAN BADAN, tetapi tidak boleh beli NYAWA...
Duit boleh beli PANGKAT dan KEDUDUKAN, tetapi tidak boleh beli IMAN……

~Renung-renungkan~

Sunday, April 15, 2012


Assalamualaikum
Selamat sejahtera myLOVELY readers!!

Hye korang,, dalam kesibukan yang melanda sekarang..
(student nak exam)
fiza sempat lagi baca novel tau..hehe..
dan sempat update blog nak share dengan korang..
terharu tak?.. ayat poyo di situ..huhu
novel kali ni ialah novel terbitan Alaf21..
dutulis oleh Fatin nabila


 Novel ni,, boleh tahanlah.. tapi tak terkesan sangat di hati fiza.
sebab novel ni tak sedih sangat..hehehe..
Novel ni tak berat sangat jalan ceritanya..
Cepat dan padat.. Tidak berbelit-belit.
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat,, terutamanya muda-mudi..huhu..
apa yang fatin dapat dari novel ni ialah,, kita janganlah terlalu EGO!!!
Selidik dulu sebelum menjatuhkan hukuman kepada seseorang itu..
Lagi satu,, kawin muda banyak halangan dan dugaan nya..
So,, fikir-fikirlah sebelum membuat keputusan..peace.. :)

Kat sini fiza ada capture sinopsis novel SYURGA di HATI

Enjoy ur reading kepada kaki novel sekalian!!
Till then,,
^_^

Fiza Say : tambah 1 lagi koleksi novel fiza....

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehingga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya.






♥ Sebab itulah bayi nampak comel ♥




fiza say:: suke sangat baca artical ni...inilah kekuasaan Allah S.W.T.

Thursday, April 12, 2012


Cinta Kau dan Aku
SITI ROSMIZAH
RM 19.90
ISBN: 978-967-5234-28-6
~684 hlm
Bahasa Melayu
Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.
Can a tomboy accept the love of a man who is also her boss?
Tarikh Terbit: 4 Mac 2009
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Walaupun novel ni dah lama tapi fiza tetap nak membacanya lagi, fiza tak sempat nak beli novel ni...ada siapa-siapa tak boleh tolong fiza dimana fiza boleh dapat novel ni..tak pun kalu ada yang nak jual pada fiza... Harap rakan-rakan blogger boleh membantu..


balik nanti nak pergi cari dan beli novel 7 hari memcintaiku... Harap-harap ada lagi la stok kat kedai buku tu....kalu tak tercari-cari la pulak cam novel diatas tu.... 




Tuesday, April 10, 2012

Salam kepada semua follower blog dan rakan-rakan blogger sekelian.... 



Pejam celik pejam celik follower blog fiza dah 300 follower. tp nak sampai 300 follwer tu fiza rase makan masa lama jugak la..tp tak per..fiza tak kisah pasal follower yang penting blog fiza ni sentiase diterima org rakan 2 blogger yang lain. Fiza hargai sangat2 kerana sudi menterjah blog fiza..


 Masa untuk review blog milik follower bertuah yang ke-300 ini.... ok fiza story skit pasal follower ni, kalu tak silap dia ni blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan blog. so fiza sebagai rakan blogger ingin membantu blogger ni untuk mempromote kepada rakan2 blogger yang lain.





Gambar di atas ini ialah header blog milik NICK NASHRAM Berwarna hijau dan putih, dengan rupa blog yang lebih kemas dan simple, itu saja la yang boleh fiza katakan tentang blog En. Nick Nashram ni.. Jadi, malas fiza nak bebel banyak-banyak, maka sudi-sudikan la korang follow blog rakan baru kita ni.. 


fiza say :: Terima kasih sebab sudi follow blog fiza...:)





Monday, April 9, 2012


Sanggup bersengkang mata malam tadi sbb nak layanABHBP 2011Seperti yang dijangkakan, Aaron Aziz mengungguli trofi Bintang Paling Popular 2011 dengan jumlah undian terkumpul : 87 899.

                                           Keputusan keseluruhan ABPBH ke - 25


                       

                                                PENYANYI LELAKI POPULAR ~ Hafiz

PENYANYI WANITA POPULAR ~ Yuna

ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR ~ Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah

ARTIS BARU LELAKI POPULAR ~ Johan Ariff As’ari

ARTIS BARU WANITA POPULAR ~ Tasha Shila

PELAKON FILEM LELAKI POPULAR ~ Aaron Aziz

                              PELAKON FILEM WANITA POPULAR ~ Maya Karin

PELAKON TV LELAKI POPULAR ~ Fizz Fairuz


PELAKON TV WANITA POPULAR ~ Fasha Sandha

ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR ~ Johan

ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR ~ Didie Alias

 PENGACARA TV LELAKI POPULAR ~ Zizan Razak


PENGACARA TV WANITA POPULAR ~ Fara Fauzana

PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR ~ Faizal Ismail 

Fakta ABPBH 2011 :

1.Faizal Ismail antara yang berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Penyampai Radio Lelaki Popular selama 5 tahun berturut-turut.

 2.Didiey Alias pertama kali merangkul anugerah Artis Komedi Wanita Popular selepas 25 tahun ABPBH dipertandingkan.

3.Dato’ Sheila Majid dianugerahkan Pencapaian Sepanjang Hayat selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri hiburan.

4.Anugerah Pengacara Lelaki Popular akhirnya jatuh kepada Zizan Raja Lawak setelah 8 tahun didominasi oleh Aznil Nawawi.

5.Dato’ Siti Nurhaliza mekap sendiri kerana jurumekap, Nurul Syukur sibuk.

6.Trofi Pelakon TV Lelaki Popular yang dijangka dimenangi oleh Aaron Aziz telah dirangkul oleh Fizz Fairuz. Satu kemenangan yang luar jangkaan!

7.Fara Fauzana mengekalkan kedudukannya buat 6 kali berturut-turut. Masih tiada pesaing?

8.Nama Sheila Majid, Aaron Aziz, Didie Alias, dan Fizz Fairuz menjadi trending top 10 di Twitter.


9.Persembahan paling mantap sudah semestinya Lan Typewriter Vs Ziana Zain.

 Psst:aper pun mmg best, mantap belaka...

;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes