PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, January 19, 2011

Anda membeli saham bernilam RM10 setiap satu sebanyak 1000 unit tiba-tiba saham jatuh menjadi RM5 seunit anda telah kerugian sebanyak RM5000 sekelip mata! ANDA RUGI!

Anda telah mendapat gaji RM1650 kemudian anda membeli CD-RW tetapi tidak boleh digunakan. Anda RUGI!!


Anda berpeluang untuk menyuarakan persoalan dalam sesuatu seminar atau kuliah, atau dalam forum tetapi anda tidak lontarkan pertanyaan itu, ANDA RUGI!!



Anda tidak tahu secara pasti tentang komputer, tetapi anda sekadar mahu menunjukkan anda pandai, tiba-tiba ada orang yang lebih mahir mengubah pendapat anda, anda pun jatuh juga maruah anda. Anda juga dikira rugi!!


Nampakkah kita situasi kerugian-kerugian di atas? Namun apa yang diperkatakan di sini bukanlah berkenaan dengan kerugian dalam perniagaan tetapi saya ingin berbicara tentang akhlak antara sesama insan!


EGO sebenarnya membunuh manusia. Manusia sombong dan ego tidak mudah mengalah kepada orang lain. Kita tidak menafikan EGO antara ciri kepemimpinan yang sejati. Namun EGO seorang pemimpin ISLAM yang sebenar bukanlah EGO yang merosakkan atau dengan kata lain, bukan BODOH SOMBONG. Allah amat membenci manusia yang ego, dengan kata lain takabbur. Merasa hebat, merasa diri perlu disanjung, merasa diri tidak boleh dikritik dan merasa diri tidak boleh 'jatuh' atau tidak boleh rendah pada orang lain.


Kalau kita salah, mengaku salah. Kita tidak rugi apa-apa. Kita tidak rugi wang, kita tidak jatuh maruah dengan mengaku kesilapan dan kesalahan. Jika kita tidak tahu, mengaku sahaja kita tidak tahu tentang sesuatu perkara. Jangan semata-mata kerana tidak mahu 'jatuh martabat' dalam sesuatu perbincangan, kita turut membincangkan sesuatu yang kita tidak tahu. Kita sebenarnya bukan tahu semua perkara pun. Apa yang kita tidak tahu, kena mengaku untuk belajar.


Tidak rugi kita merendah diri dengan orang lain.

Tidak rugi kita mengaku tidak tahu dengan orang lain.

Tidak rugi kita tidak menunjukkan kehebatan kita pada orang lain.

Tidak rugi kita mengalah dalam sesuatu konflik.


Ada orang bila bercakap, tidak mahu mengalah. Tapi sebenarnya dia telah dikalahkan oleh orang yang mengalah! Dialah yang rugi akhirnya. yang mengalah tidak rugi apa-apa.

0 Comments:

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes