PiLiHaN BaHaSa

Follower

Wednesday, December 2, 2009

Ujar lelaki, wanita itu lemah,..Ujar wanita, mereka adalah lembut.. Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannyaNamun Ada yang tidak rela mengakuinya Telah ditakdirkan ...

Kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam, Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja, Di pejabat sebagai kerani...di rumah

sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari…


Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang..Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang, Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak, Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak….

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak, Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju , Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu...

Sebelum solat Magrib untuk sujud...Menyembah yang Satu Makanan dihidang selepas solat Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji Sedang suami tersandar semula seperti tadi Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan..

Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita....Memberi kesedaran supaya segera bangkit Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi…

Hukum agama telah terpapar Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan, Jika suami tidak terdaya melakukannya Seorang pembantu wajar disediakan…

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan Tidak mampu menerima perubahan Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati


Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....


P/S :: Renungkanlah Kaum ADAM betapa besarnya pengorbanan Kaum HAWA……

4 Comments:

  1. Unknown said...
    bsr sgt pengorbanan wanita..huhuh
    kitaro said...
    When ALLAH created women, God make it so important and complex. Allah make her shoulder, so that she will manage to carry this whole world.Although her shoulder is so comfortable and softer to be a place for baby while they sleep.ALLAH give for women, in any situation full of caring and loves to all.Women is the great given by ALLAH with full of strength and patient. Even tough they look so tired with all works to do, but they still give the best....For me,im very appreciate in every thing that women do..
    Norhafiza said...
    tau tak per shidah...tanpa wanita lelaki lemah....
    Norhafiza said...
    itulah kelebihan wanita...jagalah sebaik mungkin kerana ia adalah anugerah yg paling bernilai bt seorang lelaki....

Post a Comment



U Click Me, I Click U Back

Related Posts with Thumbnails
JellyMuffin.com - The place for profile layouts, flash generators, glitter graphics, backgrounds and codes