PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, June 29, 2011

Saidina Abu Bakar RA telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Tiga golongan tidak masuk syurga, iaitu yang pertamanya golongan PENIPU, yang kedua golongan BAKHIL dan ketiganya iailah golongan yang SUKA MENGUNGKIT-NGUNGKIT (pemberiannya).”

-Muttafaq A’laih-

MENIPU

Apa perasaan kamu apabila ditipu ya?

Seorang rakan kamu yang menangis teresak-esak, datang kepada kamu, meminta pertolongan kepada kamu, mahu meminjam wang kerana sudah kehabisan wang. Lalu kamu pun menghulurkan wang not RM50 kepadanya, sambil mengusap-usap bahunya tanda simpati. Makanya, rakan kamu tadi berlalu pergi meninggalkan kamu dalam keadaan yang masih simpati. Keesokan harinya kamu keluar membeli barangan, dan terlihat susuk tubuh si Dia yang menangis semalam bergelak ketawa bersama teman-temannya di KFC. “order-order, hari ni aku belanja! Huahua”

Apa Perasaan kamu ya? Marah? Kecewa? Geram?

Begitu jugalah kalau kamu menipu orang, perasaan yang sama juga akan dirasai oleh orang yang kamu tipu itu. Kamu bukan sahaja sudah melakukan satu dosa menipu, malah satu lagi dosa menyakitkan hati rakan kamu itu. Makanya, dosa sesama manusia yang kamu telah sakitkan hatinya itu hanya manusia itu sendiri yang dapat memaafkan kamu. Hablum minannas.

Tentu sekali kamu merasa perit sekali ditipu, dan tidak akan sekali lagi ditipu. Jika begitu, kamu pasti faham peritnya ditipu, dan kamu tidak akan sesekali menipu. Ya kan?

Akibat daripada perbuatan menipu itu menyebabkan ajaran Islam yang menggalakkan supaya saling bantu-membantu dengan jalan memberi hutang itu telah tidak dilaksanakan, ini kerana kesan buruk daripada sifat penipu itu. Sukarlah orang hendak memberi hutang kerana dia takut DITIPU! Akibatnya ramai orang yang berharta akan menjadi bakhil.

Tapi saya yakin, tuan, puan, encik, cik yang dihadapan saya ini tidak sanggup untuk menipu kan? Alhamdulillah.

BAKHIL

Yang bakhil pula, lain ceritanya. Pada yang bakhil dan kaya, beliau mungkin memiliki sebuah rumah Banglo, 5 sampai 8 tingkat [dah macam pangsapuri plak ye?], dari pintu bilik air, sampai pintu dan pagar rumah semuanya menggunakan automatic control. Sampaikan, ada wakil dari persatuan #@%$^& menunggu hampir sejam mananti kedatangan Tuan Empunya Bungalow datang membukakan pagar. Apabila sudah dibukakan pagarnya…

“haa! Ade ape datang petang-petang nie? Tak habis-habis nak minta sedekah.!” Jerkah beliau [eh, orang tadi]

“err… bukan, kami datang nak minta sumbangan untuk membina Masjid di Kampung #@$@&, tempat yang asalnya hanyalah surau kecil yang tidak dapat memuatkan bilangan penduduk kampung yang semakin bertambah, jadi kami berniat mahu memohon sedikit bantuan daripada Tuan buat pembinaan Masjid tersebut…” sambil menggigil tangan encik tadi menghulurkan borang sumbangan.

“laa, buat masjid lagi, kan dah banyak dah masjid. Tak payah borang-borang. Nah…”

Not RM1 dihulurkan. Sambil berkata “Jangan datang lagi tau!”

Hampalah Encik tadi. Puaslah Hati Tuan itu. Makanya suatu hari…

“Tuan, kami dari Yayasan #@$%*& ingin memohon sumbangan untuk Majlis meraikan Anak-Anak Yatim di Hotel Lima bintang minggu hadapan. Nama Tuan akan kami masukkan dalam senarai Penyumbang, dan akan kami Paparkan di Surat-surat khabar terkemuka. Gambar tuan sekali!” penuh ‘kemanisan’ Encik yang kedua ini berkata-kata.

“oh, boleh, berapa nak? Saya nie kalau bab-bab anak-anak yatim ni saya memang suka bagi sumbangan, bukan apa, KESIAN. Saya selalu MENYUMBANGKAN harta saya, maklumlah, takkan habis tujuh keturunan!” penuh ‘kemanisan’ Tuan tadi berkata-kata.

“kami Cuma mahu 5ribu ringgit sahaja. Itupun kalau tuan tak keberatan.” Encik tadi menyengeh menyebut bilangan not tersebut.

“ala, saya bagi 10ribu la, kerja-kerja AMAL macam ni buat apa lah nak kedekut-kedekut. Tak BAIK!”

“terima kasih tuan…”

“Its ok!, [sambil berbisik] yang penting nama saya jadi penyumbang pertama ye, gambar letak besar-besar.” Kata tuan tadi.

Tutup cerita.

Encik-encik, tuan-tuan, yang dihormati sekalian. Jangan jadikan cara yang baik untuk menghalalkan niat yang salah. SALAH tu. Sesungguhnya, harta yang diberikan itu adalah Amanah Dari ALLAH, janganlah bersikap Bakhil tapi pemurah tidak bertempat, kerana harta-harta kita di dunia ini bukan milik kita mutlaq. Bukan ye encik.

Sikap Bakhil dipandang keji oleh Islam kerana seseorang itu cuba menyekat aliran rezeki yang didatangkan Allah itu, kerana adakalanya Allah memberikan rezeki yang kepada seseorang melalui saku orang lain. tetapi orang yang menjadi saluran rezeki itu bakhil maka tersekatlah rezeki seseorang itu. Hablum minallah.

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.” –Al-Baqarah : 265

Tapi, saya percaya Tuan-tuan yang membaca ini tidak bakhil kan? ;)

SUKA MENGUNGKIT SEGALA KEBAIKAN ATAU PEMBERIAN

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” –Al-Baqarah : 264

Selepas sudah MEMBERI, janganlah pula mengharapkan akan DIBERI, Memberi untuk dipuji, memberi untuk diberi pujian itu merupakan suatu tabiat yang sangat-sangat ditegah Allah. Inikan lagi mengungkit apa yang telah DIBERI, bukan sahaja menghilangkan pahala, malah menambahkan dosa. Umpama batu licin yang diatasnya ada tanah, ketika hujan lebat, tanah tersebut hilang dan batu menjadi bersih tanpa bertanah, begitu jugalah manusia yang suka mengungkit-ngungkit pemberiannya, Mereka ini tidak mendapat manfaat di dunia dari usaha-usaha mereka dan tidak pula mendapat pahala di akhirat. [rujuk Tafsir Ibn-Kathir]

Bukankah kita bersaudara? Tentu sekali kita saling menyayangi. Kenapa perlu mengungkit-ngungkit pemberianmu terhadap orang yang kamu sayang?

Tapi, saya percaya, kawan-kawan yang masih membaca tidak suka mengungkit kan?

Marilah kita muhasabah, kalau tidak lama pun dalam dua tiga minit. Adakah kita pernah atau sedang atau akan tergolong dalam ketiga-tiga golongan tadi. Jika IA, katakan tidak lagi. Jika tidak, katakan tidak akan. Naudzubillah min Zalik.

“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu seperti kamu mengasihi diri kamu sendiri.” (Muttafaq Alaih)

…….. renung-renungkanlah …….

Dan selamat beramal! :)

p/s : “tangan yang banyak menderma, memberi dengan ikhlas, pasti juga akan terdorong memanjangkan tangannya membantu dan berbuat kebajikan yang lain.”

Quantcast

1 Comment:

  1. Anonymous said...
    [color=#63460d]very nice of you.[/color]



    you can also read it in [url=http://sratim.biz/%D7%93%D7%9E%D7%93%D7%95%D7%9E%D7%99%D7%9D-2]דמדומים 2[/url] [url=http://sratim.biz/%D7%90%D7%9E%D7%A8%D7%99%D7%A7%D7%9F-%D7%A4%D7%90%D7%99-7]אמריקן פאי 7[/url] [url=http://sratim.biz/%D7%90%D7%99%D7%A9-%D7%94%D7%91%D7%A8%D7%96%D7%9C]איש הברזל[/url]

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes