PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, December 22, 2010

Assalamualaikum....

jom kiter tengok aper itu JANTUNG dan aper itu HATI....


Dari segi bahasa :

Qalb = Jantung (Melayu), heart (Inggeris)
Kabid = Hati (Melayu), liver (Inggeris)

Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam masih kanak-kanak. Beliau pernah dibelah dadanya oleh Malaikat Jibril untuk dibersihkan Qalb-nya. Dengan demikian yang dibersihkan adalah Jantung bukan liver (hati), kerana Jantung terletak didada.

Jika anda jatuh cinta kepada suami atau isteri, pasti yang berdebar-debar kencang itu adalah jantung, bukan hati


Qalb adalah pusat pemikiran dan pemahaman.

Pernah seorang pakar jantung bertanya tentang sabda Nabi s.a.w: “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”.

Dia bertanya lagi mengapakah Nabi s.a.w menyebut ‘hati’ tidak menyebut jantung sedangkan jantung adalah organ terpenting dan penentu dalam tubuh manusia.

Huraian: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi s.a.w tidak pernah menyebut ‘hati’, sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung. Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Namun, malangnya dalam bahasa Melayu jantung selalu diterjemah sebagai hati. Sedangkan bahasa Inggeris menterjemah dengan betul iaitu ‘heart’ yang bermaksud jantung.

Cumanya, orang Melayu menterjemahkan ‘you are in my heart’ sebagai ‘awak dalam hatiku’ padahal hati dalam bahasa Inggeris ‘liver’ bukan heart. Namun ‘heart attack’ tetap sebagai serangan jantung, tidak pula serangan hati. Begitu ‘heart disease’ sebagai penyakit jantung. Mungkin kerana ia berkaitan sakit, jika salah terjemah buruk padahnya.

Jangan sampai doktor yang sepatutnya membedah jantung dibedahnya hati. Orang boleh derma hati dan terus hidup, namun tidak mungkin boleh derma jantung dan terus hidup.

Persoalannya: Kenapa hati tidak disebut jantung...Tetapi jantung selalu disebut Jantung Hati? Yang berbakti kepada kita adalah Jantung tetapi yang selalu disebut-sebut adalah hati...ermmm


0 Comments:

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes