PiLiHaN BaHaSa
Follower
Wednesday, February 16, 2011
Tak salah jika anda untuk berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la.. ). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera. Ya lah kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti. Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat. Kalau dia bukan jodohku, Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku, Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh, Kalau dia jodoh orang lain, Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain, Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89). Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38). Penjelasan: Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah. Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.
Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….
Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…
Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,
Jodohkanlah kami kembali…
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…
Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
2 Comments:
-
- Lieynanilaz said...
February 28, 2011 at 8:46 AMbest kata2 tu...walaupun lawak tapi kalu difahami betul...amat mendalam makna tuu...- Norhafiza said...
February 28, 2011 at 8:54 AMbtl2...sbb setiap baris ayat tu membawa maksud yg amat bermakna...kan...