main |
sidebar
Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :*Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan- tugasan anda.*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang
0 Comments:
Post a Comment