PiLiHaN BaHaSa

Follower

Tuesday, March 5, 2013


Petua Cari Calon Suami Yang Baik

Wanita mana yang tidak impikan seorang lelaki yang Soleh & Beriman untuk dijadikan sebagai Suami.
Dalam usaha untuk mencari Calon Suami Yang Baik, wanita juga harus berusaha untuk memperbaiki dirinya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.
Seperti mana Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Petua Mencari Calon Suami Yang Baik

  • Pilih yang baik dan beragama
    Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?
    Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.
  • Cari yang sabar dan penyayang
    Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?
    Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.
  • Jangan nilai pada rupa
    ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.
    Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
  • Hormat orang tua
    Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?
    Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.
  • Cari yang boleh mendengar dan mendidik
    Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.
    Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.
  • Lihat pada keluarga dia
    Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodohuntuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.
    Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.
  • Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
    Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.
    Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.


    fiza Say : jodoh adalah rahsia Allah so kiter sebagai hambaNya teruskan brusaha untuk memdapatkan jodoh yang terbaik..


Wednesday, February 27, 2013

Slot  Samarinda Surat dari Langit Biru akan tayang pada 6 Februari ini di tv3, drama bersiri  15 episod ni arahan Rashid Sibir sebaik saja Ruby tamat.

Pelakon untuk drama ini ialah Fizo Omar, Johan Asaari, Yana Samsudin Nabila Dally, Fauziah Nawi, Rahim Razali, Ika Nabila dan Iqram Dinzly, Nasir Bilal Khan dan  Tania Hudson.




Sinopsis Surat Dari Langit Biru

Zarul dan Salmi mengharungi kehidupan mereka bersama ibu tercinta, Mak Munah (Fauziah Nawi) dan juga ayah mereka lakonan Dato’ Rahim Razali.

Cinta dan sayang Zarul terhadap Salmi mengatasi kasih terhadap dirinya sendiri. Zarul rela berkorban demi kebahagiaan kakaknya. Heykal (Fizo Omar) yang menaruh perasaan terhadap Salmi sejak di bangku sekolah lagi menyimpan dendam dek cintanya yang tidak terbalas. Kelebihan sebagai anak ketua kampung digunakan sepenuhnya Heykal untuk mendapatkan Salmi.

Salmi yang dipaksa berkahwin bersama Heykal demi melunaskan segala hutang ayahnya pada ayah Heykal berazam mengubah nasib keluarganya. Salmi berjaya menggenggam segulung ijazah dan bergelar seorang doktor. Langit tidak selalunya cerah, Salmi hidup terseksa dalam cengkaman Heykal yang berselindung di sebalik kegiatan haram sebagai sumber pendapatannya.

Bersama adik perempuannya Lisa (Tania Hudson) , Heykal berusaha memutuskan ikatan antara Salmi dan Zarul. Dalam masa yang sama, Zarul menyimpan satu rahsia yang cukup besar dari pengetahuan Salmi. Lisa pula membuat onar dengan tujuan memerangkap Zarul. Berjayakah Heykal melunaskan rancangan kejamnya? Dapatkah Zarul terus mendamba kasih kakaknya dan apakah rahsia yang dipendamnya selama ini? - See more at:




fiza Say :: jom kite sama-sama layang lagu ni..best sangat..


Monday, February 18, 2013

Assalamualaikum..


selamat berjumpa kembali.. Dah lama fiza tak update blog fiza ni.. rasanya dah dekat 2 bulan kot..kalu 2 bulan tu maknanya tahun lepas la kan..aper la fiza ni.. bukan fiza tak nak update tp busy ngan kerja skit.. kadang-kadang baru nak menaip ada gangguan dari student la, lecturer la terus idea hilang.. bila nak sambung balik idea tu dah hilang.. kacau daun betul la kan.. pahtu pending story tu lama-lama terus lupa nak update semula..

kali ni fiza nak share story panas lg..kejadian ni berlaku siang tadi mase fiza balik kerja tadi. ceritanya cam ni.. tadi mase fiza balik kerja tadi dengan keadaan badan yang lesu keletihan akhirnya bertukar jadi gembira. nak tahu knp..?? fiza dapat cek yang bernilai,,, tara.....


ok la tu kan.. rezeki dari Allah S.W.T.. bersyukur sangat dengan rezeki ni.. di surat tu ada tulis cam ni..

   "Bank Islam telah mengeluarkan cek atasa arahan Syarikat Takaful Malaysia Berhad di atas nama NORHAFIZA BINTI AWANG sebanyak RM 219.22, pihak kami berharap anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan"

 terkejut jugak fiza sebab ni kali pertama fiza terima cek dari Takaful Malaysia.. bile pulak fiza masuk takaful, seingat fiza zaman study dulu ada la dah lame fiza tak bayar, tak tahu status dah sekarang hidup lg or dah expired.. kadang-kadang terfikir jugak betul ke cek ni fiza yang punye manalah tahu posman tersalah hantar ke tapi bile fiza tengok balik surat tu memang betul la fiza yang punya sebab nama, IC dan alamat fiza semua betul... tu la kan nak jadi ke rezeki tak kira macamana cara sekali pun kan.. sukernye....hehehehe.....ni la dikatakan rezeki..



bersama ini juga sertakan doa murah rezeki.. amalkan doa ni dan jadikan doa ini sebagai amalan selepas solat.. inyaallah mudah- mudahan Allah murahkan rezeki kepada kite.




Fiza Say => marilah kita sama-sama berdoa semoga kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan didunia dan dia akhirat... AMIN...



;;

U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes