PiLiHaN BaHaSa

Follower

Sunday, April 10, 2011

"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."-al-Qalb-

Subhanallah..betapa pentingnya peranan hati dalam diri manusia tu. Entah kenapa tiba-tiba fiza rasa terpanggil untuk berbicara soal hati ni..Dulu semasa masih muda remaja bila sebut hati mesti kaitkan dengan soal cinta dan perasaan. Rupanya persoalan hati ini cukup meluas kerana di situlah terhimpun sejuta rasa yang tak terkawal oleh kita hamba yang lemah. Fitrah kita manusia.. rasa senang bila dipuji, rasa menderita bila dikeji, rasa bahagia bila disayangi, rasa rindu bila mencintai, rasa sakit bila dikhianati, rasa benci bila didustai... Tetapi janganlah rasa angkuh bila berkuasa dan berkeluh kesah bila ditimpa musibah..

Sama-samalah kita panjatkan doa memohon agar ditetapkan hati kita untuk sentiasa taat kepadaNYA; semoga kita mempunyai hati yang ikhlas dan sentiasa didekatkan hati kita kepada Yang Maha Pencipta.. Hindarkan diri kita dari amalan yang boleh merosakkan dan menggelapkan hati kita.. Jangan sampai kita menjadi buta hati dan keras hati..

Sekadar ingin berkongsi untuk renungan bersama..Tanda-tanda hati yang keras:

Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.

Malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan.Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, kadang-kadang selalu melewat-lewatkan solat. Berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat..Harus berubah dengan segera!

Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.

Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Sering lalai daripada membaca al-Quran..Kalau tak dapat membaca dengan lidah biarlah kita mendengar dengan telinga.


::..jom sama-sama kita pelihara hati kita..::
::..Banyakkan baca al-Quran dan berzikir..::

0 Comments:

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes