PiLiHaN BaHaSa

Follower

Monday, December 13, 2010

Maaf pintaku jika warkahku menganggu dirimu. Sesungguhnya aku ingin sekadar meluahkan apa yang terperosok di dalam sanubariku. Selama ini aku berjaya untuk menidakkan segala kerinduan padamu. Namun semenjak akhir-akhir ini, hati ini kian memberontak. Memberontak mengatasi akalku yang masih berpaksikan segala teori dan fakta. Hati ini memberontak untuk mengatakan bahawa diriku masih merindui dirimu. Kenapa hati dan fikiranku tidak pernah sehaluan?? Semuanya menambahkan kekeruhan. Pening ya aku pening. Seringkali aku bermonolog sendiri antara hati dan akal fikiran.

*************************************

Suasana pementasan cerah disusuli kemunculan 2 watak iaitu hati dan akal fikiran.....

Hati : Ko bodoh tak tahu untuk menghargai sesuatu apabila ia berada didepan mata. Bila pergi baru kau tercari-cari.

Fikiran : Aku tidak bodoh. Segala keputusan yang aku buat sudahku fikirkan semasak-masaknya.

Hati: Ye ke ko dah fikirkan semasaknya-masak?? Kalau ya, kenapa ko masih ingin mengetahui segala perkembangan dia. Masih cuba merisik khabar dirinya secara sembunyi. Sihatkah dia? Gembirakah dirinya? Aku rasa ko bodoh sombong. Tidak berani untuk mengakui perasaan ko sendiri.

Fikiran : Diam! Diam! Aku benci ko hati. Kenapa ko tak pernah cuba untuk menerima hakikat yang ko dah kehilangan dia. Kenapa ko nak menegakkan jugak benang yang basah!

Hati : Kerana hati tue tulus. Hati tue tak pernah menipu. Ko boleh nak cakap apa saja. Ko boleh nak tulis apa saja. Tapi hakikatnya apa yang ada dalam hati hanya ko je yang tahu dan ko tak boleh nak menidakkan perasaan ko sendiri.

Fikiran : Adakah aku perlu menangis lagi keranamu hati?? Ah sudah kering airmataku. Adakah keranamu aku perlu kusutkan segala fikiranku? Ah masih banyak perkara yang aku perlu fikirkan.

Hati: Aku hanya tulus pada perasaan diri sendiri. Aku rasa ko lebih bijak daripada aku kerana dikurniakan akal. Cuba ko tanya dan fikir sejenak. Apakah yang terbaik untuk santapan/rawatan hati?

Fikiran : Hurm.. Agama? Solat? Al-Quran?

Hati : Ya. Itulah yang terbaik untuk santapan rohani hati. Solat itu tiang agama. Jika solat tidak kukuh (sempurna) maka robohlah segala tiang agama. Roboh tiang agama. Hati dan jiwa pun terasa kosong dan bercelaru.

Fikiran : Ya Allah. Selama ini aku terleka dengan perasaan diri sendiri. Solat dan ibadahku banyak yang tidak sempurna. Tapi diriku asyik terkejar-kejarkan cinta duniawi semata-mata. Ya Allah tenangkanlah jiwa hambaMU ini. Bagilah hidayah kepadaku untuk berubah kepada yang lebih baik.

Suasana pementasan kelam....Watak hati dan akal fikiran mengundur diri.

*************************************

Aku kembali ke alam nyata. MasyaAllah begitu jauh aku mengelamun tapi semuanya benar. Waktu itu juga terngiang pesanan ustaz di telingaku “Ingatlah perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki baik. Begitulah sebaliknya. Itulah janji Allah kepada hambaNYA. Dan berusahalah kamu ke arah kebaikan dan janganlah pula kamu menidakkannya”.

Ya Allah, rupanya terlalu jauh aku hanyut. Hanyut dengan perasaan padamu membuatkan ku terleka pada cinta yang hakiki iaitu Allah. Aku berdoa segala apa yang telah terjadi antara aku dan dirimu biarlah yang terbaik buat kita berdua. Aku berdoa dikau berjaya dalam mencari erti cinta. Ya Allah tenangkanlah hati hambaMU ini dari terus mengingati si dia. T_T

p/s: Nukilan hati ini untuk peringatan diri sendiri yang mencari damai dihati ;(

0 Comments:

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes