PiLiHaN BaHaSa

Follower

Thursday, July 7, 2011

SEBAGAI insan kita pasti ada melakukan dosa. Tidak kira sama ada dosa kecil atau besar, seseorang hamba Allah wajib segera bertaubat. Jangan ditangguhkan dengan harapan bahawa apabila sudah tua baru bertaubat dan insaf atas segala kesalahan yang kita lakukan. Kita sebagai hamba Allah tidak tahu bila kita akan mati.

Jadi, dalam soal membudayakan amalan beristighfar kepada Allah, mesti berputik daripada hati. Kita seharusnya menjernihkan karat-karat hati agar hati kita kembali putih bersih. Jangan biarkan hati kita terus berkarat akibat dosa yang dilakukan. Kata Abdullah Ibnu Mubarak; "Aku melihat dosa-dosa itu mematikan hati dan rindu pada berbuat dosa, ia akan mewariskan kehinaan. Meninggalkan dosa bererti menghidupkan hati, kerana itulah yang terbaik untuk dirimu." Ingat, orang yang bertakwa sentiasa beranggapan dia banyak dosa.

Lantas setiap masa dan hari lidah dan hati dijuruskan kepada Allah memohon keampunan. Jalan terbaik menyedarkan diri ialah dengan sentiasa bermuhasabah. Amalkan sebelum tidur berfikir dan merenung diri apa yang telah kita lakukan pada hari itu. Apa dosa zahir dan batin yang telah kita lakukan.

Jangan biarkan hati kita berkarat, beristighfarlah selalu.

وَٱسۡتَغۡفِرُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمُۢ

...Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Muzzammil 73 : Ayat 20)

Hati yang berkarat, tiada siapa dapat melihat, tapi ianya akan terlahir melalui perbuatan badaniah dan melalui pertuturan, ia perlu di ubat seperti mana virus yang cepat merebak, ianya akan menghitamkan lagi kanvas hati dan yang mana akhirnya akan memusnahkan amalan yang ada...sebelum terlambat pohon keampunan pada Allah dan bertaubat, cuma dosa-dosa terhadap insan lain perlu mohon maaf dari insan itu sendiri...

5 Comments:

  1. MyHope-Liltle Princess said...
    mmmmm betul2
    MyHope-Liltle Princess said...
    mmmmm betul2
    Norhisham Nordin said...
    dah promote blog awak kat sini... anyway, thanx sbb sudi follow...

    http://norhisham-nordin.blogspot.com/2011/07/promote-blog-follower-ke-100.html
    Norhafiza said...
    z_z...setiap jari ada maksud tersendirikan...
    Norhafiza said...
    norhisham Nordin :: tq awak....

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes