PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, December 29, 2010

Janji..!!!!!

3 janji pada diri sendiri [ untuk membuat Anda bermotivasi ]

1. Janjilah pada diri Anda yang Anda mahu mulakan hari ini dengan penuh kepositifan. Pilih untuk menjadi bersemangat sepanjang hari ini,berasa ghairah memulakan kerja, ghairah mengurus keluarga, ghairah melakukan apa yang menjadi minat Anda. Berjanjilah pada diri sendiri untuk melakukan tahap terbaik, penuh fokus, penuh istiqamah.




2. Janjilah pada diri sendiri Anda TIDAK akan cuba untuk menghampiri tanggapan-tanggapan negatif walau sedikitpun.Beritahu diri Anda (dengan kerap) yang Anda tidak akan memberi ruang pada kenegatifan. Walau apapun yang terjadi, janjilah pada diri sendiri yang Anda mahu kekalkan keseronokan, kecintaan, keceriaan Anda sepanjang hari, start dari bangun pagi sampailah ke waktu tidur!



3. Janjilah pada diri sendiri Anda akan memberi respon positif pada setiap satu situasi-situasi yang Anda lalui nanti.Berjanjilah pada diri Anda yang Anda hanya akan mengambil keputusan positif, Anda akan hanya akan melihat yang positif disebalik yang negatif, walau buruk cemanapun kenegatifan yang mungkin Anda akan hadapi. Cabarannya mungkin sangat besar, caranya mungkin terasa agak susah tapi cemanapun susahnya, Anda tekad untuk hadapinya dengan attitude positif Anda.


0 Comments:

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes