PiLiHaN BaHaSa
Follower
Thursday, December 23, 2010
1) Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?
MATI
Mungkin kerana mati sentiasa mengikuti kita ataupun kita selalu tidak sedar bahawa kita akan mati bila-bila masa apabila sudah sampai ajalnya.
2) Apa yang paling jauh daripada kita di dunia ini?
MASA LALU
Semakin hari semakin jauh kita meninggalkan masa kanak-kanak kita yg. suci dari dosa dan kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu,kita harus berhati-hati dengan segala perbuatan kita agar ianya selaras dengan tuntutan syariah.
3) Apa yang paling besar di dunia?
NAFSU
Manusia sering dikuasai oleh nafsu sehunggakan mereka sanggup bertuhankan nafsu. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengawal tindakan dan perlakuan kita.
4) Apa yang paling berat di dunia?
MEMEGANG AMANAH
Kita sanggup membawa amanah yang akhirnya tercicir begitu sahaja.Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Bagaimanapun, manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.
5) Apa yang paling ringan di dunia ini?
MENINGGALKAN SOLAT
Orang semakin memandang ringan terhadap ibadat dan sanggup meninggalkannya kerana merasakan urusan dunia lebih utama.
6) Apa yang paling tajam di dunia ini?
LIDAH MANUSIA
Walaupun pedang itu tajam sifatnya namun ianya tidak dapat menandingi kehebatan penangan lidah kerana malalui lidah manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.