PiLiHaN BaHaSa

Follower

Thursday, March 29, 2012


Salam semua kawan2 fiza...



semalam fiza dikejutkan dengan satu sms yg memberitahu kawan fiza telah meninggal dunia akibat lemas di pulau perhentian... sms ni dari kak Nora kawan fiza mase ex-skali (kerja) dulu..

 " salam, just nak inform yang sahabat kite Alhad Salman Redza telah meninggal dunia petang tadi, al-fatihah, semoga rohnya ditempatkan dikalangna org yg beriman...Amin..." 

fiza rase cam mimpi jer semua ni...tp fiza kene trima semua ni kerana ini adalah ketentuanNya.. fiza rase sangat kehilangan dia... sblm kejadian ni fiza rase rindu sangat kat dia, walaupun fiza dah lama berenti kerja kat skali tp fiza still lagi berhubung dengan dia,  kiteorg kongsi masalah, bercerita, dia pernah ajak fiza kerja kl smula kat tempat lama tp fiza tolak sbb fiza nak kerja kat terengganu.

Untuk mengetahui kawan2 ini fiza sertakan keratan akhbar tentang kematian kawan fiza....

DUA SAHABAT LEMAS KETIKA CUBA SELAMATKAN  PELANCONG
       Dua sahabat lemas ketika cuba selamatkan pelancong

BESUT - Dua sahabat mati lemas ketika cuba menyelamatkan pelancong asing yang dihanyutkan ombak dalam kejadian di Pasir Panjang, Pulau Perhentian Kecil, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dua mangsa yang maut adalah rakan sekerja dari sebuah syarikat perkhidmatan laman sesawang untuk jabatan kerajaan di Kuala Lumpur.
Menurutnya, mangsa yang lemas adalah Ahmad Salman Reza Mohd Zali, 27, alamat di Seksyen 10 Wangsa Maju, Setapak Kuala Lumpur dan rakannya Mohd Nazrol Haniff Sobani, 26, dari Jalan Taman Melati, Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun polis belum dapat mengesahkan status pelancong asing itu sama ada dia lemas atau tidak manakala usaha mencari dihentikan petang semalam kerana hari gelap,” katanya.

Kamaruddin berkata, mangsa dikatakan lemas apabila tiba-tiba dihanyutkan ke tengah laut oleh arus deras ketika cuba menyelamatkan pelancong asing yang mandi di situ.

Katanya kedua-dua mangsa bersama lima rakannya tiba di pulau itu kira-kira jam 10.30 pagi semalam dari Kuala Lumpur, mengikuti pakej percutian tiga hari dua malam sebelum keluar mandi bersama rakan-rakan di tempat kejadian pada jam 3 petang.

Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.

Sumber : sinar harian



                      kenangan bersama Animal Race @ Zoo Negara




Fiza Say : Man, aku akan sentiase merindui mu...kau la sahabatku, kau datang di saat aku memerlukan seseorang untuk aku luahkan suke duka perjalanan hidupku... aku akan sentiase mendoakanmu sahabatku...semoga diri sentiase dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman.....aku syg kamu....


5 Comments:

  1. Anum said...
    al-fatihah
    Anonymous said...
    takziah..al-fatihah..
    Awien Heritage said...
    al-fatihah untuk arwah... semoga ditempat dikalangan orang-orang beriman..amin....
    Awien Heritage said...
    al-fatihah untuk arwah... semoga ditempat dikalangan orang-orang beriman..amin....
    Norhafiza said...
    Allah lebih sayang dia....

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes