PiLiHaN BaHaSa

Follower

Monday, January 31, 2011

Trilogi Cinta merupakan telenovela melayu terbaru yang akan ditayangkan di RTM 1 mulai 2 Januari 2011 setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa. Trilogi Cinta diadaptasikan daripada kombinasi 3 novel popular daripada penulis yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Abu Salem – novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Jam tayangan telenovela Trilogi Cinta ini bermula jam 10.00 malam di TV1.




Drama Trilogi Cinta sebanyak 40 episod ini menggandingkan Fouziah Gous dan Rosyam Nor sebagai pelakon utama dan turut dilakonkan oleh beberapa pelakon terkenal yang lainnya seperti Amyza Adnan, Mak Wan, Roslan Salleh, Siti Fazurina, Aida Khalida dan Nazim Othman.



Sinopsis Trilogi Cinta


Kisahnya bermula dengan mengambil latar situasi berlaku selepas tamat peperiksaan STPM, Norjinah terpaksa memilih untuk menjadi pembantu rumah Razif kerana tidak tahan selalu dimarahi oleh dileteri oleh bapa tirinya, Pak Badar. Perkara itu dicadangkan abangnya, Anuar yang pernah menjadi pembantu peribadi Razif, pemilik Raz Corporation dan juga salah seorang ahli lembaga pengarah Mawar Holdings milik keluarga isterinya.

Kedatangan Norjinah ke rumah Razif, di saat Razif berdepan dengan masalah rumahtangga apabila isterinya Salmi, meninggalkannya untuk bersama lelaki lain, Amir. Salmi meninggalkan Razif kerana jatuh cinta dengan rakan perniagaannya itu. Kerana cinta yang mendalam, Razif sanggup mengambil Salmi semula apabila Salmi dtinggalkan oleh Amir selepas terlibat dengan kemalangan. Salmi dibawa pulang ke rumah dan diberi layanan yang tidak berbeza oleh Razif. Sikap Razif membuatkan Norjinah kagum dan menghormatinya. Razif memaafkan semua kesilapan masa lalu Salmi. Salmi sangat terharu pengorbanan Razif.

Salmi yang menjadi serba-salah dan kekurangan telah menyarankan Razif berkahwin dengan Norjinah tambahan lagi anak-anaknya Balkis dan Ameera rapat dengan Norjinah. Badrul, adik Salmi amat kecewa dengan perkahwinan mereka kerana telah jatuh cinta dengan Norjinah. Pak Badar, bapa tiri Norjinah menabur fitnah bahawa mereka berkahwin kerana telah terlanjur. Norseha pula memberontak untuk ke Kuala Lumpur. Hasratnya tercapai dan menetap di rumah Razif dan Norjinah setelah Salmi meninggal dunia. Norseha selalu menggoda Razif dan tidak henti mencari peluang. Norseha didapati mengandung setelah dinodai Shahrul adik bongsu Salmi.

Kehidupan Norjinah terus dirundum pelbagai sengketa tapi mujur Razif dan ibunya Mak Nab selalunya menyokongnya serta anak-anak Razif memberi kekuatan kepadanya. Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Norjinah dan Razif mempertahankan ikatan cinta mereka meskipun pelbagai halangan yang mendatang? Sejauh manakah Razif dan Mak Nab mampu meneruskan usaha membela Norjinah?

P/s :: walaupun fiza tak pernah baca novel ni tp kali ni fiza takkan lepaskan peluang untuk tgk drama ni...setakat ni fiza tak pernah miss lagi tgk citer ni...best sangat...

==> Tahniah pada Rosyam Nor (Razif) dan Fauziah Gous (Norjinah) kerana telah berjaya membawa watak masing2... :)



0 Comments:

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes