PiLiHaN BaHaSa
Follower
Monday, October 31, 2011
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,
“Siapa yang nak duit ini?”.
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.
“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”
Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,
“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.
“Baiklah,” jawabnya,
“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.
"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.
Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.
Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..
Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.
Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.
Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.
salam semua kawan2 fiza...
fiza rase dah lamer fiza x update blog... bukan tak ada mase tapi tak der mood nak update tu jer.... so kali ni fiza amik kan skit mase untuk update blog kesayangan fiza ni...
Ramai kawan2 fiza tanye pasal kete fiza...fiza tak pernah public maner2 pun sama ada kat facebook ke... atau blog kesayangan fiza ni.. so kali ni fiza nak tunaikan hajat kawan2 fiza untuk publickan kete baru fiza (baru ker) hehehe...
Monday, October 24, 2011
semoga panjang umur dan sentiase berada didalam rahmat Allah S.W.T..
AMIN.....
DOA SUPAYA JADI RAJIN DAN TENANG DARIPADA KESEDIHAN
Allahumma, aku berlindung daripadaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung daripadaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung daripadamua daripadamu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung daripadaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang (3x)..aminnn
Sunday, October 23, 2011
Terengganu jumpa NS di final Piala Malaysia
0 Berbicara Luahan Hati Norhafiza at Sunday, October 23, 2011Alhamdulillah...terengganu layak ke final setelah menafikan hajat dan misi 33 selang0r di ssins semalam dgn kemenangan 2-1....g0l dijaringkan 0leh manaf mamat dan saha( ashaari shamsuddin )...permainan semakin baik...tpi sikap atau mentaliti peny0k0ng2 ganu yg melempar mercun dan b0t0l air dianggap x berm0ral....s0k0nglah dgn m0lek...gane2p0wn ganu akn menentang n9 kt shah alam....PETEH GANU PETEH!!! S0K0NGAN SEPANJANG ZAMAN !!!
SEPERTI dijangka, Negeri Sembilan dan Terengganu bakal bertemu di pentas akhir Piala Malaysia buat pertama kali, selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pertembungan mencemaskan separuh akhir kedua, semalam.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, harapan Selangor menghidupkan kembali ‘Misi 33’ lebur, meskipun berjaya mencuri satu gol pada minit-minit terakhir untuk mengiringi Sang Penyu ke pentas akhir dengan kemenngan agregat 4-1 selepas menumpaskan Selangor 2-1.
Sementara, T-Team gagal mengikut jejak abangnya, terpaksa berputih mata menyaksikan Negeri Sembilan sekali lagi melangkah ke pentas akhir dengan agregat 6-3.
Bekas juara Piala Malaysia 2001, bakal bertemu naib juara tahun lalu pada hari penentuan 29 Oktober depan di Stadium Shah Alam.
fiza say => TAHnIAh kpd smua pasukan krn bermain dgn semangat KesUkanan yg tinggi..Tahniah Team pantai timur Abg & Adik,,mmg TerBaeK!!! PeteH JulAng Piala Malysia Yup!!!..:-)
Thursday, October 20, 2011
Wednesday, October 19, 2011
okla..HIDAYAH itu merupakan satu petunjuk…saya mahu datangkan contoh iaitu dengan melihat ‘Traffic Light’kita lihat ianya hanya sebuah lampu isyarat…yang hanya berfungsi di jalan raya sahaja…namun kita tidak menyelami fungsi sebenar lampu isyarat tersebut…lampu isyarat sangat2 berguna di jalan2 raya sebagai PETUNJUK…cuba anda bayangkan jika tiada lampu isyarat ini? akan berlaku kemalangan bukan?ya..itulah dia HIDAYAH…hidayah itu satu PETUNJUK dari Allah buat hamba-Nya…di dalam kehidupan kita sarat dengan ujian, dugaan, segala pancaroba yang perlu ditempuhi sebelum menempah tiket menuju ke alam akhirat kelak…sering kali kita mendengar, apabila diungkap perkataanHIDAYAH...akan hadir perkataan TAUFIQ...adakah kita memahami kedua2 perkataan ini dengan jelas??
Hidayah- sebagai pembimbing / guide untuk menjadikan diri ke arah kebaikanTaufiq- satu kudrat & kekuatan yang diberi oleh Allahjika salah satu di antaranya tiada, apakah yg akan berlaku?sebagai contoh, seseorang itu mendapat hidayah namun tidak memiliki taufiq…hidayah dalam dirinya adalah untuk membuat kebaikan seperti ingin solat jemaah di masjid, namun memandangkan tiada taufiq di dalam dirinya iaitu kekuatan & kudrat kerana sakit, kebaikan yang diimpikan tidak dapat dilaksanakan…berlainan pula bagi mereka yang tiada hidayah namun memiliki taufiq…sebagai contoh seseorang itu mempunyai badan yang sihat & kuat namun terasa amat sukar untuk membuat kebajikan…ini di antara PETANDA orang itu mendapat hidayah daripada Allah:
- dari dia tidak tahu kepada tahu (contohnya: mendengar tentang sesuatu kebaikan daripada mereka yang memiliki ilmu)
- dari dia tidak faham kepada faham (contohnya: pada awalnya tidak memahami ayat al-quran namun setelah mendengar penerangan dari ustaz, dia dapat memahaminya
- dari sifat yang suka bergaduh & berkelahi kepada sifat penyayang & bersilaturrahim(contohnya: pada awalnya, satu kampung mengenalinya dengan sifat yang suka mencari gaduh namun akhirnya berubah kepada insan yang sangat penyayang & suka menyambing silaturrahim)
~oleh itu, jelas sekali HIDAYAH itu milik Allah..sama2 lah kita bermujahadah untuk mendapatkan petunjuk dari Allah ini…doa
Tuesday, October 18, 2011
Sudah selalu... pegang-pegang tangan..
Sudah selalu usap-usap tangan..
Tayang pada orang ramai..
Apa hukumnya jika korang Islam ?
DOSA tahu tak !
Ditambah lagi..
Bila korang pegang-pegang tangan depan orang ramai..
Maka. ramailah orang yang melihat korang akan merasa..
Sakit hati..
Menyampah..
Meluat..
Tapi, korang buat tak peduli je..
Entah jadi kahwin ke tidak agaknya..?
Pegang-pegang tangan bukan main lagi..
Sedangkan baru setakat pakwe makwe..Belum nikah lagi pun.
Sumber : facebook
* Fenomena ni dianggap biasa oleh budak-budak remaja .. zaman dulu ke sekarang ke sama jek .. bila orang dewasa tegur, budak remaja ni kata dulu you all buat jugak cam ni .. hmm ... esok-esok bila budak remaja ni dah jadi dewasa baru lah diaorang nampak benda cam ni tak elok ... tepuk dada tanya iman ...tak nak kata apa .. hanya like aje
Sunday, October 16, 2011
Kepada semua rakan2 yang ingin mendapatkan RAWATAN KESIHATAN PERCUMA bolehlah hadir di perkarangan Mydin Mall pada 08 October 2011 (Sabtu) jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang, anjuran UCSI UNIVERSITY...Kedatangan rakan2 semua adalah dialu-alukan...kite jumpa disana....
fiza say => time kasih kepada kawan2 fiza yg menjayakan kempen kesihatan ni..
Wednesday, October 12, 2011
Fiza ni dah 3-4 kali jugak lah guna hot tiket ni .. dan fiza sangat suka sbb dia sangat jimat .. pastu kalau beli yg rm10 kad tu korang simpan lah .. nanti beli lagi satu dapat lah korang 2 ketul ayam secara foc dari KFC .. tp kalau korang beli yg rm15, pun akan dapat 2 ketul ayam .. jadinya tentulah rm15 lagi untung kan .. hehehe .. yg ni fiza tak pegi lagi tukarkan ayam tu .. kejap lagi kot masa on the way balik ke rumah ke .. hehehe .. alahai .. lg pun dapat 2 ketul jerrr .. takde coleslaw dan wipped potato pun .. tp ok lah kan .. hehehe .. ni lah rupanya kad tu ..
bila korang guna kad ni, korang sms lah ke no apa pun, dia akan tolak dari 300 yg free tu .. dia tak terhad ke no maxis saja .. no celcom boleh dan no digi pun boleh .. tp korang kena gunakan hingga ke panggilan yg terakhir .. mcm fiza ari tu selalu ada baki .. tp tak rugi sbb 10 hari .. confirm bley habis lah .. hehehe .. kad ni promosi sampai 31 dec 2011 tp utk dapat ayam free hingga 15 okt je .. ok lah .. tu saja laporan nya ..