PiLiHaN BaHaSa

Follower

Thursday, April 12, 2012


Cinta Kau dan Aku
SITI ROSMIZAH
RM 19.90
ISBN: 978-967-5234-28-6
~684 hlm
Bahasa Melayu
Mampukah seorang tomboi menerima cinta lelaki yang juga bosnya.
Can a tomboy accept the love of a man who is also her boss?
Tarikh Terbit: 4 Mac 2009
"Apa jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatandriver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."
Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?

Walaupun novel ni dah lama tapi fiza tetap nak membacanya lagi, fiza tak sempat nak beli novel ni...ada siapa-siapa tak boleh tolong fiza dimana fiza boleh dapat novel ni..tak pun kalu ada yang nak jual pada fiza... Harap rakan-rakan blogger boleh membantu..


balik nanti nak pergi cari dan beli novel 7 hari memcintaiku... Harap-harap ada lagi la stok kat kedai buku tu....kalu tak tercari-cari la pulak cam novel diatas tu.... 




0 Comments:

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes