PiLiHaN BaHaSa

Follower

Monday, August 15, 2011


Akhirnya setelah sekian lama menanti, pemain no.1 dunia Lee Chong Wei gagal lagi untuk bergelarsebagai juara dunia setelah ditewaskan musuh tradisinya Lin Dan pada perlawanan akhir yang sungguh mendebarkan. Lin Dan menewaskan Lee Chong Wei dalam 3 set 20-22, 21-14, 23-21.

Setelah 19 edisi Yonex WBF championship diadakan semenjak 1977, impian Lee Chong Wei untuk mencapai kejuaraan untuk edisi ke 19 yang berlangsung di London, England kali ini gagal sekali lagi. Perlawanan yang mendebarkan ini menyaksikan pertarungan sengit antara dua jaguh dunia ini saling mengejar mata. Set pertama menyaksikan deuce diperlukan oleh Lee Chong Wei untuk menamatkan perlawanan setelah mata terikat 20-20 pada satu ketika. Namun begitu Lin Dan cemerlang di set kedua dengan memenangi perlawanan dengan mudah.

Set ketiga menyaksikan Lin Dan mendahului sejak dari awal permainan, namun Lee Chong Wei berjaya mendahului pada mata 11-10. Akhirnya setelah kejar mengejar mata berlarutan sehingga penghujung perlawanan, Lee Chong Wei berjaya ditewaskan dan Lin Dan berjaya menamatkan perlawanan dengan 23-21.

fiza say =>> aper pun yang terjadi fiza tetap sokong Lee Chong Wai...

2 Comments:

  1. Anum said...
    x pe usaha lagi
    Fiza said...
    btl3..usahakan tangga kejayaan...kan...cayok2 lee chong wai....

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes