PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, March 13, 2011

Jodoh OH Jodoh

Setiap hari persoalan yang sama akan fiza dengari dan akan dihujani… “bila lagi nak kawin??”… balik rumah, mak tanya benda yang sama, bila jumpa kawan-kawan pun persoalan yang sama. Tidak kiralah kawan-kawan yang disekitar mahupun kawan-kawan zaman sekampus… kekadang terasa diri ni sudah tidak mampu menjawab persoalan yang sama setiap masa… tetapi dek menjaga hati orang lain, fiza gagahkan juga menjawab dengan jawapan yang sangat mudah dan jelas “belum sampai seru, kan jodoh ditangan Allah, kena sabar jer”…


Kawan-kawan sekuliah 4 tahun lepas semua sudah mendirikan rumah tangga… bila dihujani persoalan yang fiza sendiri tidak mampu untuk mengubah apa-apa pun sama ada mempercepatkan atau melambatkan, fiza cuma tersenyum….


Yang membuatkan fiza termenung, persoalan tentang ‘jodoh’ ni juga begitu hangat dekat pejabat … kawan-kawan sekerja yang sudah berkahwin asyik menghentam dengan soalan yang sama, siap yang sudah bergelar suami orang dengan mudah berkata “usia-usia macam kamu ni kena diselamatkan, tak ape kalau jadi isteri ke-2, banyak pahala yang akan kamu dapat iaitu ‘payung emas’ dari syurga lagi”… dalam asyik diceramah tentang kebaikan poligami, fiza hanya diam dan tidak mengiakan mahupun menolak. Bagi fiza, bila melihat dipersekitaran dan pengalaman orang lain terlalu banyak risiko yang kena dihadapi… banyak kes yang selalu ada dekat dada-dada akhbar adalah kesan dan keruntuhan rumahtangga yang berpoligami… banyak suami curang dan abaikan tanggungjawab… Tidak salah berpoligami jika mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Buatlah sesuatu yang akan selamatkan kehidupan, bukan membinasakan diri dekat dunia dan akhirat kelak. Terfikir fiza sejenak dengan firman Allah….

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa:3)

emmm… ada juga kawan dengan mudah berkata “kamu tuh jual mahal, sebab tuh tak laku!”… soal jual mahal tidak pernah timbul tetapi ciri-ciri lelaki yang akan jadi pilihan yang akan diutamakan… biar lelaki yang betul-betul ada rasa tanggungjawab dan boleh dijadikan sebagai ketua keluarga dan disempurnakan dengan didikan agamanya, itulah yang paling penting untuk mewujudkan keharmonian rumahtangga kelak…

terimbas pula sebuah cerita kisah gadis Bani Ma’­zhum yang sehingga kini fiza jadikan sebagai iktibar. Bagaimana kerisauan gadis ini yang begitu tinggi tentang jodohnya sedangkan jodoh belum tiba juga untuknya. Pelbagai ikhtiar yang telah dibuat untuk bertemu jodoh dan akhirnya dia bertemu jodoh juga dengan seorang pemuda yang tampan… tetapi kenikmatan yang dia kecapi hanyalah seketika saja, umpama bermimpi disiang hari apabila suaminya telah meninggalkan dia tanpa alasan dan kesan selepas menggunakan sebahagian harta Rithah… lelaki itu, cuma berkehendakkan harta yang melimpah ruah bukan kerana keikhlasan…Dan tinggallah Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya. Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai beraikan lagi menjadi benang. kemudian ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya.. gadis Bani Ma’­zhum ini ialah Rithah Al-Hamqa…

Janganlah terlalu mengikut kehendak hati dalam menghadapi masalah jodoh… usahlah jodoh itu dikejar… Kisah Rithah sepatutnya memberi kesan yang mendalam untuk memberikan pengajaran bagi wanita yang belum menempuhi alam rumahtangga termasuklah diriku sendiri. Jodoh merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau malah tidak berhak untuk orang sekeliling mempersoalkan. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang dengan sendirinya tanpa di undang.

Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.

Sebagai seorang hamba, hanya yang mampu fiza lakukan berdoa dan terus berdoa kerana fiza yakin Allah Maha Mendengar dan dekat dengan kita… ini jelas dalam firman Allah,

“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepada engkau (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan permohonan orang yang meminta jika dia meminta kepada Aku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan aku serta beriman kepada Aku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran.” (Surah Al-Baqarah:186)

Perlu memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri sedangkan usia telah semakin senja… Firman Allah dalam,

“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”. (Surah AI-Baqarah:45)

kena yakin dengan Allah… ilmu Allah terlalu luas… siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang berlaku dan yang kita tempuhi… sedangkan sudah jelas dalam Firman Allah,

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…..” (Surah Al-Baqarah:286)

Renungkan dan ambillah iktibar dari kisah ‘gadis Bani Ma’­zhum’…

wAllahua’lam…


4 Comments:

  1. Nur Misnan said...
    salam fiza..
    tunggu sampai seru lah yer.. hu3
    Fiza said...
    wasalam..insyaallah..sampai seru kawen la kan...
    Lieynanilaz said...
    fiza...kita ni sekapal...kadang2 memang letih nak menjawab soklan2 cepumas ni...apa yg penting kita berusaha dan berdoa sentiasa pada yang Esa....:)
    Fiza said...
    btl2..fiza setuju sangat..kite yg merancang DIA yg tentukan...kan...kene redha dengan aper yg berlaku...mungkin ada silapnya pada diri kite yg kite sendiri tak thu dimana silapnye..kan...

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes